Harapan yang tinggi diletakkan oleh semua rakyat Malaysia untuk melihat kontinjen negara meraih pingat emas dalam temasya Olimpik 2012 di London. Peluang itu tertumpu kepada atlet badminton perseorangan lelaki iaitu Lee Chong Wei apabila berjaya mara ke pentas final dalam acara tersebut. Lawan beliau di final nanti ialah pemain no. 1 dunia, Lin Dan yang mewakili pasukan China.
Syarikat ais krim Baskin Robbins akan memberikan hadiah ais krim kepada seluruh rakyat Malaysia andai kita meraih pingat emas. Jadi, perlawanan final ini akan menentukan adakah kita berjaya meraih pingat emas pertama Olimpik dan juga kegembiraan rakyat Malaysia mendapat ais krim Baskin Robbins secara percuma.
Di peringkat separuh akhir, Lee Chong Wei berjaya menewaskan Chen Long straight set. Beliau mengambil masa selama 23 minit untuk menang 21-13 pada set pertama. Set kedua, Lee Chong Wei menang 21-14 dalam masa 28 minit. Jadi, mari lah kita sama-sama memberi sokongan padu kepada atlet harapan negara kita menewaskan Lin Dan di pentas final nanti.