Sahabat..

Friday, October 29, 2010

Hotlink oh Celcom..



Oh.. kredit handphone aku dah 'kering' dah nie. Kena top-up.
Masuklah aku ke sebuah kedai top-up.

"Kak, maxis RM3"

Hati aku terdetik,
"Hmmm.. asyik top-up RM3 je, bila lah nak merasa top-up RM10."

Aku terpandang pada deretan sim-pack Hotlink yang menunggu untuk dijual.
Nombor telefon yang tertera pada sim-pack itu takdelah menarik minat aku untuk membelinya.
Tapi, aku hanya perasan ada 1 nombor Hotlink tu yang dekat-dekat sama dengan nombor Celcom yang aku guna sekarang.

Aku berfikir agak panjang. Nak beli, ke tak.
Rezeki depan mata, peluang hanya datang sekali.

"Kak, saya nak beli nombor ni, kak.."
"RM9.80, dik... "

Aku pun beli la nombor Hotlink tu.
Dengan alasan sebab nombor tu lebih kurang sama dengan nombor Celcom aku.
Tapi aku rasa, gunanya pun nanti tak juga. Just nak simpan je..

Tuesday, October 26, 2010

masa itu emas..

Entry kali berkaitan dengan seutas jam tangan yang sangat berharga bagi aku.
Sebab apa? Sebab jam ini dihadiahi oleh junior aku, Muhammad Zakwan Bin Azizan masa di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).



Dia hadiahkan jam tangan ini masa hujung tahun 2008, Yelaa.. masa tu dah nak dekat habis sekolah. Aku pun dah nak keluar dari STAR tu, dah form 5.
Kira sebagai sourvenir dari dia la.
Aku pula bagi dia jam tangan aku. Haha..

Aku pun tak tahu kenapa berharga sangat jam tangan ini pada aku.
Mungkin sebab pemberian orang kot.. So, aku kena hargainya.

Kebiasaannya, kalau bateri jam tangan dah habis, aku tak tukar baterinya, tapi pergi beli jam tangan yang baru.
Tapi untuk jam ini, aku masih tukar bateri yang baru.
Sebab aku tetap nak guna jam tangan ini.
Bila fikir balik, harga yang dikenakan untuk tukar bateri tu sama dengan kalau aku beli jam tangan yang baru.
Walau apa pun, aku akan tetap simpan jam tangan ni walau riwayatnya dah tamat. Haha..

Hargailah setiap pemberian yang kita peroleh..

Wednesday, October 20, 2010

kenangan demi kenangan S.T.A.R..



Hmm.. Satu hari aku ada terbaca blog senior aku masa kat STAR dulu. Post dia berkisar tentang memori-memori dia ketika di STAR dulu.
Dalam hati aku pun ada terdetik juga, rupa-rupanya bukan aku seorang sahaja yang masih rindu pada bumi STAR, masih ada lagi insan yang lain.

Betul, memang susah nak lupa semua kenangan itu. Aku sendiri selalu terkenang kembali peristiwa-peristiwa di STAR. Dan semua peristiwa itu mengajar aku dalam kehidupan aku di dunia ini. 5 tahun aku di STAR, banyak kenangan pahit dan manis yang aku telah rasa. Bersama batch aku yang seperti sebuah keluarga yang besar. Belajar bersama, bermain bersama, gelak ketawa bersama, gembira sedih bersama. Tapi tak mungkin semua itu boleh berulang kembali.





Teringat kembali ketika cikgu sedang bersungguh-sungguh mengajar di depan, ada dalam kalangan pelajar yang tidur di belakang. Sekali cikgu tegur, tersedar. Tapi selepas itu sambung balik tidur tu.



Ada juga pelajar yang sibuk membaca surat khabar. Macam dah tak sempat nak baca waktu lain. HIBURAN tak berapa layan sangat, bahagian SUKAN memang popular.
Sebab itu, bila dapat surat khabar Star, mereka mesti akan membacanya bermula dari muka surat belakang. Tak kurang ada juga ada pelajar yang bersembang. Cikgu bercakap di depan, mereka buka kedai kopi di belakang.

"Ko nak outing ke mane sabtu ni?"
"Ntah, lepak JJ jom?"

Outing la antara aktiviti yang paling bahagia bagi pelajar STAR setiap minggu. Bermula pukul 10 pagi setiap hari Sabtu, semua pelajar dibenarkan keluar. Dan masuk balik ke kawasan sekolah sebelum pukul 5.30 petang.
Ada yang ke Jaya Jusco, Ipoh Parade, dan Kompleks Yik Foong. Itu antara tempat yang popular la. Dan tempat yang paling popular, Taman Cempaka.




Semua keperluan pelajar ada di situ. Sempurna.
Dari cyber cafe, kedai gunting rambut, kedai jahit pakaian, kedai runcit, kedai handset, kedai jam, kedai makan, kedai alat tulis, hinggalah ke kedai cermin mata. Perkhidmatan dobi pun ada. Pendek kata 1001 keperluan ada kat Taman Cempaka itu.
Alangkah seronoknya kalau dikenang kembali.

Teringat juga tatkala baju yang banyak tak dibasuh, dikumpul semuanya dalam 1 baldi, dengan memakai tuala, bersiap dan terus ke bilik air. Kedengaran bunyi berus basuh ligat membasuh. Buih sabun yang memenuhi lantai bilik air itu.
Kebiasaan aktiviti membasuh ini dilakukan beramai-ramai. Tak lah rasa bosan sangat, baju yang melambak-lambak tu, rasa sekejap je basuhnya. Tak sah kalau tak main air. Dengan lantai koridor yang basah, berkejaran sesama rakan-rakan.
Gembira.



Di saat lampu dorm yang kena tutup apabila siren terdengar, menandakan jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Namun ada lagi dorm yang masih terang.
Apa yang pelajar buat?
Ada yang makan maggy, ada yang iron baju, ada juga pelajar yang 'kiwi' kasut. Awal-awal tak nak buat. Bila dah bunyi siren baru la nak buat semua kerja itu.
Habis semua kerja tu, tidurlah mereka dalam suasana STAR yang sejuk.

"Bangun, bangun... subuh"

Masih terngiang-ngiang lagi ungkapan itu. Warden yang bertugas menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengejutkan pelajar STAR dari ulikan mimpi. Berbekalkan rotan yang sering kali hinggap di buntut pelajar yang masih tidur dan susah nak bangun, warden akan ke setiap blok. Ada pelajar yang awal-awal lagi dah bangun. Alhamdulillah..
Dan ada juga yang liat nak bangun.
MasyaAllah..

"Saya kira sampai 10.. Siapa yang tak bangun, saya rotan"

Barulah pelajar bergegas keluar dari dorm, menuju ke Surau Al-Hamdaniah, STAR. Punya la kuat aura ugutan warden tu, tak sampai 5 minit, dorm dah 'clear'. Semua pelajar dah ke surau.



Dan sampainya pelajar di surau, mereka sambung balik tidur mereka. Sampai terlentok.
Ada yang tertidur ketika sembahyang subuh, kebiasaannya masa sujud. Sampai imam dah bagi salam, ada lagi pelajar yang tak bangun dari sujud. Ngantuk sangat.

Tak lupa juga ketika riadah waktu petang. Pukul 5.30 petang, padang STAR yang luas tu penuh dengan pelajar. Ada yang main rugby, bola sepak, dan hoki. Selain itu, ada juga sesetengah pelajar yang main basketball dan bola tampar.
Kira budak sukan juga la Starian ni.
Tapi jika hujan turun, semua pelajar berhenti bermain ke? Tak. Selagi tiada cikgu yang suruh berhenti dan ribut kuat, selagi tu la mereka akan terus bermain.
Keras hati betul.





Hari Ahad, merupakan hari yang agak 'malas' lah dalam kalangan Starian.
'Inspection'.
Aktiviti wajib tiap hari Ahad. Masa ni lah boleh tengok budak-budak STAR buat kerja suri rumah. Menyapu sampah, kemas katil, kemas stor, cuci cermin, cuci 'toilet', lap kipas. Kira blok mesti dalam keadaan bersih la.
Warden akan datang periksa. Kalau keadaan dorm tak memuaskan, ada lah denda yang pelajar akan kena nanti.
Teringat pula ya, kuku mesti pendek. Sebab perkara yang pertama akan diperiksa pada pagi 'inspection' itu ialah kuku. Tapi kebiasaannya, pengawas yang periksa.



Selain itu, tak lupa juga pada dinning hall yang telah banyak berbakti pada pelajar STAR. Ada hari yang lauk memang 'tip top', ada hari yang lauk macam tak best.
Lauk yang menjadi lagenda sepanjang zaman, 'lauk ikan keramat'. Tak tahu nak 'describe' macam mana lauk tu.
Tapi sekarang dinning hall dah maju, lauk yang disediakan juga semua memenuhi citarasa pelajar yang sebelum nie memang tinggi 'taste' mereka. Memilih dan cerewet.

Dan itu lah sedikit sebanyak peristiwa yang mungkin takkan hilang dari bumi STAR. Tiap kali aku kenang balik, rasa nak sangat kembali ke masa itu. Gembira, bangga, bertuah, semua perasaan itu muncul.
Bermula tahun 2004 aku menjejak kaki di bumi bertuah, STAR sehinggalah hujung tahun 2008, 5 tahun aku hidup di sana. Bersama rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru yang telah banyak berkorban, pelbagai kenangan yang betul-betul bermakna dalam hidup aku.
Dan tak mungkin aku akan lupa sehingga akhir hayat aku.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

pen drive ku sayang..



Alhamdulillah...
Akhirnya, berjaya jugak aku memiliki 1 pen yang boleh memandu. Haha..
'Pendrive' 4 gigabyte nie adalah pendrive pertama yang wujud dalam hidup aku.
Yela.. Sebelum ini, aku mana ada pendrive.
Kerja-kerja assignmnet, semua aku save dalam memory card handset. Haha..
Kira pencapaian terbaik aku la ni. Huhu..

Pendrive nie, berjenama Kingston. Aku beli masa PC Fair kat KLCC.
Moge beliau mampu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk aku.

Friday, October 15, 2010

first contact lens..

"Tak mungkin la.."



Tu la ayat yang pertama terpancul dari mulut aku bila dapat tahu yang aku kena pakai contact lens untuk main bola sepak.
Yela.. seumur hidup tak pernah pakai, tetiba kena pakai. Wajib lak tu.
Kalau tak pakai, alamatnya tak dapat la aku nak merasa main bola sepak untuk wakil kolej.
Nak, taknak.. Terpaksa la aku beli 1 set.

Harga sepasang = RM20.
Pakej yang ditawarkan, 3 pasang = RM45.

So, aku beli pakej tu.
Selain itu, aku beli cecair pencuci contact lens = RM10, dan
cecair untuk mencuci mata = RM8

So, jumlah semuanya = RM63.
Bebaloi la..

Sebab apa?
Sebab aku dapat rasa apa yang orang lain rasa.

Rasa apa?
Rasa macam mana main bola sepak tanpa pakai cermin mata.
Hahahaha...

Mula-mula aku pakai, aku amik masa 10 minit. Seksa nya la nak pakai.
Tapi alhamdulillah, lama-kelamaan aku daboleh pakai contact lens tu dalam masa tak sampai seminit.
Ajaib.. Hahaha..

Monday, October 11, 2010

PMR is over ..

MERDEKA..
Itulah laungan yang pasti akan disebut oleh para pelajar tingkatan 3 tiap kali tamatnya Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Yelaa.. Setelah hampir lebih kurang 2 tahun 10 bulan mereka berusaha mengerah keringat untuk menuntut ilmu, sejak daripada tingkatan 1, sudah sampai masanya mereka diuji dengan soalan-soalan yang mencabar minda mereka.

PMR untuk tahun 2010 ini mengingatkan aku kembali tatkala aku yang juga mendudukinya pada tahun 2006 berusaha sedaya upaya aku untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR itu.



Ketika itu, aku belajar di sebuah sekolah yang hebat di Ipoh, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bermula dari awal tahun lagi, aku sudah cuba untuk mempersiapkan diri aku untuk menghadapinya.
Siapa kata tak cuak?? Takut, gementar, semua ada. Nak menangis pun ada. Haha..
Tahun tu juga lah kejohanan bola sepak Piala Dunia berlangsung.
Jadi, fokus untuk PMR sedikit lari dek kerana tak mahu ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan kejohanan yang popular itu.
Biasanya kan perlawanan secara langsung disiarkan pada awal pagi, jadi ramai pelajar bangun untuk menyaksikannya di televisyen termasuk aku.
Dan bila waktu di kelas, kepala masing-masing mesti 'terhempas' di atas meja. Mengantuk, tak cukup tidur.
Agak kelakar la bila mngenangkannya kembali.

Selepas bertungkus-lumus study, hari PMR telah tiba. Dengan mata pensil yang perlu diasah selalu, termasuk otak kami. Dengan kertas soalan yang 'menyeramkan' di atas meja. Dengan kalkulator yang sentiasa diketik-ketik, terutama untuk subjek matematik.
Sampai ke titik terakhir kami berjuang.
Alhamdulillah.. Akhirnya keputusan PMR kami diumumkan.

"Tahniah, keputusan PMR kita adalah yang terbaik dalam Malaysia."

Lebih kurang begitulah kata-kata pengetua STAR apabila beliau mengumumkan keputusan PMR kami.
Melonjak kami tanda kegembiraan. Bangga, puas, gembira, semua perasaan ada.
Syukur kami kepada Tuhan.

PMR tahun ini juga mengingatkan aku kepada insan-insan yang pernah menjadi 'adik' aku sewaktu mereka tingkatan 1 dan aku ketika itu di tingkatan 5.
2 tahun berlalu, dan sekarang mereka berada di tingkatan 3, dan giliran mereka untuk mencuba mengharumkan nama STAR dalam PMR.

Aku ada bercerita tentang mereka semua dalam post terawal dulu, so tak perlu aku bercerita lagi. Hehehe...
Walaupun aku dah lama tak contact dengan mereka semua tu, tapi aku masih lagi sentiasa berdoa untuk kecemerlangan mereka.
Yela.. mereka pernah jadi 'adik' aku, so susah nak lupa mereka tu.

Pertengahan tahun nie, aku berkesempatan melawat STAR. Exited bukan main hati ini. Nak dijadikan cerita, berjumpa la kembali aku dengan 'adik-adik' aku tu.
Gembira juga la, yela.. dah lama tak jumpa.
Aku juga sempat la tengok prestasi akademik mereka di papan kenyataan. Kebanyakan prestasi mereka menurun.
Risau juga la hati ni, tapi nak buat macam mana. Berdoa je untuk mereka semua tu.

Perbezaan yang paling ketara, prestasi Marwan. Dulu masa tingkatan 1, cemerlang je keputusan peperiksaan dia. Sebagai abang, rasa bangga dengan diri dia.
Tapi bila dapat tahu prestasi dia yang agak merundum ni, rasa terkejut pulak.
Yela.. dia tu agak cerdik orangnya.
Dan 'adik-adik' aku yang lain seperti Aizat, Izzuddin, Ariff, Zakwan, Raja, Luqmanul, Ibnu, Tasnim, dan lain-lain, (Maaf kalau ada nama yang tak tersebut :) ), pun sempat aku tengok prestasi mereka semua.

So, tahun nie mereka semua tu ber'PMR' la. Aku pun tak tahu, hampir setiap hari aku terfikir, macam mana la mereka menjawab soalan PMR itu. Harap-harap la Tuhan permudahkan kerja mereka menjawab soalan-soalan itu semua. Hmm...
Aku harap mereka akan dapat keputusan yang cemerlang la nanti. Amin..
Dan aku juga harap yang aku boleh dapat tahu keputusan mereka itu semua.

Friday, October 8, 2010

KASUKMA 2010, di KM Banting..



Pada tarikh 1 hingga 3 Oktober bertempat di Kolej Mara Banting, berlangsungnya Karnival Sukan Mara (KASUKMA) 2010.
Kolej yang menyertai karnival tu :
> Kolej Profesional Mara, Beranang.
> Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar.
> Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar.
> Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota.
> Kolej Profesional Mara, Melaka.
> Kolej Mara, Banting (tuan rumah).
> Kolej Mara, Seremban.
> Kolej Mara, Kuala Nerang.
> Kolej Mara, Kulim.


Rezeki aku tahun nie, dapat la wakil kolej dalam acara bola sepak. Hasil undian kumpulan, KPM Beranang berada dalam kumpulan B bersama-sama KM Banting, KPM Indera Mahkota, dan KPM Bandar Penawar.



First game lawan ngan KM Banting, seri 1-1. Next game, bertemu ngan KPM Indera Mahkota, menang 2-0. Last game lawan ngan KPM Bandar Penawar, seri 0-0.
Kteorg dpt jadi naib johan kumpulan je.
Separuh akhir bertemu ngan KPM Seri Iskandar. Ade fight gak la match tu. Yela.. referee layangkan 2 kad merah, 6 kad kuning. Tapi takdelah sampai gaduh.
Kteorg kalah game tu, 0-1.

Untuk merebut tempat ke-3 lak, kiteorg lawan ngan KM Seremban. Kalah 1-2. Melepas la nak dapat medal. Tapi kire ok la dapat tempat ke-4, top 5 tu..

Pingat emas pertama kiteorg dapat dari acara futsal wanita. Gagah jgk wanita-wanita KPM, Beranang.

Lastly, juara keseluruhan dimenangi oleh KPM, Beranang. Bangga jgk la masa tu. Hehe..
Second, KM Banting. Third, KPM Indera Mahkota.



Harap tahun depan aku boleh mewakili kolej aku lagi unntuk KASUKMA. Tuan rumah untuk tahun depan, KPM Bandar Penawar.

Sekian...

Wednesday, October 6, 2010

bulan kerja..

Huh.. mengeluh sekejap aku dengan apa yang terjadi beberapa hari ni.
Kerja-kerja rumah banyak giler, dengan assignment nye, test nye, quiz lagi, pastu presentation yang kena buat. Memang masak la aku. Hahaha,,
Tp tu kira titik tolak aku untuk berjaya la tu.

Blog kesayangan aku ni pon dah lama dah tak updated.
Entry post untuk September just 1 je..
Sibuk dengan kehidupan seharian. Kerja memang menambah, tak henti-henti.
Entry kali ni pon yang pertama untuk bulan Oktober. Nasib baik la aku dapat curi masa sikit nak tulis ni. Kalau tak, agak-agak boleh bersawang la blog aku nie.

InsyaAllah dalam 2 minggu lagi, semua kerja boleh setel.
Mudah-mudahan segala kehidupan aku diberkati Allah . Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..