Sahabat..

Wednesday, May 23, 2012

bila kita bercakap tentang HATI..

Bila kita bercakap tentang hati, hanya diri kita sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam hati itu. Namun, yang tersirat itu lah kadang-kadang kita tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata. Kita ingin luahkan rahsia hati tersebut, tapi hajat itu tak kesampaian dek kerana perasaan itu gagal untuk diperjelaskan.

Bila kita bercakap tentang hati, 1 perkara yang sinonim dengan hati ini adalah KASIH SAYANG. Perasaan sayang itu wujud tanpa kita minta dan kita tak pernah untuk memaksa. Tipu lah kalau tiada sesiapa pun pernah sayang pada seseorang. Sejahat mana pun seseorang itu, pasti tetap ada perasaan sayang dalam hati mereka walau sedikit. 1 hakikat yang perlu diterima, rasa sayang kita pada seseorang itu sukar untuk lenyap andai kita merasakan yang seseorang itu masih lagi penting dalam kehidupan kita. Rasa sayang bukan seperti alat mainan, boleh dibuang begitu sahaja. Rasa sayang itu seperti elemen penting untuk kita teruskan kehidupan kita di muka bumi ini.

Bila kita bercakap tentang hati, tiada jawapan untuk soalan mengapa kita menyayangi seseorang itu. Hanya hati sahaja yang tahu jawapan itu dan kita tak mampu nak gambarkan sejauh mana sayang kita pada seseorang itu. Namun, jangan ingat rasa sayang kita ini akan dihargai oleh orang tersebut. Mereka hanya fikir rasa sayang kita pada mereka hanya main-main atau hanya pusingan roda kehidupan semata-mata kerana sayang adalah perkara wajib dalam kehidupan setiap manusia. Tapi kita tak mampu nak terima balik rasa sayang yang pernah kita bagi pada mereka kerana itu adalah hak mereka untuk menyayangi kita semula sebagaimana kita menyayangi mereka.

Bila kita bercakap tentang hati, kita mampu untuk menyayangi lebih dari seorang insan dalam hidup kita. Kita mampu untuk memberi kasih sayang kepada mereka semua. Tapi 1 perkara yang perlu kita ingat. Seramai mana pun insan yang kita sayang, kita tak mampu nak sayang mereka pada tahap yang sama. Walau bagaimana pun, mereka berhak untuk mendapat kasih sayang yang adil dari kita. Kasih sayang yang tiada berat sebelah. Kasih sayang yang menyedarkan mereka bahawa pentingnya mereka dalam kehidupan kita.

Bila kita bercakap tentang hati, JARAK adalah batu pengukur betapa tinggi nya rasa sayang dalam hubungan kita walau berjauhan. Selagi naluri hati kita percaya akan sayang yang kita rasa pada mereka tidak berubah walau sedikit pun, selagi itu lah hubungan itu akan berkekalan. PERCAYA. Itu adalah kunci dalam setiap perhubungan. Sejauh mana pun jarak antara 2 hati, rasa sayang itu tetap wujud dalam kedua-dua hati insan itu JIKA kepercayaan dalam hati masing-masing itu wujud. Rasa sayang bukan mainan, ia bukan perkara yang remeh-temeh. Ia soal HATI.

Namun, percayalah sesungguhnya mereka tidak tahu sejauh mana tahap sayang kita pada mereka. Mereka tak tahu bagaimana sayangnya kita pada mereka. Mereka tak tahu betapa penting nya diri mereka pada kita. Salah 1 perkara yang mampu memastikan kebahagiaan kita adalah sentiasa mengucapkan sayang pada insan yang kita sayang. Tapi itu belum tentu dapat membuatkan mereka tahu sedalam-dalam nya rasa sayang kita pada mereka. Dan itu belum tentu kita akan dapat balasan ucapan itu dari insan tersebut.

Sebelum terlambat, hargai orang yang menyayangi diri kita. Ada sebab mengapa mereka menyayangi diri kita. Bersyukur lah kerana ada lagi insan yang menyayangi diri kita, yang menghargai diri kita, yang merasakan diri kita ini penting bagi mereka. Tuhan sudah tentukan skrip hidup kita, dan ada sebab juga mengapa Tuhan kurniakan seseorang untuk menyayangi diri kita.

~ jangan sakitkan hati insan yang menyayangi diri kita ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..