Sahabat..

Saturday, April 30, 2011

20 tahun sudah..


Pesanan kepada diri sendiri :

SELAMAT HARI LAHIR, adol ihsan. Moga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah, usia kau sekarang telah menjangkau 20 tahun. Dah masuk dalam kategori puluhan tahun, bukan belasan tahun lagi. Ingat tu !! Kau dah DEWASA.

Walau apa pun yang berlaku, dengar kata hati kau. Ikut naluri hati kau sendiri, jangan fikirkan tentang faktor luaran. Nak buat apa pun, buatlah. Janji perkara yang nak dilaksanakan itu tidak salah. Yakin dengan apa yang kau ada, apa yang kau miliki. Itulah diri kau.

Kau ada hubungan adik beradik angkat dengan sesetengah orang. So, sayang mereka dengan sepenuh hati kau. Memang selama ini pun ada suara-suara sumbang yang tak berkenan dengannya. Biarkan, lantak la dengan apa yang mereka nak kata. Kau ada adik angkat, kau tahu apa yang perlu dilakukan. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu akan segala-galanya. Yakin dengan apa yang kau buat. Lagipun, kasih sayang adalah perkara yang paling penting dalam diri kau kan? So, teruskan dengan mewujudkan perasaan itu dalam diri kau kalau itulah yang membuatkan kehidupan kau lebih ceria, tenang, bahagia, dan gembira.

Kau ada kehidupan kau sendiri. Bersyukur lah dengan apa yang kau kecapi selama ini. Dan cubalah untuk mendapatkan yang lebih baik. Kau dah besar. Pemikiran boleh atasi segala-galanya. Fikirlah dengan cara yang profesional. InsyaAllah dengan itu, kau boleh lakukan apa sahaja.

30 APRIL, tarikh keramat apabila seorang insan yang diberi nama :

MOHD. AFDHOLL IHSAN BIN MOHD. SHARIFF

telah dilahirkan di bumi ini. Terima kasih kepada BONDA dan AYAHANDA atas pengorbanan mereka selama ini. Kau perlu bersyukur kerana mempunyai ibu dan bapa yang hebat seperti mereka.

Semoga apa yang kau hajati selama ini termakbul. Mudah-mudahan hidup kau lebih cemerlang. Bukan sahaja di dunia ini, malahan untuk akhirat kelak.

ADOL IHSAN...

  1. Belajar rajin-rajin..
  2. Jangan tinggal sembahyang..
  3. Jaga diri kau baik-baik..

Monday, April 25, 2011

Pesanan hati..

Singgah sekejap sahaja,,
~
~
~
~
~
Cuma nak sampaikan pesanan hati..


ADOL IHSAN

RINDU

kalian semua..
~
~
~
~

Tapi masa untuk berblogging saya terbatas dek kerana assignment yang masih lagi berbaris panjang..

menunggu giliran untuk disettlekan..

~
~
~

Doakan mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan saya,, :)

Wednesday, April 20, 2011

Habislah periuk nasi kita..!!

Sebentar sahaja masa yang akan aku luangkan di laman ADOL IHSAN ini. Hanya sekadar ingin berkongsi 1 info PENTING.

Yang tersangat lah PENTINGnya.

PENTING sangat.

Sangat-sangat PENTING.

Tiada hal yang PENTING selain hal-hal yang PENTING belaka.

Pihak Google akan DELETE mana-mana Blogspot yang didaftarkan atas nama selain Gmail. 'Pemadaman' ini akan dilakukan bermula 25 Jun 2011. Jadi, bagi blogger-blogger di luar sana, anda perlulah segera bertukar ke akaun Google, jika tidak akaun asal anda akan dipadamkan bersama-sama blog anda.

Gempar tak berita kat atas? Tapi itulah yang mungkin akan berlaku. Sumber nya?
Haa.. Ini aku peroleh dari blog myungdae92. Nak info lebih lanjut, sila lah ke sana. Di blog itu juga disertakan sekali cara-cara nak tukar akaun. Kira complete set la. Aku tak sempat nak post semua itu. So, harap anda semua sudi-sudilah ke blog myungdae92 tu ye..


Sekadar mengingati sesama kita sebagai blogger.

Sunday, April 17, 2011

SEJARAH mengajar kita..

Lamanya tak menziarahi laman ADOL IHSAN yang tersayang ini. Al-maklum lah, assignment aku masih lagi beratur panjang untuk di'settle'kan. But baby, don't you cry tonight, because you always in my heart. Chewaah..

Nak bercerita pasal apa ya untuk kali ini? Hmm.. Fikir punya fikir, punya fikir, punya fikir. Aku memutuskan untuk mahu bercerita pasal kampung kesayangan aku iaitu Kampung Permatang Badak yang terletak di Kuantan, Pahang. Simple aje. Tentang asal usul kampung tersebut. Aku pun tak punya masa yang panjang sebab banyak lagi kerja menanti aku.

Kampung Permatang Badak. Kenapa BADAK? Kenapa tak ZIRAFAH ke? BIAWAK ke? KERBAU ke? Itu yang menjadi persoalan aku ketika aku masih kecil. Namun, sekarang aku dah dapat jawapannya. Nak tahu? Menurut arwah nenek aku yang menceritanya kepada aku ketika aku di bangku sekolah rendah, lebih kurang begini la ceritanya.

Kawasan tanah pamah di kawasan kampung aku ini dulu subur. Jadi, penduduk kampung ini mewujudkan kawasan untuk bercucuk tanam. Ketika itu, kampung ini tidak bernama lagi. Oleh kerana kawasan bercucuk tanam, sudah tentu ada permatangnya. Betul tak? Nak dijadikan cerita, ada seorang insan telah bertembung dengan sekumpulan badak berhampiran permatang tersebut. Mana datangnya badak tu pun aku tak tahu. Tapi yang pastinya, selepas peristiwa itu wujudlah sebuah kampung yang bergelar Kampung Permatang Badak selepas insan itu memutuskan untuk menamakan kampung itu dengan nama tersebut.

Aku pun agak sanggi dengan cerita ini. Boleh percaya ke? Ke nenek aku sengaja nak kelentong cucu kesayangannya ni? Akhirnya, cerita ini aku boleh diterima pakai. Mengapa ya? Kalau nak tahu, klik DI SINI. Cerita asal usul kampung ini juga telah dimuatkan dalam akhbar Harian Metro.

Itu sahaja buat entry kali ini. Izinkan aku untuk menyambung tugasan aku yang bertimbun itu.

Sekian.

(antara parit yang terdapat di kampung aku)

Thursday, April 14, 2011

Fadhilat Bacaan Yassin..

Salam semua.

Alhamdulillah, selesainya aku solat Maghrib tadi terus membaca surah Yassin. Yela.. Khamis malam Jumaat kan adalah malam yang lebih afdhal bagi umat Islam untuk membaca surah Yassin. Bukan lama pun kita nak meluangkan masa untuk membaca surah Yassin ni, sekadar 15 minit sahaja. Namun masih ada lagi insan yang di luar sana yang masih lagi 'malas' untuk melakukannya.

Ketika aku bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, majlis membaca Yassin ini akan dilakukan setiap minggu dan dilakukan secara berjemaah di surau sekolah. Kadang-kala ada juga diganti dengan ceramah agama yang mana penceramah itu dijemput dari luar. Tapi jika tiada aral yang melintang, bacaan Yassin tetap diteruskan.

Seingat aku, tahun 2005 ketika aku berada di tingkatan 2 di sekolah itu, seorang ustaz yang mengajar di STAR, Ustaz Mokhtar telah mencadangkan untuk mengadakan bacaan Yassin selama 40 malam berturut-turut. Dengan itu kami pelajar STAR meluangkan masa kami semua selama 40 malam untuk membaca Yassin. Alhamdulillah, selesai juga bacaan Yassin tersebut.

Secara individu aku juga bersyukur kerana 80% aku dapat menghafal surah Yassin. Yela.. dah 40 malam berturut-turut membaca Yassin, mesti dah dapat hafal. Terima kasih aku ucap pada Ustaz Mokhtar.

Tahun 2008, aku berada di tingkatan 5. Aku pernah bercerita di blog aku mengenai kehidupan aku selama di tingkatan 5 yang mana aku mempunyai adik angkat tingkatan 1. So, nak dijadikan cerita, tiap kali malam bacaan Yassin diadakan, adik angkat aku itu mesti duduk di sebelah aku. Kami selalu ambil tempat di belakang surau, tak lah sempit sangat. Begitu juga ketika sembahyang Maghrib, dia pasti berada di saf yang sama dengan aku, dia pasti sembahyang di sebelah aku. Hal ini berlarutan untuk tahun 2008 aje sebab 2009 aku dah tamat sekolah dah.

Esshh.. dah melalut dah ni..

Berbalik kepada bab bacaan Yassin tadi, memang banyak fadhilat dengan membaca surah Yassin ini. Dan aku sertakan 1 sabda Rasulullah S.A.W :

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

" Bacalah surah Yassin kerana ia mempunyai keberkatan", iaitu :

  1. Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, dia akan kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian, dia boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin, akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara, akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan diberi kesenangan apa yang dilihat.
  7. Jika tersesat, akan sampai di tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang meninggal dunia, Allah akan ringankan seksaannya.
  9. Jika orang dahaga yang membacanya, akan hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibaca kepada orang yang sakit, akan terhindar penyakitnya itu.

Wednesday, April 13, 2011

PONTENG kelas..

hari
ini

ADOL IHSAN

-
-
-
-
-
-
-

PONTENG kelas..

SYSTEM ANALYSIS (SA) = 2 jam
VISUAL BASIC (VB) = 1 jam
~
~
~

~
~
~

ape nak jadi dengan kamu ni huh? ADOL IHSAN..??
-
Datang kolej nak balajar, bukan nak ponteng-ponteng ni.
~
~
~
~

Jangan kamu berani lagi melakukan perkara yang sedemikian..




FAHAM..!!??

Monday, April 11, 2011

Siapa nak kupon FREE ??

Ada siapa-siapa yang nak kupon ni?

Adol Ihsan nak belanja kupon ni. Tapi expired date nya 3 hari lagi nak habis. Hehehe..

Kupon ni aku dapat daripada rakanku yang bekerja di restoran yang kalau makan ayam gorengnya akan menjilat jari kita sendiri. Dah tak tahu nak buat apa dengan kupon ni. Memang la banyak lagi kupon ni tapi takkan tiap-tiap hari nak kena makan kat restoran itu. Mahu tak kering poket aku ni.

So, simpan aje la. Buat koleksi.

Sunday, April 10, 2011

Durian 0h Durian..

Salam, semua..

Lama betul tak menjenguk blog kesayangan ku ini. Selama itulah aku masih sibuk dalam pembikinan menyiapkan assignment yang bertimbun. Pensyarah ini jugak kadang-kala tak fikir keadaan student dia. Dah tahu student dia tu banyak kerja, boleh pulak dia tambah kerja baru. Tapi mungkin untuk kebaikan student-student jugak. Aku terima semua itu sebagai 1 tanggungjawab aku sebagai seorang yang ingin mencapai kejayaan. Ececeh..

Baru sebentar tadi aku baru menyiapkan assignment aku yang ketiga untuk tempoh 1 bulan ini.

( selesai tugasan yg ke-3)

Memandangkan sekarang ini musim ENCIK DURIAN meluaskan kawasan taklukannya, tapi aku masih belum dapat merasainya dengan sepuas-puasnya. Hanya dapat menjamah 2 ulas. Itu pun hasil pemberian kawan serumah aku, SYAFIQ. Tapi bukan tulen punya la sebab durian tu dah dijadikan bubur. Tapi aroma raja segala buah itu masih dapat dikesan oleh deria bau dan rasa aku.

Alhamdulillah. Lepas jugak hajat aku untuk menikmati kelazatan buah durian ini walau hanya sekadar 2 ulas. Kira dapat jamah la.

durian Oh durian..

Thursday, April 7, 2011

Maaf, sistem bank 'OFFLINE'..

Aku baru pulang dari Bank Rakyat untuk mem'bank-in'kan cek elaun aku. Cek untuk bulan April itu sepatutnya aku terima 28 Mac hari tu. Dek kerana masalah yang dihadapi oleh pihak MARA, cek tersebut baru aku terima hari ini, 7 April.

Selepas Zohor, aku terus ke bank untuk menambahkan lagi amount wang yang tersedia ada dalam akaun aku. Buka pintu bank, ramai giler orang. Bising pulak tu. Pelik juga dengan keadaan macam itu, biasa senyap je. Ini macam pasar ikan, dengan keadaan yang agak kecoh. Seperti ada masalah yang berlaku. Aku pedulikannya.

Aku terus mengisi borang simpanan/deposit. Selesai urusan itu, aku ke kaunter untuk mengambil nombor giliran.

"Maaf, dik. Sistem bank hari ini OFFLINE. Ada masalah teknikal. Sistem kami tergendala.."

kata salah seorang staff Bank Rakyat kepada aku.

Perrrgghhh...
Geramnya hati aku. Duit untuk perbelanjaan aku dah la nazak. Nyawa-nyawa ikan je ni. Aduyaaii. Nak taknak terpaksa la terima kenyataan. Aku dengan hati yang agak 'gelap' terus pulang ke kolej. Pagi esok aje la datang semula. Harap-harap sistem beroperasi seperti biasa.

(urusan yg tergendala..)

Laskar Pelangi..

Mimpi adalah kunci,
Untuk kita menaklukkan dunia,
Berlarilah tanpa lelah,
Sampai engkau meraihnya..

Laskar pelangi,
Takkan terikat waktu,
Bebaskan mimpimu di angkasa,
Warnai bintang di jiwa..

Menarilah dan terus tertawa,
Walau dunia tak seindah syurga,
Bersyukurlah pada yang kuasa,
Cinta kita di dunia..

Selamanya...

Cinta kepada hidup,

Memberikan senyuman abadi,
Walau hidup kadang tak adil,
Tapi cinta lengkapi kita..

Laskar pelangi,
Takkan terikat waktu,
Jangan berhenti mewarnai,
Jutaan mimpi di bumi..

Menarilah dan terus tertawa,
Walau dunia tak seindah syurga,
Bersyukurlah pada yang kuasa,
Cinta kita di dunia..

Menarilah dan terus tertawa,
Walau dunia tak seindah syurga,
Bersukurlah pada yang kuasa,
Cinta kita di dunia,

Selamanya...

Selamanya...

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu...

Nidji : Laskar Pelangi


Tiap malam sebelum tidur, aku selalu dengar lagu ini. Keistimewaannya? Hati aku sahaja yang mengetahuinya. Hehe..

Tuesday, April 5, 2011

The Field of Secret..

(the field of secret)

Aku sempat snap gambar padang sekolah pada hari-hari terakhir aku di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pada penghujung tahun 2008. Ketika last paper SPM. Padang yang pernah diberi gelaran 'The Field of Secret' ( kalau tak silap la.. hehe,,) oleh pengetua STAR ketika ini iaitu Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim.

Apa yang menarik tentang padang STAR itu? Sepanjang 5 tahun aku bersekolah di sana, padang ini lah yang menjadi laluan aku untuk ke kelas. Kenapa aku tak guna koridor aje? Ke sekolah tu memang takde koridor? Bukan. Cuma kelainan yang dapat aku rasa tiap kali aku lalu di padang ini. Perasaan tenang dalam hati ini berbanding jika aku menggunakan koridor. Adakalanya, ada juga aku menggunakan koridor, cuma pilihan pertama aku ialah padang ini.

Tiap kali aku menggunakan padang ini, aku dapat rasakan laluan di hadapan aku terbentang luas tanpa ada apa-apa halangan. Kalau aku guna koridor, aku akan melalui blok-blok asrama pelajar so, akan ada rasa 'sempit' pada pandangan mata aku. Yela.. sebab kanan dan kiri aku blok je yang aku nampak. Berbalik pada kisah padang, ianya memberikan aku 1001 makna dan sebab kenapa aku memilihnya untuk laluan aku dan hanya hati aku sahaja yang dapat menggambarkannya.

Tiap tahun, aku perasan yang warna rumput di padang ini akan bertukar. Kira ikut musim la. Kalau musim panas, warnanya akan bertukar kepada warna coklat keperang-perangan. Tapi bila musim bunga, warna hijaunya... perghh... cantiknya. Kuasa Tuhan menjadikannya sebegitu rupa. Hijau merimbun segar. Sesegar hati aku tatkala aku memandang padang yang terbentang luas itu.

Tapi semua itu dah berakhir, tak mungkin aku boleh mengundur masa yang lalu. Cuma berharap padang itu akan kekal kesegarannya.

The Field of Secret STAR.

Sunday, April 3, 2011

Kisah PUBLIC PHONE..

PUBLIC PHONE (PF) atau lebih dikenali sebagai TELEFON AWAM. Dulu masa cinta-cinta monyet, sanggup kumpul duit syiling semata-mata nak call pakwe@makwe guna pf. Kecuali aku sebab masa tu takde lagi awek-awek yang sangkut kat aku ni. So, aku tak pakai sangat la PF ni.

(ini bukan cinta monyet, tapi cinta di antara monyet)

Start aku bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, barulah aku selalu guna PF ini untuk call keluarga tersayang aku di Pahang. Yelaa.. sekolah mana bagi students dia bawa handphone. Tapi ada juga yang berdegil, bawa juga. Kalau hilang handphone itu, baru la menyesal. Aku student baik, ikut peraturan sekolah. Chewaahh.. tak bawa pun handphone ke sekolah walau dalam hati ini teringin sangat nak bawanya. Tapi bonda aku menghalangnya. Jadi, kenalah ikut cakap bonda. Dia cakap, guna je PF tu, pasal bekalan duit syiling nanti dia bekalkan.

Aku biasa guna PF ni malam-malam. Lepas tamatnya prep malam dalam pukul 11, aku dah tercegat depan PF ni. Aku akan guna PF ni selang 2 hari, kira 2 hari sekali la. Tak lama pun aku guna, dalam 15 minit je tiap kali aku guna. Dapat dengar suara bonda aku dah memadai, dah lepas rindu di hati ini. Sepanjang 2004 aku buat perkara ini. bak kata budak STAR, homesick. Biasalah, budak baru nak belajar tinggal jauh dari parents, mesti la rindu selalu.

Tahun 2005, aku tingkatan 2. Start tahun itu, aku pakai cardphone. Lebih jimat daripada guna syiling. Seingat aku, cardphone dijual pada harga RM10, RM20, RM50, dan RM100. Kalau dah habis, aku beli di sebuah kedai buku di Taman Cempaka kat belakang sekolah. Kira aku ni pelanggan tetap la. Hehe.. dan aku pun dah mengurangkan tahap penggunaan PF ini, aku akan call keluarga aku seminggu 2 kali. Dan PF itu sendiri dah tak bosan dah, asyik menghadap muka aku je. Lagipun, aku nak bagi peluang budak-budak freshie yang baru masuk STAR merasai pengalaman menggunakan PF ini. Hehe..

(inilah rupa cardphone, 'old skool style'..)

Sampai la aku tingkatan 4, aku dapat lampu hijau dari bonda aku untuk membawa handphone ke sekolah. Namun, lampu sekolah masih merah menandakan pelajar masih tak boleh bawa handphone ke sana. Tapi aku redah je. Dan penggunaan PF aku terus terkubur. Namun, aku masih akan menggunakannya jika perlu. Darurat la. Duit syiling yang tak habis aku guna untuk tahun-tahun sebelumnya, aku gunakannya balik untuk membeli aiskrim di koperasi STAR. Kira aku ada khaskan perbelanjaan aku untuk aiskrim. :)

(public phone yg selalu aku guna semasa di STAR)

Lastly, aku harap suatu hari nanti aku berkesempatan menggunakannya lagi walaupun aku masih guna handphone.

PUBLIC PHONE, warisan zaman pertengahan tu... Huhu..

Friday, April 1, 2011

Langkah pertama..

Jam menunjukkan pukul 4.18 pagi. Ketika itulah tugasan pertama aku sempurna siap. Walau tak binding lagi, aku berpuas hati kerana akhirnya siap juga tugasan tersebut.


Tajuk : Project Proposal.
Subjek : System Analysis.
Masa siap : 4.18 pagi, Jumaat.

Alhamdulillah..

Sekarang aku berusaha untuk menyiapkan 3 lagi tugasan yang dijadualkan perlu dihantar serentak pada hujung bulan April ini.

InsyaAllah. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..