Sahabat..

Saturday, March 27, 2010

dek kerana kumbang..



Jam menunjukkan pukul 2 pagi, aku sedang bermain gitar sambil bersembang dengan rakan sebilik aku, Hasif. Keadaan sunyi sebab semua student sedang lena diulik mimpi. Sedang leka aku bermain gitar, tetiba terdengar 1 bunyi yg aneh. Dalam hati aku dah berdebar.

"Tu la bunyi yg ganggu aku dari tadi" Hasif berkata.

Kami pun terus mencari punca dari mana datangnya bunyi tersebut. Cari punya cari, rupa2nya ada seekor kumbang belakang loker Hasif. Besar jugak la saiznya. Tapi bunyi memang pelik sangat. Hasif pun start la cerita pasal hantu, ada hantu yg orang panggil pelesit, menyamar jadi kucing la dan binatang lain2. Pastu dia kaitkan cerita itu dengan kumbang ni. Konon2nya pelesit dah masuk dalam badan kumbang ni la. Aku pun macam percaya, tapi macam tak percaya. Sebab benda2 macam ni tak boleh percaya sangat, tapi jugak tak boleh la tak percaya terus.

Pastu, kami try la cari idea camne nak halau kumbang ni ke luar bilik. Dek kerana mind-set kami dah terfikir benda ni 'hantu', so kami buat cara kasar sikit la. Hasif bakar lilin, pastu dia titikkan cairan lilin tu ke atas kepak kumbang. Meraung kumbang tu dengan bunyi aneh dia tu. Masa tu dah meremang dah bulu roma aku ni.

Last2, kami buang 'benda' tu dengan penyodok dan penyapu. Bilik kami tingkat 2, so kami campakkan kumbang tu ke tingkat 1. Dan tak semena-mena, ada seekor kucing, terus gigit kumbang yang lemah tu dan bawanya lari entah ke mana. Aku dan Hasif pun try la kejar kucing tu yg lari ke belakang blok kami.

Tapi malangnya, kucing tu hilang tanpa dikesan. Agak terkilan jugak la. Tapi sedar tak sedar, kami ambil masa lebih kurang 1 jam semata-mata nak buang makhluk Allah nie dari bilik kami. So, kami tidur pukul 3, dalam keadaan yg agak takut la.. hehe..
Aduyaaaii...

KUMBANG..

Monday, March 15, 2010

kehadiran mereka pernah mewarnai hidup aku..


Tahun 2008, tahun penentu arah tuju hidup aku, SPM.. Exam paling penting dalam hidup aku. Ketika itu, aku still belajar di sekolah berasrama penuh di Perak. Dan 2008 itu adalah tahun ke-5 aku di sana. So, dah 4 tahun aku menimba ilmu di sana, bersama rakan-rakan aku yg lain. Dan selama itu juga lah, hari demi hari aku tidur beramai-ramai sebilik dengan kawan-kawan aku. Yelah, namanya asrama, so semua tidur dalam dorm. Kiranya mereka tu pun dah macam keluarga aku sendiri. Susah bersama2, senang bersama2. Blok Rumah Hijau yg kami duduk tu pun dah macam rumah ke-2 kami. Kitaorg dah seperti sebuah keluarga yg besar.

Nak dijadikan cerita, tahun 2008 aku ditakdirkan tinggal di blok yg sama bersama beberapa kawan aku yg lain. Tapi semua kawan2 aku yg lain tinggal di blok matriks, blok yg dikhususkan untuk pelajar form 5. So, aku terpaksa lah 'berpisah' dengan mereka semua. Dalam hati aku nie, punya la memberontak, memang aku plan aku nak pindah ke blok matriks dalam masa terdekat nie. Nak duduk dengan kawan2 aku yg lain. Motif aku kena stay di blok lama tu sebab aku kena jaga budak2 form 1 yg baru yg akan masuk daftar nanti. Aduhh... Mengeluh aku. Tapi nak buat camne.. Terima je..

Form 1 baru dah masuk, so secara tak langsung aku kena la bagi tunjuk ajar kat mereka tu semua. Dan bermula dari itu lah, aku rasa yg mereka betul2 perlukan seseorang untuk membimbing mereka, menjaga meraka, bagi nasihat kat mereka. Biasa lah, banyak org, banyak ragam. So, aku dapat tengok la pelbagai ragam diaorg tu semua. Yela.. baru form 1, org ckp still fresh.. Then, diaorg kena la start belajar berdikari sendiri. Dalam tak sedar, aku rasa gembira sangat tinggal dengan diaorg tu. Kerenah diaorg tu sikit sebanyak dapat release tension aku belajar. Rasa tenang hati bila tengok gelagat mereka. Dan hati aku pernah terdetik untuk terus tinggal kat blok tu sampai hujung tahun.

Dalam masa yg sama aku amik 6 org daripada mereka sebagai adik angkat aku. Diaorg semua Marwan, Izzuddin, Aizat, Ariff, B.Shabir, dan Luqmanul. Dieorg nie aku anggap lebih dari adik angkat aku, dah macam adik kandung aku dah. Dan dieorg pun dah anggap aku sebagai abang mereka. Bagi aku, diaorg nie lah segala-galanya bagi aku kat sekolah tu. Dalam hati aku, aku sanggup berkorban apa saja demi mereka. Dan aku terfikir, baru aku sedar aku ditakdirkan still stay kat blok yg sama tue sebab Allah kurniakan aku insan2 seperti mereka untuk aku. Aku sayangkan mereka.

Tiap malam aku tidur lewat, selalunya aku akan pastikan yg adik2 aku tidur dulu. Sebelum tidur, dyeorg msti salam, cium tangan aku. Pastu aku start study, since dorm aku ngan dorm diaorg sebelah menyebelah je, dalam pukul 1 or 2 pagi aku masuk dorm dyeorg. Selimutkan mana budak yg tak berselimut. Yela.. Tidur, mana nak sedar. Tiap2 hari aku buat camtu, dalam pukul 3 pagi baru la aku dapat tidur. Bagi aku, apa yg aku buat semua tu buat aku rasa gembira, baru la tenang aku nak tidur.
Pernah sekali 1 malam tu, kebiasaannya pukul 11.30 malam sume peajar dah kene ada atas katil masing2, tapi Marwan still tak balik2. Aku punya la risau, Tuhan je yg tahu takut nyr aku masa tu. Pukul 12, dye still tak balik, so aku pun terus keluar try cari dye. Last2 aku jumpe dye kat surau sekolah. Tertidur, dengan buku2 sebelah dye. Dalam hati aku, bersyukur sangat2. Aku kejutkan dye, then kiteorg balik dorm. Malam tu aku teman dye tidur skjap, pastu baru la aku stdy, and then tidur ngan hati yg senang.

Aku selalu pesan kat dyeorg semua, kalau ada apa2 masalah bagitaw aku. Jangan diam je, tp alhamdulillah.. Dia ikut pesan aku tu, tapi selalunya masalah tak besar mana, setakat masalah study or life kat sana je. At least, aku ni diperlukan jugak. Hmm...
Aku ada jugak marah dieorg kalau ada buat salah, tapi tu semua untuk kebaikan dieorg jugak. Aku tak nak la, senior2 sekolah tu da cop adik2 aku tu budak bermasalah. Nanti lain pulak jadinya. Tapi selama aku jadi 'abang' dieorg, ada jugak la aku dengar ada orang lain yg tak suka aku rapat dengan adik2 aku tu. Then, aku pikir lantak la, dieorg takde adik, aku ada adik, so, aku akan buat mana yg patut. Aku ada terpikir, kita nak buat baik pun salah, buat jahat pun salah. Aku pun tak tahu nak buat apa. Aku just try untuk jadi abang yg terbaik untuk diaorg semua, sebab aku sayangkan mereka.

Bulan 2, B.Shabir pindah sekolah. Dia terpaksa quit atas sebab tertentu. Tapi, sebelum dia pergi, dia tak bagi tahu kat aku pun. Yang dia tinggalkan, sepucuk surat. Itu pun dia bagi kat Aizat suruh pass kat aku. Lepas baca surat tu, mengalir jugak la air mata aku. Yela... Orang yg dah kita sayang, tetiba pergi tinggalkan kita. Siapa yg tak sedih... Tapi nak buat macammana, aku hanya mampu bersabar. Berdoa untuk kesejahteraan dia. So, skrang tingal 5 org je adik aku.

Selepas 4 bulan diorg jadi adik aku, keadaan sedikit berubah. Dieorg dah tak nak dengar nasihat aku lagi dah. Semua dah tak macam dulu lagi, aku pun tak tahu kenapa jadi camtu. Aku cuba cari apa masalah yg jadi punca semua nie, tapi diaorg tetap camtu, dah berubah. Izzuddin, kalau dulu dia asyik dengan karenah dia yg buat aku gembira, tapi skarang dah takde dah itu semua. Dia pun dah kurang berinteraksi dengan aku, macam aku ada buat 1 kesalahan yg besar terhadap dia. Marwan, dulu kalau ada apa2 hal atau masalah, org yg pertama dia cari adalah aku. Sebagai abang dia, aku akan buat apa sahaja demi dia. Tapi sekarang, aku bukan org pertama dia dah, dia akan ikut gerak hati dia je. Apa yg dia nak buat, dia akan buat. Nasihat aku nie takkan dipedulikannya. Aizat, dia pun dah macam tak suka dah aku jadi abang dia, seolah-olah dia tak nak aku wujud dan ganggu hidup dia. Luqmanul dah amik keputusan, dia dah tak nak jadi adik aku dah, so, aku lepaskan dia. Dah itu yg dia nak. Dan Ariff pun ikut langkah Luqmanul, aku still ingat lagi, masa tu pukul 4 petang, hari Khamis, aku tengah belajar subjek Kimia, Ariff hantar mesej kat aku yg dia pun dah tak nak jadi adik aku lagi. Fine, tapi aku reply balik, aku nak jumpe dia dan dia setuju. Aku jumpa dia petang tu jugak, aku cakap yg aku setuju ikut kehendak dia walaupun hati ni berat. Then, start hari tu adik aku cuma tinggal 3 org je. Marwan, Izzuddin, Aizat.

Tapi still sama, dieorg tetap dengan perangai dyeorg. Langsung tak dengar nasihat aku, tak hormat aku sebagai abang dia atau sekurang-kurannya sebagai senior mereka. Hati aku nie rasa hancur sangat. Diaorg langsung tak hargai pengorbanan aku, tak pernah terpikir tu semua. Aku memang tak pernah mintak apa2 pun balasan dari dieorg, tapi siapa yg tak sedih bila diri nie tak dihargai. Ada jugak aku terfikir nak pindah blok tapi ingatkan balik budak2 form 1 yg lain, yg masih perlukan aku, aku matikan hajat aku tu. So, aku teruskan lah hidup aku dengan hati yg tabah. Mungkin Allah nak uji aku. Tiap hari aku berdoa supaya Allah tabahkan hati aku.

Sampai la hujung tahun, keadaan tetap sama. So, aku amik keputusan untuk lupakan semua benda tu and focus kat study aku. Lantak la.. Bukan dah putus asa, tapi dah penat, hampir 6 bulan masalah sama je yg aku pikir. Biar la dieorg nak hargai aku ke tak. Aku cuma buat mana yg patut and mana yg mampu aku buat. Mungkin diaorg jadi camtu sebab tak sedar yg aku sayangkan diaorg macam adik aku sendiri. Dan mungkin aku memang tak layak jadi abang diaorg.

So, aku harap 1 hari nanti Tuhan buka pintu hati dieorg untuk sedar akan semua benda yg dah berlaku kat diaorg selama nie. Dan aku doakan dieorg semua berjaya dalam hidup diaorg, dunia akhirat. Aku pun sekarang nak mulakan hidup baru, diaorg pun mungkin dah tak ingat pasal aku lagi. So, aku pun tak nak pikir apa2 lagi la pasal semua tu. Aku berdoa agar aku dapat kesejahteraan aku sendiri. Amin..

Aku hanya ingat, kadang kala orang yang kita pernah sayang dah tidak perlukan kita lagi, tetapi kita yang masih memerlukan mereka.. Dan tak salah kalau kita nak berkorban demi apa atau siapa pun, tetapi jangan kita yang terkorban di akhirnya.. Tapi kadang kala kita jugak perlu tinggalkan perkara yang kita sayang..



BERDIRI DARI KIRI : Eddy, Ariff, Ibnu, Fito (prefect), Berg, Faiz, Abu, Marwan, Rafiqi, Raja.
DUDUK DARI KIRI : Irman, Tasnim, Izzuddin, Wan Hafizan.
TIADA DALAM GAMBAR : Aizat, Luqmanul Hakim, Amir Safwan, B.Shabir.

Friday, March 12, 2010

benda dah jadi..


Petang tadi aku dapat mesej dari Teh. Dia suruh aku bukak fb, tgk pic Ajah yg eksiden. Aku bukak la, tgk pic dia tu, tetiba je aku rase lain macam. Risau, takut, geram, kesian, semua ada. Campur2... aduyaaii...

Tapi benda dah jadi kan? So, aku pon tak leh buat apa. Berdoa pada Allah supaya 'adik' aku tu cepat sembuh. Nasib baik minggu depan cuti penggal. So, cuti seminggu la. Aku harap cuti nie dia rehat betul2.. biar la cepat sembuh. Ajah.. Ajah..
Hmmmm.. 'adik' aku sorang nie..

takdir hidup..

Hari nie aku dapat tahu 1 berita yg agak mengejutkan aku. Seorang insan yg aku sayang eksiden kat kampung aku. Ahmad Zahin Najahuddin, budak nyr baru form 3, eksiden dengan motosikal dia. Aku dapat tahu berita nie pon dari abang dia, Teh. Tapi dia pon tak tahu sangat pe yg terjadi sebenarnya sebab dia ada kat kolej dia sekarang nie.

Aku punya la risau pasal dia, nak menangis pon ada, yela.. orang dah kita sayang, jadi apa-apa kat dia mesti la tak senang hati, tambah pulak dia tu da macam adik aku sendiri. Aku try msg semua orang nak tahu keadaa dia camne. Tapi tak dapat, lagi la risau hati nie, nak buat kerja pun tak boleh focus. Aku msg dia, tak reply. Tapi last2 ada orang reply msg aku tu, meibi kakak dia kot, bagitahu aku keadaan adik dia tu. Dia cakap luka budak tue tak la teruk sangat, tapi memang sakit la. Calar-calar.. Alhamdulillah, lega sikit hati aku dapat tahu berita nie. Pastu aku terbaca 'news feed' kat Facebook, ummi dia cakap doktor nak potong kaki dia, tapi tak tahu la ummi dia bergurau ke tak, harap saja-saja je dia cakap camtu.

Dulu dia beria-ia sangat nak ubahsuai moto dia, semua benda dia nak ubah, tapi sebelum tu dia mesti tanya pendapat aku dulu. Kalau aku tak bagi nanti, kecik hati dia, yela.. 'adik' aku, kena la jaga hati dia, tapi kalau aku bagi dia ubahsuai tu nanti, lain pulak yg jadi. So, aku benarkan lah dia ubahsuai moto dia. Tapi sekarang, apa yg jadi..?? Dalam hati nie, rasa menyesal pon ada. Tapi benda dah jadi, nak buat macammana. Ikut hati aku, nak sangat aku balik umah aku hujung minggu nie, nak tahu sendiri keadaan 'adik' aku tapi aku ada kelas la. Aduyyaaii...

Walaupun antara aku dengan dia takde pertalian darah, tapi aku sayang dia macam adik aku sendiri, Tuhan je yg tahu betapa dia penting dalam hidup aku. Tapi aku percaya yg dia tak tahu dan tak sedar benda tu semua. Aku harap jelah, 1 hari nanti dia sedar akan apa yg berlaku selama nie. Tapi lepas nie aku dah tak bagi dah dia nak ubah moto dia, dah serik dah aku. Taknak apa-apa lagi yg lagi teruk terjadi kat dia.

So, aku harap 'adik' aku tu cepat sembuh, dah la nak PMR tahun nie. Aku betul2 tak sabar nak balik umah, nak tengok keadaan dia. Huhu.. Moga2 dia ok2 je.. Amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..