Sahabat..

Monday, February 28, 2011

Maaf, kertas order tercicir..

Jam menunjukkan pukul 9 malam, perut aku dah berkeroncong meminta diisi makanan. Aku pun segera ke kedai makan berhampiran dengan rumah sewa aku bersama rakan serumah aku, Hasif.

Sampai di kedai makan :

"Nasi goreng cendawan 2, fresh oren 2." kata aku kepada kakak yang mengambil order kami.

Setengah jam kami tunggu, tapi masih tak sampai-sampai lagi pesanan kami. Perut dah mula 'memberontak' dah. Aku perasan ada 2 pelanggan yang datang ke kedai itu, tapi boleh dapat pesanan mereka dahulu daripada kami.

Syafiq, teman serumah kami pun tiba untuk join kami makan malam. Dia order nasi goreng cina. 15 minit selepas itu, pesanan dia sampai. Hah..!! Syafiq yang datang lewat daripada kami pun boleh dapat pesanan dia, apatah lagi dengan kami ini. Dah nak dekat sejam tunggu.

Last-last..

"Kak, nasi kami dah siap?" tanya aku.
"Kejap ye .. " jawab dia.

Tak sampai seminit, dia datang.

"Maaf, dik. Nasi korang tengah buat. Tadi kertas order korang tercicir. Sori.." kata kakak tu.

Kami tak dapat nak cakap apa, tunggu je.
Tak sampai 5 minit, dah siap dah. Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.

Sunday, February 27, 2011

gambar 'favourite' ku ..


Gambar ini di'snap' ketika aku ber'picnic' di air terjun Sungai Tekala bersama rakan-rakan kolej aku. Gambar spontan yang sempat di'snap' ini merupakan gambar yang terbaik pernah aku ada. Dan mungkin lepas ni, aku akan upload mana-mana gambar yang aku rasa cantik, terbaik, dan bermakna bagi aku.

Friday, February 25, 2011

Jumaat : Hari Baju Melayu..

Hari ini Jumaat, seperti biasa untuk ke kolej pelajar lelaki digalakkan untuk memakai baju melayu. Yela.. untuk menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

(kotak-kotak kemejaku..)

Nak dijadikan cerita, hari ini aku tak memakai baju melayu tetapi hanya berkemeja kotak-kotak dan berseluar slack. Aku dapat merasakan diri aku agak JANGGAL dek kerana pemakaian aku, sebab sebelum ini tiap kali hari Jumaat, aku pasti memakai baju melayu. Sepasang pulak tu. Warna HIJAU, warna kegemaranku. :)

(hijau merimbun segar..)

Alasan aku tak memakai baju melayu, sebab baju itu tak basuh lagi. Hahaha.. Tu la, ADOL IHSAN ni malas betul membasuh. Bukan guna tangan pun kalau nak membasuh nya, washing machine kan ada.

So, lepas ini tiap kali hari Jumaat tiba, ADOL IHSAN 'wajib' pakai baju melayu untuk ke kelas.

Thursday, February 24, 2011

memori lama terungkai kembali..


Assalamualaikum, semua.

Dua tiga hari ini aku agak kurang menjenguk laman ADOL IHSAN yang tercinta ini. Dek kerana kehidupan aku yang agak sibuk, membuatkan aku terlupa sejenak tentangnya. Moga tak berkecil hati ya. Entry post aku kali ini aku ringkas sahaja.

Seketika tadi, aku baru sahaja 'tersinggah' ke satu blog kepunyaan insan yang pernah bergelar STARIAN. Siapa itu starian? Haaa.. starian adalah gelaran bagi pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, (STAR) Ipoh. Pendek kata, starian itu adalah pelajar STAR. Memandangkan aku pun seorang starian suatu ketika dahulu, hati aku terdetik untuk membaca entry-entry yang di-post ke blog ini. Semua entry itu adalah berkaitan dengan STAR, Ipoh. Kehidupan di sana. Kenangan di sana. Pahit manis bila menjejak kaki di sana.

Aku pun tak mahu cerita panjang. Kalau nak tahu lebih lanjut ini adalah link blog tersebut :


1001 cerita tentang STAR.

Tuesday, February 22, 2011

2 in 1..

Setelah 3 minggu masa yang diberikan oleh pensyarah aku untuk aku menyiapkan tugasan, akhirnya pada tarikh yang ditetapkan aku berjaya menghantar kedua-dua tugasan itu.

Tugasan yang pertama..

Tarikh : 17 Februari 2011 (Khamis).
Subjek : Database.
Tajuk Tugasan : Video Rental Database Management System.
Pensyarah : Pn. Mawarwiduri Ab Halik.


Tugasan yang kedua..

Tarikh : 18 Februari 2011 (Jumaat).
Subjek : System Analysis.
Tajuk Tugasan : System Development Life Cycle.
Pensyarah : Pn. Nur Akmal Hafizan Binti Kamal Iqbal

contest ' PILIHAN HATI WR ' ..

Waahh.. Kaler pink gitu bannernye. Ini adalah contest yang ke-3 aku join. Kalau anda juga berminat untuk men'join'kan diri, sila klik SINI.


Siapakah gerangan WR ini? Hmm.. WR a.k.a White Rose a.k.a Ros Putih. Warna putih selalu dikaitkan dengan perkara yang suci, yang tiada kekotoran padanya. Dan seseorang insan yang memiliki hati yang sesuci ros putih ini mempunyai perasaan cinta yang mana cinta itu adalah cinta sejati. Chewaahh.. bermadah puitis gitu. Dan WR mungkin insan yang mempunyai ciri-ciri hati yang jujur, ikhlas, dan sesuci putih ros itu. :)

Mengapa saya mahu join contest ini? Selain kita berkongsi cerita di blog masing-masing, mungkin ini adalah cara lain untuk memeriahkan industri blogging ini. Hahaha... macam artis lak. Support our blogger each others. Dan mengikut naluri hati saya :

Johan : PH3
Naib Johan : PH1
Ketiga : PH2

Sunday, February 20, 2011

rahsia di sebalik budu..


Budu ... makanan yang berasal dari negeri-negeri sebelah pantai timur Malaysia. Apa rahsianya? Apa khasiatnya? Inilah sedikit sebanyak khasiat yang terdapat dalam makanan ini hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, dan Jerman.

  • Budu memiliki 'glutathione' sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan menghalang kanser.
  • Mencegah terjadinya penyakit 'degeneratif' seperti 'aterosklerosis', koroner jantung, penyakit kencing manis, dan kanser.
  • Mengandungi zat antibakteria penyebab cirit, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  • Mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit cirit kronik akibat kurang zat pada tubuh.
  • Mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkannya.
  • 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
  • Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak.
  • Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
  • Penyelidikan yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur 'genestein' dan 'phytoestrogen' yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
  • Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
  • Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Jadi, apa tunggu lagi. Berjinak-jinaklah dengan mengamalkan pemakanan budu ni ye. Moga-moga mendapat kesihatan yang baik.

Saturday, February 19, 2011

CAC 5511 'berkawan' dengan Ron 97..











Aku baru pulang dari membeli barang-barang keperluan di Tesco, Semenyih. Ditemani dengan sahabat aku, Aspa kami pergi menaiki Honda Cup kesayangan aku. Selepas mengeluarkan duit daripada ATM Bank Rakyat, aku terus 'membeli belah' di Tesco dan memandangkan hari Sabtu merupakan 'Hari Tanpa Beg Plastik', jadi ramai pelanggan Tesco yang menyokong kempen itu dengan membawa beg plastik sendiri. Tapi aku tidak, aku tetap meminta 'cashier' itu beg plastik dan dikenakan cas sebanyak 20 sen. Oh.. aku masih tidak sedar akan kepentingan kempen ini bagi menjaga bumi yang aku jejak sekarang ini.

Atas ajakan Aspa, kami makan tengah hari di KFC. 'Snack Plate' menjadi pilihan.

Sebelum pulang ke kolej, aku mengisi minyak di stesen minyak Petronas berdekatan. Sampai di sana, aku terus ke kaunter bayaran.

"Kak, pam 8 Rm2 ye .." aku berkata.
"Kuning ke hijau?" dia bertanya dan aku menjawab, "Hijau, kak".

Aku terus ke pam 8 untuk mengisi minyak. Dalam hati aku dapat merasakan sesuatu yang tak kena. Aku pun terus mengisi minyak. Aikk.. macam sikit je minyak yang aku isi ini. Oh.. rupa-rupanya aku isi Ron 97, patutlah sikit.

Ron 97 / hijau = RM2.40 seliter.
Ron 95 / kuning = RM1.90 seliter.

Selama ini memang aku gune minyak Ron 95, murah sikit. Tapi kenapa tiba-tiba kali ini aku tersalah pilih minyak? Hm.. pelik.


Kesimpulannya, aku bangga motosikal CAC 5511 aku guna minyak mahal. Secara tak sengaja. :)

gambar 'old skool' lagi..

Lagi entry dari aku berkaitan dengan gambar yang mengulit kenangan silam aku..

Lokasi : Pantai Teluk Cempedak..


Thursday, February 17, 2011

waahh.. saya dah mula ber'skype'..


Sedang bergelumang dengan assignment buat masa ini. Aku pun masih tak boleh memejamkan mata aku yang tunggu masa untuk tidur. Namun, di sebalik pembikinan assignment, aku sempat 'create' skype untuk profile aku. Waahh... sempat lagi aku mengambil kesempatan.

Rakan aku ada menceritakan tentang ciri-ciri skype ni bagaimana, aku pun tertarik dan terus sign up. Tak sampai 5 minit aku dah ada profile skype aku sendiri.

So, mana-mana anda yang berada di luar sana, add la skype saya :

surfers_avenue@yahoo.com

dik..

Lirik lagu yang sedikit sebanyak berkaitan dengan hidup aku..

Dik, aku pinta kau akan selalu setia,
Dik, aku mohon kau selalu menemani,
Saat ku tengah terluka,
Kala ku tengah gundah.

Ku akan menjagamu,
Di bangun dan tidurmu,
Di semua mimpi dan nyatamu,
Ku akan menjagamu,
Tuk hidup dan matiku,
Tak ingin, tak ingin kau rapuh.

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku,
Oohh..
Dik, ingin aku cinta dan cinta selalu,
Saat kau tengah terluka,
Kala kau tengah gundah.

Ku akan menjagamu,
Di bangun dan tidurmu,
Di semua mimpi dan nyatamu,
Ku akan menjagamu,
Tuk hidup dan matiku,
Tak ingin, tak ingin kau rapuh.

- 'Dik' by : Wali Band -

Wednesday, February 16, 2011

keputusan Liga-liga Juara Eropah 2011..

Entry kali ini ringkas sahaja, berkenaan keputusan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah peringkat 16 pasukan terbaik.

Awal pagi tadi menyaksikan wakil dari Sepanyol, Valencia hanya sekadar seri 1-1 dengan Schalke 04. Valencia membuka jaringan pada minit ke-16 hasil jaringan Roberto Soldado. Namun, Raul Gonzalez berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-64 buat Schalke 04.

Dalam perlawanan lain, Peter Crouch menjadi wira bagi Tottenham Hotspurs selepas gol lewat beliau berjaya menghadiahkan kemenangan buat pasukannya ke atas AC Milan. Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-80 selepas hantaran dari pemain sayap Spurs, Aaron Lennon berjaya disempurnakan oleh Peter Crouch.

Aksi Peter Crouch selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan.


AC Milan akan berkunjung ke Stadium White Hart Lane bagi perlawanan timbal balik kedua menentang Tottenham Hotspurs pada 9 Mac 2011. Begitu juga dengan perlawanan di antara Schalke 04 menentang Valencia yang mana Schalke 04 menjadi tuan rumah di Stadium Arena Aufschalke.

Tuesday, February 15, 2011

'pop up windows' untuk comments..

Waah.. Sekian lama menunggu, baru sebentar tadi aku berjaya meng'edit' blog kesayangan aku ni. Edit apa? Haaa.. Mai chek nak habaq mai. Sleng utaghro gitu. Huhu...

Selama ini aku tak reti nak setting untuk bahagian comment supaya bila ade blogger lain yang nak comment mana-mana post aku, windows untuk comment itu akan terpapar hanya sekadar 'pop up windows'. Yelaa.. bagi memudahkan mereka memberi komen mengenai post-post aku.

Lebih kurang begini la rupa 'pop up windows' itu :


Bagaimana untuk meng'edit' setting itu ? Haa..
Klik di SINI.

Monday, February 14, 2011

Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 : 16 pasukan terakhir..

Berikut adalah jadual perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 bagi peringkat 16 pasukan terakhir.


Selasa, 15 Februari 2011

Valencia vs Schalke 04
AC Milan vs Tottenham Hotspurs


Rabu, 16 Februari 2011

Arsenal vs Barcelona
AS Roma vs Shakhtar Donetsk


Selasa, 22 Februari 2011

Olympique Lyonnais vs Real Madrid
FC Copenhagen vs Chelsea


Rabu, 23 Februari 2011

Inter Milan vs Bayern Munich
Olympique Marseille vs Manchester United

Sunday, February 13, 2011

sahabat sejati..

Petikan yang agak popular di facebook buat masa sekarang ini. Dah ramai kawan aku yang 'post' petikan ini ke 'dinding' profile aku. Apa-apa pun, baguslah kita mendoakan kesejahteraan kawan kita dan diharapkan hubungan persahabatan kita kekal sampai bila-bila.

kamu salah 1 shbt yg aku sayang dengan niat baik


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ

Ya الله ,shbt saya yang membaca ini adalh shbt yg soleh,kuat,sabar, sayangilah dia serta kasihilah dia. bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya,sehatkn bdnnya. Jika dia melangkah,slmtkanlah dia, mudahkan langkahnya.

Ø£َÙ…ِِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِينْ

kirim ke-9 shbt yg kamu sayangi dlm waktu 9 minit 9 orang itu jg m'doa..

gambar 'old skool'..

Kali ini aku mahu berkongsi 2 gambar yang sedikit sebanyak mengulit kenangan silam aku ketika aku masih kecil.

Aku pun tak pasti berapa usia aku ketika gambar ini di'snap'. Perempuan yang memakai gaun wana pink itu adalah sepupu aku yang sebaya dengan aku. Nasib baik aku masih simpan gambar-gambar ini. Old Skool..


waahh.. senyum lebar aku !!


ohh.. comelnya,,

Thursday, February 10, 2011

jangan merajuk, bonda..

Semalam bonda aku menghantar mesej untuk menanyakan khabar berita aku dan nada mesejnya seakan-akan merajuk kepada aku. Aku rasa aku tahu kenapa sebabnya dan aku sedar akan semua itu. Rupa-rupanya aku telah melakukan 1 kesalahan yang besar. Aku tidak menghantar khabar berita kepada bonda ku lantas menyebabkan dia merajuk hati.

Aku mula menyesal dengan tindakan aku, aku tidak cuba untuk memahami hati seorang insan yang bergelar IBU. Naluri seorang ibu ini amat berbeza sekali dan ianya 1 keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.

Kenapa kita boleh bermesej dengan orang lain sedangkan tidak dengan bonda kita sendiri? Bukan lama pun yang diharapkan oleh bonda untuk anakanda mereka menghantar khabar berita. Walau ayat yang ringkas seperti :

"ibu, saya sihat-sihat aje.."

sudah memadai untuk menggembirakan hati mereka. Bonda tidak mengharapkan apa-apa balasan pun dari cahaya mata mereka, cuma kita sebagai anak kepada mereka perlu cuba untuk menjaga hati mereka. Kelak kita akan dilindungi Allah kerana menghormati insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari sebelum kita dapat menjamah alam dunia ini.

Ingat, syurga terletak di bawah telapak kaki bonda. Sementara bonda masih bernafas di muka bumi ini, sayangilah dia dengan sepenuh hati kita sebagaimana bonda menyayangi kita dan menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh ketika kita masih kecil.

Aku sayang bonda ..

Wednesday, February 9, 2011

terkejut saya..

Baru pulang dari Bank Rakyat untuk 'bank in' cek elaun aku untuk bulan lepas. Aku mengambil keputusan untuk terus menggunakan 'perkhidmatan' cek ini berbanding kawan-kawan aku yang lain yang mana wang elaun mereka terus dimasukkan ke dalam ekaun mereka masin-masing. Apa sebabnya? Entah..

Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat. Nasib baik ada stesen minyak, aku berteduh la di bawah bumbung stesen minyak itu. Selepas 10 minit, aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah dan sebelum itu aku singgah di Tesco untuk mengeluarkan duit. On the way keluar dari Tesco itu, kelihatan seorang wanita yang juga seorang 'promoter' cuba memancing aku untuk membeli produk dia. Produknya ialah sejenis minyak sapu untuk menghilangkan jerawat.

Mula-mula dia menghulurkan sekeping kertas maklumat tentang produk itu dan terus aku ambil. Yelaa.. sekadar nak mengambil hati dia. Terus dia capai tangan aku dan mengheret aku ke meja dia. Dia sapu sedikit minyak itu ke atas tangan aku, aku yang agak terkejut dengan tindakan dia hanya cuba mengawal diri aku. Lepas itu, dia sapu pula minyak itu ke muka aku. Lagi la aku terkejut. 'Slumber' je dia buat macam itu, aku dah mula malu. So, aku cuba kawal lagi diri aku.

Sampai la dia habis men'demonstrasi'kan produk dia, dia cuba memujuk aku untuk membelinya. Aku menolak dengan cara baik tapi memang nampak wajah kecewa di muka dia. Maaf kak..

Aku juga sempat membeli penyepit untuk 'contact lens' aku. Then, aku terus pulang ke rumah dalam keadaan baju yang agak basah bersama motosikal kesayangan aku.

penyepit 'contack lens'

Tuesday, February 8, 2011

me'maximum'kan yang minimum..


Mungkin strategi baru Celcom untuk meraih keuntungan, dengan me'minimum'kan tambah nilai a.k.a 'top up' mereka. Kalau sebelum ini para pelanggan mereka boleh menambah nilai kredit mereka sekurang-kurangnya RM3.00, namun untuk tahun 2011 ini nilai itu berubah kepada RM5.00.

Jadi, nilai 'minimum' untuk menambah nilai itu sedikit sebanyak menyusahkan pelanggan mereka. Yelaa.. mereka perlu meningkatkan sedikit kos untuk menambah nilai berbanding sebelum ini. Aku sebagai pelanggan setia Celcom, tidak berapa setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak mereka.

Namun, nak taknak aku terpaksa la juga 'top up' kredit aku, kalau tak susah la aku bak berhubung dengan teman-teman aku yang lain.

Moga Celcom terus menyediakan perkhidmatan yang memuaskan para pelanggan mereka.

dari 'bolasepak' turun ke 'ragbi'..

Niat petang tadi aku nak main bola sepak di padang kolej aku. Yelaa.. Aku pun dah lama tak menyepak ni. Tengok-tengok takde orang kat padang bola. Yang ada pelajar-pelajar lain yang bermain ragbi. Nak taknak terpaksa la aku join main ragbi, daripada tak bermain langsung. Walaupun aku tak hebat bermain ragbi, tapi ada la sikit sebanyak 'basic' yang aku tahu tentang permainan ragbi ni. Semua ni aku belajar masa aku di sekolah bintang dan pasukan ragbi sekolah itu memang hebat.

Sedang seronok aku bermain dengan yang lain, datang seorang senior memanggil kami semua berkumpul. Oh.. Rupanya dia ni boleh dianggap sebagai 'coach' team ragbi untuk kolej. So, dia datang untuk melatih kami bermain dan banyak la latihan asas yang dilakukan seperti teknik 'passing' dan lain-lain. Terdetik juga dalam hati aku ni, rasa macam menyesal lak join mereka semua ni. Aku nak main bola, tapi last-last kena 'training'. Tapi, nak buat macam mana. Bila lagi nak merasa berlatih ragbi sebagai satu pasukan.

So, untuk esok aku rasa dah taknak turun dah bermain ragbi. Tak pun, aku tunggu kalau senior tu tak turun, mungkin aku main. Hehehe..


Monday, February 7, 2011

selamatkan nenek aku Ya Allah..

Aku baru cuba melelapkan mata sekitar jam 2.30 pagi. Selepas setengah jam aku diulik mimpi, aku terdengar suara ibu mengejutkan aku. Lantas aku bangun dan kelihatan ibu dan ayah aku sedang bersiap-siap untuk ke suatu tempat. Aku pun bertanya bagi mendapatkan kepastian.

Oh.. Rupa-rupanya ibu baru dapat panggilan kecemasan dari makcik aku. Nenek aku tiba-tiba jatuh sakit di rumahnya. Dan kami sekeluarga bergegas ke rumah nenek aku. Sampainya di sana, kelihatan nenek sedang duduk dalam keadaan yang lemah di muka pintu rumahnya ditemani saudara mara aku yang lain. Kami anak-beranak mengambil keputusan untuk menghantar nenek ke poliklinik untuk mendapatkan rawatan. Keadaan nenek yang seakan-akan lumpuh memaksa ayah dan 2 orang pakcik aku memapahnya ke kereta. Sampainya di poliklinik tersebut, nenek diberikan rawatan namun doktor menyuruhnya agar mendapatkan rawatan yang lebih lanjut di hospital besar. Jadi, nenek terpaksa dibawa ke hospital.

Jam menunjukkan 4 pagi. Nenek diberikan rawatan di dalam bilik khas. Aku pun tak tahu apa yang dibuat oleh doktor dan bagaimana rawatan yang diberikan. Aku hanya cuba menahan mata aku yang hampir nak tersungkur ini. Yelaa.. tidur hanya setengah jam. Rawatan nenek berakhir sekitar jam 8 pagi dan beliau terpaksa di tahan di wad. Untuk pagi itu, aku menemani nenek di wad manakala ayah menghantar ibu ke rumah untuk mengambil bekalan untuk nenek ketika di wad nanti.

Perut aku mula berkeroncong, meminta sesuatu makanan. Dengan keadaan yang sejuk, memaksa aku memakai baju sejuk untuk mengelakkan diri dari demam. Kaki aku mulai kebas dan lenguh dek kerana duduk terlalu lama. Dan pagi itu juga, aku masih belum mandi. Ibu tiba dengan bekalan nenek lebih kurang pukul 10 pagi dan aku bersama ayah terpaksa balik ke rumah untuk bersiap-siap ke masjid untuk sembahyang jumaat. Sampainya di rumah, aku terus mandi dan mencuri sedikit masa untuk melelapkan mata seketika.

Keesokan harinya nenek dibenarkan keluar daripada wad dan ibu menyarankan nenek untuk mendapatkan lebih bekalan ubat di klinik swasta. Selang beberapa hari, nenek dah boleh menjalankan kehidupan seharian beliau.

Dan ..

Aku mendoakan nenek cepat sembuh. Amin ..

Wednesday, February 2, 2011

rekod perpindahan termahal England..


Dunia bolasepak digemparkan dengan 1 perpindahan pemain yang berlaku di England. Penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan Chelsea selama 5 setengah tahun. Beliau menyertai Chelsea dengan rekod harga £50 juta (RM245.5 juta) dan menjadi diri beliau sebagai pemain termahal di England.

Sebelum ini, rekod perpindahan termahal di England dipegang oleh penyerang Manchester City, Carlos Tevez apabila beliau berhijrah dari Manchester United pada 2009 dengan harga £47 juta (RM230.8 juta). Penghijrahan Torres ke Chelsea menjadikannya perpindahan yang ke-4 tertinggi di dunia.

Torres dijangka akan diturunkan pada aksi sulung beliau ketika menentang bekas pasukan lamanya, Liverpool di Stamford Bridge pada Ahad ini, 6 Februari 2011. Apa agaknya reaksi yang akan diberikan oleh penyokong Liverpool terhadap Torres.



Berikut adalah 10 rekod perpindahan termahal di dunia :


1. Cristiano Ronaldo = Manchester United - Real Madrid (2009), £80 juta.

2. Zlatan Ibrahimovic = Inter Milan - Barcelona (2009), £56.5 juta.

3. Kaka = AC Milan - Real Madrid (2009), £56 juta.

4. Fernando Torres = Liverpool - Chelsea (2011), £50 juta.

5. Zinedine Zidane = Juventus - Real Madrid (2001), £46.5 juta.

6. Luis Figo = Barcelona - Real Madrid (2000), £37 juta.

7. Hernan Crespo = Parma - Lazio (2000), £35.5 juta.

8. Andy Carroll = Newcastle United - Liverpool (2011), £35 juta.

9. David Villa = Valencia - Barcelona (2010), £34 juta.

10. Gianluigi Buffon = Parma - Juventus (2001), £32.6 juta.

Tuesday, February 1, 2011

CONTEST GURAUAN TERLAMPAU BY HANYS..

Opps.. contest lagi..?? Ini adalah contest yang kedua semenjak aku memegang jawatan sebagai seorang blogger dalam arena blogspot ini. Contest yang dianjurkan ini, bertemakan 'gurauan' yang melampau yang pernah berlaku dalam hidup kita. Tak kiralah ianya berlaku terhadap kita, atau kita yang melakukannya terhadap orang lain, atau ianya tak pernah berlaku terhadap kita tetapi kita yang menyaksikannya di depan mata kita.

Sila ke blog HANYS untuk maklumat lanjut.


Kejadian ini berlaku ketika saya dan rakan-rakan lain sedang lepak di kawasan padang berhampiran kampung saya di Kuantan. Sudah menjadi kebiasaan kami untuk melepak di tepi longkang yang bertembok batu seperti yang ada di tepi-tepi jalan. Berborak, berkongsi cerita, bergurau senda, itu semua sudah menjadi lumrah dalam hidup kami sebagai sahabat apabila berkumpul.

Selalunya dalam kalangan kami, pasti ada budak-budak berumur dalam lingkungan 12 tahun yang lepak sekali. So, kami boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara kami. Dan selalu juga kami bergurau senda sesama kami.

Pernah sekali gurauan yang agak melampau terjadi. Kira 'gurauan maut' la, tapi bukan terhadap saya. Gurauan ini berlaku antara seorang budak, Amin dan kawan saya, Ajah. Ajah sedang duduk diatas tembok batu longkang sambil bermain handphone. Tiba-tiba Amin datang dan geletek pinggang Ajah dari belakang. Ajah yang begitu khusyuk, terkejut kerana geli dan entah macam mana dia terjatuh longkang. Kami pun ketawa la.

Tiba-tiba Ajah bangun dengan tangan dia memegang bahagian belakang badannya. Saya nampak kesan darah pada baju dia. Bila saya selak baju dia, kelihatan luka yang agak teruk di bahagian belakang tersebut. Sementara dia menahan luka yang pedih itu, saya suruh adik saudara saya mengambil minyak gamat di rumahnya. Dapat je minyak itu, terus saya sapu kat bahagian luka itu. Saya sendiri pun dapat bayang macam mana rasa pedih dengan luka itu.

Rupa-rupanya luka itu berpunca ketika Ajah jatuh ke dalam longkang, bahagian badan dia bergesel dengan tembok longkang yang berbatu itu. Dah la permukaan tembok itu kesat, mesti la bahagian belakang dia dengan senangnya terluka. Tiba-tiba Amin datang mintak maaf dengan Ajah dan nampak la bersalah pada muka Amin. Amin bagi tahu yang dia tiada niat pun nak buat macam itu, just sekadar nak bergurau je. Ajah tersengih.



Saya rasa itulah kejadian gurauan yang melampau pernah terjadi depan mata saya.
Huhuhu..

4 ORANG YANG SAYA MAHU TAG :


krisis yang berlaku di Mesir..

Aku ada terbaca artikel berkenaan krisis yang berlaku di Mesir. Aku sendiri pun tak tahu apa perkara sebenar yang berlaku di sana. Apa puncanya? Bagaimana perkara ini terjadi? Kesannya? Keadaan di sana? Semua ini bermain dalam kepala aku. Aku pun nak tahu juga dan tak mahu la aku ni dianggap seperti katak di bawah tempurung.

Banyak info dalam artikel tersebut, dan penulisnya meminta sesiapa yang terbaca artikel itu menyebarkan kepada semua orang. Rasionalnya adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang terperinci berkaitan dengan apa yang terjadi di Mesir itu. Tambahan pula, ramai rakyat Malaysia yang berada di sana dan ini keadaan ini membimbangkan semua orang.

Jadi, aku ingin membantu setakat mana yang aku mampu dengan menyebarkan maklumat ini :

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat ini, pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

Ringkasan apa yang terjadi di sana :

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.



1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir.

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera. Ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa disedari.


(kredit gambar)


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat.

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.



3. 5000 banduan terlepas dari penjara.

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini, 5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber : banduan terlepas.



4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak.

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

sumber : update rogol.



5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan.

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dan lain-lain. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.



6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar.

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


(kredit gambar)


7. Bloggers seluruh Malaysia, TAKE NOTE..!!

Sebarkan maklumat berikut dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

  • Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
  • Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
  • Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923.

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com


"Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there."

- Nadia -


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini.

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dan lain-lain. Nak 'copy paste' tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.



9. Bacaan berguna.

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.


Jadi, aku sebagai blogger yang mampu membantu dalam hal ini walaupun sedikit memohon kepada sesiapa yang terbaca entry aku ini untuk menyebarkan kepada umum. Kita berharap agar semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir sana selamat tanpa ada yang terkorban.

Amin ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..