Sahabat..

Sunday, January 31, 2010

thaipusam..

Hari ini aku berkesempatan la turun KL. Nak beli tiket balik Kuantan. Dari kolej, aku naik kereta ngan kawan aku. Sampai Kajang, naik bas Sri Indah ke Kuala Lumpur. Jalan memang sesak jugak lah.
Sampai sana terus ke Puduraya, beli tiket bas PlusLiner, tarikhnya 12 Februari pukul 3.30 petang. Time tu kan cuti raya cina dah start.
Aku perasan kenapa ramai sangat orang India, naik bas tadi pun kebanyakannya orang India. Rupa-rupanya baru aku teringat yanga hari nie Hari Thaipusam. Patut la...
Memang ramai daripada hari-hari biasa, jalanraya pun sesak ngan kereta.
Kat bawah nie la gambar yang sempat aku 'snap'..

Wednesday, January 27, 2010

check dis out..


nice tree...



sukan paling lasak..


teruk kereta nie..


kalau dah selalu selesema, nie la cara nk setel..


huhu.., nice plastic bag huh..!!


ada sape2 yg berani pakai selipar nie??


kek birthday sape nie??


aduyaaaii.. kuatnyr angin, cian pokok tue..

Thursday, January 21, 2010

tolong saya..

Inilah pengalaman yang aku takkan lupa di mana ia berlaku ketika aku tingkatan 5 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Kejadian yang hampir meragut nyawa junior aku. Petang Ahad, pihak sekolah mengarahkan semua pelajar bergotong-royong mengecat dorm. Termasuk dorm aku yang aku duduk dengan junior-junior aku. Diaorang semua tingkatan 1 dan aku dah anggap mereka macam adik aku sendiri. So, kami pun mula mengecat dorm. Kami sepakat nak cat dengan warna hijau. Katil-katil 'double-decker' yang berada di sebelah dinding, kami tarik ke tengah dorm bagi memudahkan proses mengecat. Selepas siap kerja itu, aku berehat di katil paling hujung dalam dorm bersama beberapa orang junior aku. Dan ketika itulah..

'TANG...',

Aku dengar satu bunyi kuat seperti ada sesuatu yang berlaku. Aku pun bangun dari katil tu dan pergi ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya bunyi kipas siling yang berputar dan terkena siling dorm.

"Abang, tolong saya bang.."

Dan tiba-tiba, EDDY, salah seorang junior aku terus meluru ke arah aku sambil tangan kanan memegang dahi dia yang berlumuran darah. Berderau jantung aku ketika itu, aku mendapatkannya dan setiba dia di pangkuan tangan aku, Eddy terus rebah tak berdaya. Baru aku sedar yang dahi Eddy baru sahaja dilibas kipas siling yang ligat berpusing dalam dorm. Aku terus mengalihkan tangan dia, dan jelas di depan mata aku dahi dia terbelah dan darah terus menerus keluar tanpa henti. Dah macam airmata air. Tak sampai 5 minit, dorm aku dah penuh dengan pelajar-pelajar lain yang nak tengok apa yang berlaku.

"Bang, sakit bang.., tolong Eddy, bang.."

Aku ingat lagi rintihan dia ketika tangan kiri aku memangku kepala dia dan dia memegang erat tangan kanan aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Hanya berserah pada Allah. Aku menyuruh salah seorang pelajar di situ memanggil warden yang bertugas. Sambil menunggu warden itu, seorang pelajar tingkatan 4, bernama ALOY datang dengan peti kecemasan di tangannya. Alhamdulillah, lega sikit hati aku memandangkan dia ahli PBSM. Dia terus buka peti itu, dan yang tinggal hanyalah kapas dan beberapa alatan kecemasan yang dah tak boleh digunakan lagi. Mengeluh aku..

Darah masih lagi keluar, dan aku terus meminta siapa-siapa yang ada sapu tangan untuk menutup luka itu. Tapi tiada, seorang junior aku terus mengambil 1 sarung bantal dan bagi kepada aku. Aku tutup luka di dahi Eddy. Rambut dia dah basah bermandikan darah, apatah lagi tangan aku. Ketika itu, aku hanya duduk mencangkung dan semua anggota badan aku dah jadi kebas.

"Ya Allah, selamatkanlah 'adik' aku ini ..."

Aku berdoa dalam hati. Beberapa orang warden tiba bersama pihak hospital sambil Eddy masih di pangkuan aku. Dia tak lepas dari menggenggam erat tangan aku. Aku pun perlahan-lahan bangun dan beredar dari situ bagi membolehkan doktor mengambil alih tugas. Tangan aku masih penuh dengan kesan darah yang pekat dan aku duduk di atas katil. Degupan jantung aku kencang, peluh keluar, dah rasa macam nak pengsan. Dari jauh, aku dapat lihat ketika doktor mengalihkan sarung bantal yang aku guna untuk menutup luka Eddy, darahnya memancut 3 kali.

Eddy dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Aku ke bilik air untuk membersihkan tangan, junior2 aku yang lain bersihkan tempat yang masih ada darah. Memang penuh darah atas lantai dorm. Lepas itu, aku dapat tahu punca macam mana dahi Eddy terkena kipas siling.

Memandangkan semua katil 'double-decker' dah dialih ke tengah dorm, ada diantara katil yang berada betul-betul bawah kipas siling itu. Eddy panjat katil atas untuk berehat. Bila dia nak lompat turun dari katil itu, masa itulah kepala dia terkena bilah kipas siling itu. Memang siling dorm kami rendah, tapi nak buat macam mana.

Malamnya aku memang tak dapat tidur mengingatkan kembali peristiwa ngeri petang itu. 2 hari lepas itu, Eddy dapat cuti dan balik rumah. Selepas seminggu bercuti, dia balik STAR semula dan keadaan dia stabil, alhamdulillah...
Dan selepas kejadian itu, Eddy menjalankan kehidupan di STAR seperti biasa.

Gambar di bawah adalah dorm tempat kejadian berlaku. Sori, gambar tak berapa nak sharp. huhu..


Saturday, January 16, 2010

tom and doraemon and jerry..





Mungkin korang sume dah pernah tonton cerita kartun TOM and JERRY.. Kartun yang mengisahkan 2 ekor binatang, kucing ngan tikus yang slalu je gaduh. Kalau x silap saya la, kucing tu pgang watak TOM, tikus tu lak pegang watak JERRY. diaorg sume nie xleh jmpe, asal jmpe je gduh, asal jmpe je gaduh.. Tp kebiasaannya, TOM tu yg kalah. Mungkin ada masalah yg brlaku antara diaorg nie. Tp ada gak masa2 yg tertntu diorg jd kwn baek.. Tu pon kjap je, pastu gduh pulak.. Sy pon de trpkir, kan bgus kalau diaorg kekal jd kwn baek smpai ble2..
Tp kalau korg perasan, DORAEMON pon tkot tikus gak. DORAEMON ni kan spesis MUSANG. Musang tkot tikus??? Kucing pon tkot tikus?? Ganas sangat ke tikus ni kn.. Smpai 2 ekor binatang ni pon da naik trauma da kalau jmpe si tikus nie..
Tp dalam dunia sebenar, prkara ni wujud ke? Nk ckp bnda ni btul., pe cter ngn gambar kat atas tu kn..
Da kalah da tikus tu.. xderk back up ke?? hhee..
Pe2 pon, kte sbgai rakyat MALAYSIA kene la bersatu padu, hidup dalam aman damai.
Baru la suasana akan sentiasa gembira..

Friday, January 15, 2010

renung-renungkan..




> cuba hargai semua pengorbanan yang kita perolehi..

> hanya insan yang berani mencuba di luar kemungkinan akan berjaya menghasilkan sesuatu yang mustahil..

> satu kejahatan boleh menutup semua kebaikan yang dilakukan seseorang..

> ambil berat tentang diri kita sebelum kita ambil berat tentang diri orang lain..

> perkara yang senang kita peroleh, senang lah ia pergi tetapi perkara yang sukar nak kita miliki, susah lah ia nak lenyap dari hidup kita..

> kalau kita ada rezeki lebih, kita kena kongsinya dengan orang lain, kalau tak kita akan rugi..

> kita mesti terfikir kenapalah kita selalu berjauhan dengan orang yang kita sayang, rupa-rupanya Tuhan nak bagi kita merasai 1 perasaan yang orang lain tak tentu dapat rasa, iaitu, KERINDUAN..

>kalau kita ditimpa masalah, jangan sesekali mengeluh kerana kita adalah insan yang terpilih untuk menghadapinya..

> kalau kita ditimpa masalah, jangan minta Tuhan kurangkannya tapi minta Dia kuatkan semangat kita untuk menghadapinya..

> kadang kala orang yang kita pernah sayang dah tidak perlukan kita lagi, tetapi kita yang masih memerlukan mereka..

> tak salah kalau kita nak berkorban demi apa atau siapa pun, tetapi jangan kita yang terkorban di akhirnya..

> kadang kala kita perlu tinggalkan perkara yang kita sayang..

> tak kiralah sejahat mana pun seseorang itu, pasti wujud perasaan sayang dalam hati mereka walaupun sedikit..

Thursday, January 14, 2010

fakta-fakta menarik tentang bolasepak..

1. 20 kad merah dikeluarkan di sebuah pertandingan bolasepak Sportivo Ameliano vs General Caballero (Paraguay) thn 1993.

2. Kelab ASEC Abidjan (Pantai Gading) tak peernah kalah sebanyak 108 perlawanan dari thn 1989 – 1994.

3. Carlos Caszely (pemain Chili) adalah pemain yang terkena kad merah pertama di Piala Dunia pada 14 Jun 1974.

4. Pasukan negara Eropa selalu mencapai final di setiap gelaran Piala Dunia, kecuali tahun 1930 dan 1950.

5. Penjaga gol Arthur Wharton adalah pemain profesional berkulit hitam pertama. Dia lahir di Ghana dan bermain untuk pasukan Liga Inggeris Rotherham United pada tahun 1889.

6. Tahun 1950, India menarik diri dari Piala Dunia karana tidak diizinkan bermain tanpa kasut.

7. Tahun 1954, Turki kalah kepada Spanyol di peringkat kelayakan Piala Dunia karana batang jerami. Pengadil Itali, Franco Gemma menutup matanya dan mengambil batang jerami dan mengisytiharkan Sepanyol sebagai pemenang pertandingan.

8. Tahun 1957, hanya berbaki 30 minit, Charlton Athletic berjaya bangkit dari ketinggalan 5-1 kepada Huddersfield Town dan berjaya mengalahkannya 7-6.

9. Tahun 1968, Penarol (kelab Paraguay) hanya menyumbat 5 gol dalam 18 pertandingan liga dan tak pernah kalah sepanjang musim.

10. Tahun 1996, George Weah membayar sendiri kos dan gaji semua pemain pasukan Timnas Liberia.

11. Tahun 1997, pemain kebangsaan Nigeria, Celestine Babayaro mengalami patah kaki ketika meraikan gol pada pertandingan pemanas badan menentang Chelsea.

12. Tahun 1999, pengurus Leganes, Enrique Martin mendapat hukuman gantung 10 kali pertandingan setelah berlari mendekati pemain lawan yang menyumbat gol.

13. Skor Terbesar Di Dunia Dalam Pertandingan Antarabangsa adalah 31-0. Pasukan yang bertanding adalah Australia melawan Samoa Amerika yang dimenangi Australia.

subuh..

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

rumah orang tua..

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.


Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..