Sahabat..

Thursday, September 22, 2011

kisah erti sayang..


Apa maksud sayang yang sebenar-benarnya? Kasih kepada insan yang penting dalam hidup kita? Atau hanya perkataan sayang itu sendiri membawa kita lebih menghargai seseorang itu? Hanya hati kita sendiri yang dapat mentafsir maksud dan nilai sebenar rasa sayang itu. Tak kisah la apa yang ditafsir, yang penting rasa itulah yang hadir dalam hati kita sendiri, bukan dari orang lain. Bohong la kalau aku cakap aku tak pernah sayang dengan seseorang. Ibu, bapa, adik, keluarga, kawan-kawan. Semua aku sayang. Tapi betul ke rasa sayang itu ada tahap-tahap tertentu? Mungkin rasa sayang sebagai teman biasa. Mungkin sayang sebagai teman rapat yang mana, susah sama-sama dan senang sama-sama. Atau mungkin sayang sebagai teman yang betul-betul penting bagi diri kita. Dan semua jawapan itu ada dalam hati kita.

Hah.. Semua orang berhak menyayangi dan berhak untuk disayangi. Aku punya adik-adik angkat di kampung yang aku anggap sebagai keluarga aku sendiri. Dan semua adik angkat itu adalah LELAKI. Aku sayang mereka. Sebab apa? Sebab aku rasa aku berhak menyayangi mereka. Tapi kadang-kadang apa yang aku buat mesti ada halangan, mesti ada yang salah faham. Buktinya dengan kes yang pernah terjadi pada aku tempoh hari dan aku ada postkan entrinya DI SINI. Tapi aku tabahkan hati, alhamdulillah sekarang ini semua dah selesai.

Kenapa? Lelaki tak boleh ke nak sayang-sayang ni? Sebab takut dikategorikan sebagai lelaki lembut? Atau gay? Aku tak pernah hiraukan itu semua. Yang penting hati beb. Haha.. Dari hati lah yang menentukan rasa sayang itu ikhlas ke tidak. Memang ramai adik angkat aku di kampung itu, dan cara layanan aku terhadap mereka menunjukkan yang aku hargai mereka semua. Semenjak sekolah rendah lagi, aku cuba untuk pupuk rasa sayang dalam diri mereka dan diri aku jugak la. Bukan apa, aku cuma mahu mereka mengerti erti rasa sayang yang sebenar. Walaupun aku sendiri tak memahami sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Pemikiran masing-masing berada di tahap yang berbeza. Ada yang cepat tangkap dan ada yang lambat 'pick-up'. Terserah pada mereka untuk 'menganalisi' apa yang mereka dapat tentang erti rasa sayang sepanjang hubungan adik-adik beradik kami. Sekarang mereka dah sekolah menengah, ada la juga nampak perubahan dalam diri mereka. Mereka dah pandai menghargai seseorang, dah pandai untuk menjaga hati masing-masing, dah pandai untuk menyayangi.

Aku ada terfikir, apa sebab utama yang membuatkan diri aku ingin menyayangi mereka. Bonda aku pun selalu membantah cara hidup aku dengan rapat dengan mereka semua. Atas alasan mereka itu masih budak-budak dan aku tak layak rapat dengan mereka. Huh.. Memang lah sebagai anak jangan sesekali membantah cakap orang tua. Tapi cuba fikir secara positif, hidup aku lebih ceria apabila bersama dengan mereka. Main bola sepak sama-sama, lepak sama-sama, gurau senda, kongis cerita dan masalah. Aku ambil semua itu sebagai platform aku untuk membahagiakan hidup aku. Bukan aku cakap hidup aku sekarang ini tak bahagia, tapi tak salah kan kalau kita nak sesuatu itu jadi lebih baik. Sama juga dengan hidup aku, aku cuba nak membahagiakan lagi hidup aku yang sekarang ini. Sempurnakan diri kita dahulu sebelum kita ingin sempurnakan hidup orang lain.

Sebab itu aku ambil keputusan untuk terus buat apa yang aku sedang lakukan sekarang. Aku akan terus rapat dengan adik-adik aku itu demi diri aku sendiri. Bukan bermaksud aku menderhaka kepada bonda aku dengan menghiraukan kata-katanya, tapi aku fikir apa yang terjadi kepada diri aku jika aku menghiraukan adik-adik aku semua itu. Aku akan hilang semua keceriaan hidup aku.

Ini diri aku, aku bahagia dengan apa yang aku buat. Diri aku, cara aku untuk tentukan jalan ceritanya. Aku kadang-kadang terfikir sampai bila aku harus macam ini? Berkasih sayang dengan adik-adik angkat aku. Mereka ada berjanji dengan aku yang mereka akan menjadi adik aku sehingga YANG DITAKDIRKAN. Maksud mereka, kita tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Macam-macam boleh jadi pada masa hadapan. Dan sekiranya mereka terpaksa undur diri daripada menjadi adik aku atau aku sendiri yang terpaksa berhenti daripada menjadi abang mereka, dan itu adalah TAKDIR kami. Kira hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukannya.

Aku ada tanya pada diri aku sendiri, SALAH ke aku rapat dengan mereka? SALAH ke aku ingin mereka menjadi sebahagian daripada hidup aku? SALAH ke aku ingin menjadi abang kepada mereka? Yang penting, SALAH ke aku menyayangi budak-budak itu semua?

Percaya pada diri sendiri, percaya pada hati. Jika apa yang aku buat ini betul, InsyaAllah aku akan teruskan. Pedulikan dengan apa yang orang lain cakap sebab aku tak boleh nak tutup mulut pelbagai pihak. Mereka berhak bersuara dan terpulang pada aku untuk ambilnya sebagai sempadan atau tauladan. Aku tak nafikan, kadang-kadang dengan kata-kata orang inilah yang membuatkan aku rasa 'down'. Geram rasa hati.

"People talk as they know everything, but the fact is they do not know anything about it"

Ehem.. Aku dah meningkat dewasa dah sekarang ini, tapi masih rapat dengan budak-budak? Sebab aku suka melayan karenah mereka dan teletah mereka yang membuatkan aku tersenyum. Aku tak pernah bosan dengan itu semua. Daripada aku habiskan masa dengan aktiviti yang entah apa-apa, yang mungkin akan rosakkan diri aku (siapa tahu), lebih baik aku lepak dengan adik-adik aku. Aku budak kampung, yang kebanyakannya masa aku habiskan di sekitar kampung aku sahaja. Ke hulur, ke hilir masih dalam kawasan kampung. Bukan aku tiada kawan di bandar, tapi kalau setakat lepak minum-minum bual-bual kosong, macam takde function je. Aku ni bukan jenis yang macam itu. Huhu.

Tuhan sahaja yang lebih mengenali siapa diri aku yang sebenarnya dan apa yang terjadi semua ini adalah ketentuanNya. Dia kurniakan budak-budak itu untuk diri aku dan Dia juga tahu kenapa aku dipilih sebagai abang untuk menjaga dan menyayangi mereka kerana Tuhan Maha Mengetahui. Ini diri aku, aku berhak tentukannya. Dan rasa sayang itu sendiri berhak wujud dalam hidup aku untuk diri mereka semua.

Refreshing..

Halamak aaaaiiii......

Dah bersawang dah laman Adol Ihsan ni. Mana pergi tuan kedai blog ni? Dah kena pecat ke? Hehe..



Itu je yang mampu aku luahkan. Sibuk sangat ke aku ni?

SIBUK beraya..

SIBUK kira duit perbelanjaan..

SIBUK kemas rumah..

SIBUK dengan asiggment..

SIBUK dengan adik-adik..

SIBUK mencari kasih sayang..

SIBUK mendapatkan keceriaan hidup..

SIBUK dengan mengejar kejayaan..

SIBUK dengan kehidupan dunia dan akhirat..

dan

SIBUK sampai lupa seketika dengan blogging..


InsyaAllah akan aku luangkan lebih masa pada blog aku yang tercinta ini. Hohoho.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..