Sahabat..

Wednesday, February 2, 2011

puisi buat adik angkat..


ADIK..
Pernah kita bertemu pada suatu ketika dahulu..
Pertemuan yang tak terduga..
Dan hari demi hari yang berlalu..
Membuatkan kita terleka sejenak tentang hubungan adik beradik kita..
Kenangan demi kenangan yang kita cipta..
Manis mahupun pahit, semua itu menjadikan kita lebih mesra..

Namun..
Tanpa kita sedari..
Masa mencemburui kita dan ianya berlalu dengan pantas..
Hubungan adik beradik kita semakin dimamah usia..
Dan hubungan yang dulunya kita bina bersama..
Kini pudar ditelan masa..

ADIK..
Aku ingin sekali bertemu denganmu..
Berusaha untuk membina kembali ikatan antara kita..
Mengertilah, bahawa hanya engkaulah satu-satunya..
Adik yang sempurna bagiku..
Dan aku mencuba untuk menjadi seorang abang yang sempurna bagi dirimu..

ADIK..
Hanya 1 perkara yang aku harapkan..
Moga kita dipertemukan kembali..
Agar hubungan adik beradik yang pernah kita cipta bersama..
Tidak akan pupus begitu sahaja..

> nukilan hati : adol ihsan

2 comments:

a journey to remember said...

sob sob .. very sad .. T-T

adol ihsan said...

a journey to remember :

dugaan hdup yg prlu kita tempuhi ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..