Sahabat..

Tuesday, July 26, 2011

Sepetang di FLORIA 2011, Putrajaya..

Hah.. teringin nak share gambar-gambar yang sempat aku snap ketika karnival FLORIA 2011 yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini. Aku ke sana bersama sahabat-sahabat aku yang lain. Mereka ke sana atas sebab assignment, yelaa.. semua budak tu amik kursus agro-bisnes. Aku ni je yang sesat, amik kursus bisnes komputer tapi join budak agro. Why not kan? Hehe.. Aku snap pakai kamera handphone murah aje.. So, maaf la dengan kualiti gambar yang tak memuaskan.


Antara pelbagai jenis bunga yang berjaya menarik pengunjung..


Seni bina landskap yang kreatif..


Hah.. kan comel kereta sorong cam nie..


.

.
Another landscapes..

.
.
Warna-warni kaler dia ye tak.. hehe,,

.

.
Merah menyala warna bunga tu..


Sekian buat masa ini. Nanti akan aku post lagi gambar-gambar menarik ketika di sana.

Monday, July 25, 2011

rezeki durian ..

Baru dapat panggilan dari bonda ku yang tersayang. Tiba-tiba dia call aku, sebab kebiasaannya aku yang akan call dia. Tut..tut.. dia yang call. Dia bagitahu aku yang dia on the way nak pergi beli durian. Nak buat bubur durian untuk sedekah masjid katanya. Bonda aku ni memang pemurah orangnya, suka bersedekah. Dia cakap, tak salah kalau kita kongsi rezeki atau nikmat yang Tuhan bagi kat kita dengan orang lain. Mudah-mudahan kita akan dirahmati-Nya.

Alhamdulillah, dialah Bonda yang paling hebat. :)

Aku sempat juga lah pesan bonda suruh beli lebih sikit durian itu. Hehe.. yelah, hujung minggu ni aku bercadang nak balik rumah. Boleh la melantak durian sepuas-puasnya. Duk kat kolej ni, hanya melihat sahaja orang yang menjual durian sana sini. Dalam hati memang nak merasa, tapi ongkos nya enggak mencukupi dong.. Lagipun ayahanda aku juga suruh aku balik hujung minggu ni. Alang-alang tu boleh beli baju raya. Waaaa... dah nak raya ke Adol Ihsan? Puasa pun belum lagi. Hehe..

Bonda aku dah warning kat aku, supaya raya tahun ni dia nak tengok aku pakai baju yang agak berjenama + baru. Kenapa ye? Sebab tahun-tahun sebelum ini, aku shopping raya kat bundle-bundle je. Hehe.. entah la, aku ni jenis orang yang tak suka bershopping lebih-lebih kot. Apa-apa pun akan aku taat dengan kata-kata Bonda aku.

Terbukanya 1 kancing butang baju...

Ini kisah aku,, :)

Memandangkan aku mempunyai beberapa orang adik angkat lelaki di kampung, aku banyak menghalang mereka daripada bebas melakukakan perkara-perkara yang tak sepatutnya dalam kehidupan mereka. Sebagai abang, aku berhak menjaga keselamatan mereka disamping memastikan tiada apa-apa masalah antara kami adik-beradik.

Aku ini jenis yang agak suka mengongkong la.. hehe,, . Aku melarang sekeras-kerasnya adik-adik aku daripada menunggang motosikal di jalan raya dan itu adalah antara ‘peraturan’ yang aku wujudkan antara kami. Iyelah, mereka masih budak-budak, aku rasa belum masa yang sesuai untuk mereka menunggang motosikal tanpa pengawasan. Nanti kalau jadi apa-apa yang tak diingini nanti, siapa yang susah? Ibu bapa mereka juga. Tapi itu cerita dulu dan kira ok la sebab mereka tidak melanggar peraturan itu. Huhu.. Bagus jugak la budak-budak nie.

Dan pada 15/6/2001, aku ‘memansuhkan’ peraturan itu dan aku memberi kebebasan kepada adik-adik aku untuk menunggang motosikal. Usia mereka dah semakin meningkat dan mereka telah memasuki alam persekolahan menengah. Sebab itu aku merasakan yang masanya sudah tiba untuk mereka sedikit sebanyak belajar perkara-perkara sebegini. Sampai bila aku mahu mengongkong mereka?

Mula-mula mereka macam tak percaya dengan kata-kata aku. Iyelah, tiba-tiba aje bagi diaorang menunggang motosikal, macam ada udang di sebalik batu aje. Hehe.. tapi aku serius, dan jelas kegembiraan di wajah mereka. Dan 1 pesan aku kepada adik-adik aku semua itu, bawa motosikal jangan laju-laju. Mereka angguk tanda faham.

Salah seorang adik angkat aku itu bertanya, “Kenapa abang buat macam ni?”

“Cuba bayangkan jika kita memakai baju kemeja dengan mengancing butang sampai ke atas. Mesti rasa panas dan rimas. Apa kata kita buka kancing butang yang paling atas dahulu. Mesti rasa lega sikit kan? Dan dari masa ke masa kita buka semua kancing butang itu satu persatu sehingga kita tak berbaju. Apa rasanya? Bebas…

Dia angguk sambil tersenyum.

Aku dah longgarkan sedikit peraturan antara kami adik-beradik supaya mereka tak terasa kongkongan dalam kehidupan mereka. Sampai bila nak berada di takuk yang lama dan kadang-kala kita kena ubah cara kehidupan kita supaya lebih selesa. Aku harap mereka faham dengan apa yang aku buat untuk diri mereka.

Sunday, July 24, 2011

Kad kuning pertama..

Waaa... lamanya tak update blog Adol Ihsan ni. Huh.. Sibuk sikit la 2, 3 hari ni dengan kehidupan seharian aku yang mencabar. Waah.. ayat skem giler.. haha..

Baru selesai kejohanan futsal terbuka yang aku sertai di bawah kelolaan pihak kolej baru-baru ini. Perjuangan kami sepasukan hanya sehingga di peringkat suku akhir apabila kalah 1-0 di tangan pihak lawan.

Aku dihadiahkan KAD KUNING oleh pengadil perlawanan kerana sengaja menyentuh bola, menambahkan lagi rasa ralat dalam hati. Huhu.. dan itu adalah kad kuning yang pertama bagi aku sepanjang karier aku dalam arena futsal.

Kira ok la, bukan senang nak dapat hadiah yang berharga macam itu dari pengadil. Hehe..

Entry yang simple sahaja malam ini, jumpa lagi..

( hambik kau... )

Wednesday, July 20, 2011

Tapi kalau fikir balik...

Dah bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar SEMESTER 5 di Kolej Profesional Mara, Beranang. Sedar tak sedar sudah 2 tahun setengah aku menuntut ilmu di kolej itu dalam bidang komputer. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan dengan lancar termasuk keputusan cemerlang yang aku dapat setiap kali peperiksaan dijalankan. Tak lupa juga assignment-assignment aku yang berjaya aku harungi walaupun banyak halangannya. Haha..

Jadi, apa yang bermain di fikiran aku sekarang ini ialah hal kewangan aku. Mana nak bayar yuran pembelajaran, mana nak bayar sewa rumah, mana nak bayar bil air dan elektrik, mana nak bayar sewa internet, mana nak belanja. Pening, pening.

Dan aku rasa hanya 1 sahaja yang sedikit sebanyak boleh menyelesaikan semua masalah aku ini. Keluar dari rumah sewa itu, dan tinggal di asrama kolej. Boleh mengurangkan perbelanjaan aku.

Tapi kalau fikir balik, tak tentu aku akan dapat tinggal di asrama kolej sebab aku kena applydahulu dengan mengisi borang kebenaran tinggal di asrama itu. Kalau tak dapat, terpaksa la aku kekal tinggal di rumah sewa itu. Kalau dapat kebenarannya, Alhamdulillah. Selesai masalah.

Tapi kalau fikir balik, nak ke aku tinggal di asrama itu? Kehidupan asrama agak sedikit terkongkong. Peraturan yang diwujudkan sudah tentu meng’geram’kan hati aku. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh. Tak pasal-pasal kena buang asrama. Kembali ke rumah sewa.

Tapi kalau fikir balik, aku dah ada pengalaman tinggal di asrama ini selama 5 tahun ketika di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh dulu. So, apa masalahnya? Dan semua peraturan di sana boleh je aku ikut. Tak ada apa-apa masalah yang timbul. Atau mungkin la aku langgar ‘sipi-sipi’ sesetengah peraturan itu. Ke memang tak pernah langgar langsung? Ahh.. Adol Ihsan jangan nak men-tipu. Hehe..

Tapi kalau fikir balik, andai kata aku tinggal di asrama, tak dapat la aku buat aktiviti-aktiviti malam yang selalu aku buat ketika di rumah sewa itu. Keluar jalan-jalan ke, lepak dengan kawan-kawan di kedai makan ke, main futsal ke. Hah.. main futsal..!! Itu yang paling penting, kalau aku tinggal di asrama kolej, kompem-kompem aku tak dapat nak main futsal pada waktu malam. Aduyaaii..

Tapi kalau fikir balik, mati ke kalau tak main futsal waktu malam itu? Tak mungkin la kan.. So, aku kena la tahan diri aku daripada rasa nak bermain futsal itu membuak-buak keluar. Boleh ke? Macam susah je. Dan kalau aku tinggal di asrama boleh ke aku tahan diri aku daripada terus terperap dalam dorm asrama itu? Stay je dalam dorm itu mengadap laptop. Kalau masa aku di STAR dulu, malamnya ada prep malam atau kelas persediaan malam. So, aku berada di kelas. Buat kerja sekolah ke, baca surat khabar ke, borak-borak dengan kawan ke, ada la juga aktiviti malam.

Tapi kalau fikir balik, kalau aku kekal tinggal di rumah sewa itu, kehidupan aku seperti di rumah. Yela.. ada peti sejuk. Nak minum air sejuk senang, nak make sure makanan tahan lama senang, nak makan makanan frozen pun senang. Ada mesin basuh. Nak basuh semua pakaian senang. Ada bilik sendiri, master room pulak tu. Memang sebijik macam kat rumah la. Dan andai kata aku tinggal di asrama kolej, aku akan stay dalam dorm yang boleh memuatkan 5 orang. Jadi, ruang akan menjadi terhad. Tiada peti sejuk, tiada mesin basuh, dan tiada kehidupan seperti di rumah.

Tapi kalau fikir balik, bagaimana dengan kawan-kawan serumah aku yang lain? Boleh ke mereka terima keputusan aku ini? Yela.. andai kata aku dah keluar daripada rumah sewa itu, lagi lah membebankan mereka untuk bayar sewa rumah. Daripada 4 orang isi rumah, tinggal 3 orang. Tapi awal-awal lagi aku dah bagi tahu hasrat aku kat mereka semua itu. Tak tahu lah apa yang mereka rasa. Sama ada mereka terima atau rasa keberatan untuk terima.

Tapi kalau fikir balik, semua andaian yang mungkin akan berlaku ada baik dan buruknya. Apa jua keputusan yang aku buat ada baik dan buruknya. Jadi, aku kena pastikan keputusan yang aku buat itu tepat supaya tiada rasa penyesalan di akhir kelak. Masa mencemburui aku dan aku kena berfikir semasak-masaknya. Moga Allah memberi petunjuk kepada aku.

Monday, July 18, 2011

di mana kau MINYAK RAMBUT..?

Ke hulur, ke hilir aku naik motosikal. Hasrat hati ingin mencari minyak rambut baru. Minyak rambut kat rumah tu dah nak habis. So, kena la cari 'pengganti'nya. Citarasa rambut aku ni lain sikit. Dia nak yang berjenama BRYLCREEM, nak yang kaler HIJAU. Kaler lain tak mahu. Hijau Merimbun Segar, bak kata rambut aku tu. Aku ni punyalah bersusah payah ke sana, ke mari. Ke kedai hulu, ke kedai hilir. Tapi masih tak jumpa. Hai.. dah pupus dah ke minyak rambut yang aku nak ni?

Anyway, siapa-siapa yang terjumpa di mana jualnya minyak rambut seperti yang tertera di bawah ni, sila bagi tahu saya ye.. :)

( alahaaii.. kecik je gambarnye kan? terima kasih en. Google.. )

Thursday, July 14, 2011

Tahniah STAR..

Alhamdulillah.. Berakhir sudah pertandingan akhir Bahas Piala Perdana Menteri yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Bagi kategori bahas Bahasa Inggeris yang berlangsung di sebelah pagi tadi, Kolej Tunku Kurshiah telah dinobatkan sebagai juara mengalahkan Sekolah Dato’ Abdul Razak.

Manakala bagi kategori bahas Bahasa Melayu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang mewakili kerajaan telah berjaya mengalahkan pihak pembangkang yang diwakili oleh Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

Syukur ke hadrat illahi, sebagai bekas pelajar STAR, aku berasa sangat berbangga dengan pencapaian ini. Lagipun, STAR ni pun memang terkenal dengan pasukan pembahas yang terbaik. Hehe.. Aku tak berkesempatan untuk menontonnya di Putrajaya di sana tu tapi hanya sekadar menontonnya di WebTV Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Once a STARIAN, always a STARIAN..

Wednesday, July 13, 2011

Tewas di tangan MERIAM~~

Tamat sudah perlawanan persahabatan antarabangsa di antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Arsenal yang juga dikenali dengan nama The Gunners" sebentar tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalik ini memihak kepada pasukan ini dengan jaringan 4-0. Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Alberto Vela, dan Tomas Rosicky masing-masing telah berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu. Selepas ini, pasukan negara akan berdepan dengan pasukan Liverpool pada 16 Julai 2011 di venue yang sama.

Tuesday, July 12, 2011

Senyap-sunyi je..

Ohhhhh.... Blogspot ada masalah terknikal ke? Setiap entry baru yang aku post, tak dapat di'ping'kan kepada blogger-blogger yang lain. So, mereka semua tak dapat tahu apa yang telah di-updated-kan dari aku. Ishh.. kunjungan dari mereka semakin berkurang, terasa senyap sunyi. Kalau tak, dulu riuh juga la dengan sahabat-sahabat blogger yang setia mengunjungi laman Adol Ihsan.

Tapi tak mengapa lah. Nak buat macam mana. Cuma mengharapkan supaya pihak Blogspot dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang masih sudi mengunjungi laman Adol Ihsan ini.

Friday, July 8, 2011

Futsal lagi, Ipoh...

Futsal... futsal.. futsal.. Sebahagian besar hidup aku berdiri di atas platform sukan ini. Setiap minggu ada sahaja teman-teman aku yang ajak bermain futsal. Biasa nye malam la. Huhu. Seronok ke? Boleh la dan aku mencari kepuasan setiap kali bermain.

Hujung minggu ini aku gerak ke Ipoh, Perak untuk menyertai satu kejohanan futsal di sana. Target menang ke? Tak la, kami mencuba nasib sahaja selain mencari pengalaman baru bermain di tempat orang. Kalau ada rezeki kami juara, alhamdulillah.

Hah.. dah alang-alang aku dah sampai Ipoh sana nanti, aku ingat nak singgah sekolah kesayangan aku, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Rindu pulak rasa hati ini. Orang ada cakap, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sambil menyelam minum air. Tapi tujuan aku ke STAR itu bukan nak buat pekasam ke, nak minum air ke, tidak sama sekali. Hehe.. Hanya sekadar menziarahi bumi yang pernah aku tinggal untuk menuntut ilmu selain jumpa dengan junior-junior aku yang lain.

Ok, doakan kecemerlangan kami di sana. :)

Thursday, July 7, 2011

Mari..!! Mari..!! Jualan murah..

Baru pulang dari kedai buku di Semenyih, Selangor. Waahh.. lama tak 'menziarahi' kedai buku. Biasa time sekolah menengah selalu la datang nak beli alat tulis. Yelaa.. takkan datang kedai buku nak beli mesin basuh pulak kan. Huhu..

Tapi yang bestnya kedai itu dalam proses nak tutup cawangannya di situ. So, nak tak nak terpaksa la mereka meng'clear'kan semua stok yang ada dengan menjualnya dengan harga yang rendah. Memang tersangat la rendahnya. Sampai pemadam yang harganya RM0.60 dijual dengan diskaun 20%. Hah.. punya la nak habiskan stok.

So, aku pun tak lepaskan peluang dengan membeli sedikit peralatan alat tulis untuk pembelajaran aku nanti.


Beg kaler purple = RM3.00, 50% = RM1.50

Manilla card = RM0.80, 20% = RM0.64

Sampul surat = RM0.30, 20% = RM0.24

Test pad = RM3.95, 20% = RM3.16

Yang di bawah ini paling special. Alaa.. yang glow in the dark tu. Yang lekat-lekat kat dinding tu. Bila gelap, ia seakan-akan bercahaya.


Hiasan dinding = RM1.95, 20% = RM1.56


Aku ada terperasan yang tarikh aku beli barang-barang ini, 7/7/2011 dan masanya, 17:07. Kebetulan ke?

Wednesday, July 6, 2011

Penat ~~

Baru tiba di kolej petang tadi. Penat masih terasa. Lemah. Aku dalam proses untuk menyediakan diri untuk semester baru dan esok adalah hari pendaftarannya. Cuti sudah tamat dan masa untuk belajar ilmu yang baharu di kolej. Buat masa ini aku tak sempat nak online lama-lama sebab ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. InsyaAllah selepas ini, akan aku sentiasa updated blog kesayanganku ini. Rindu bangat sih.. Huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..