Thursday, March 24, 2011

Rezeki kamu setakat ini sahaja..

Pada suatu tengahari, perut aku mula berkeroncong meminta diisikan sesuatu. Aku dan beberapa kawan aku pun terus ke cafe kolej untuk menikmati juadah tengahari. Bak kata omputih, lunch. Lauk yang menjadi pilihan, nasi putih dan ikan keli celup tepung bersama kuah masak kicap. Meleleh air liur dibuatnya. Selepas itu, aku pun terus mengambil tempat untuk makan. Tapi sebelum aku makan itu kena baca doa. Hehehe.. :)

Makan punya makan, perut dah kenyang. Tapi nasi dalam pinggan macam banyak lagi. Takkan nak buang macam itu je? Membazir pula. Membazir itu kan amalam syaitan. Last-last, aku mintak satu polisterin dari makcik cafe itu untuk aku bungkuskan makanan yang aku tak dapat habiskan itu. Boleh makan untuk petang nanti. Lagipun, memang selalu juga aku buat macam itu. Bila tak habis je, aku bungkus. Takdelah membazir sangat.

Yang sedihnya, bila aku sampai je di rumah sewa aku itu, baru aku perasan yang aku tertinggal bungkusan makanan tadi di cafe kolej sana. Aisey.. Macam mana boleh tertinggal? Kalau nak patah balik pergi ambik makanan itu semula, comfirm makcik cafe itu dah clearkan meja makan itu. Dengan makanan aku itu dia clearkan sekali.

Tak mengapalah En. Adol Ihsan, tiada rezeki untuk kamu hari ini.

Ingat, bersyukur dengan apa jua nikmat yang kita perolehi. :)


13 comments:

  1. huhu afdhol sentiasa papan..haha

    jgn marah

    ReplyDelete
  2. huhu afdhol sentiasa papan..haha

    jgn marah

    ReplyDelete
  3. cikgu :

    Hehe.. tp ramai gadis yg terpikat..

    haha.. :)

    ReplyDelete
  4. white rose :

    Betul tu, kak..
    Amin.. :)

    ReplyDelete
  5. Bagusnya Cik Adol kita ni. Bersederhana dalam kehidupan dan tidak membazir. Satu nilai yang harus dipupuk dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  6. salam
    Alhamdulillah....sekurang2nya masa nak makan..baca bismillah...baca doa...Insya Allah terasa kenyang...

    ReplyDelete
  7. Miss Tira :

    Hehe.. terima kasih, dan moge sikap pembaziran ini akan kurang dalam kalangan masyarakat..

    ReplyDelete
  8. Kamsiah :

    Salam..

    Alhamdulillah.. Syukur pd nikmat Tuhan,,

    ReplyDelete
  9. masa jadi studnt dulu pun...sy selalu buat macam ni...beli nasi penuh time lunch..asingkan sikit tuk petang... :)

    terima kasih kongsikan dao ni...moga kita2 semua sentiasa dimurahkan rezeki.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    RAISYA IMAAN TIHANEE

    ReplyDelete
  10. nabilah :

    hehe.. moga doa ini kita amalkan selalu..
    mudah-mudahan kita dimurahkan rzeki.. :)

    ReplyDelete
  11. as salam Adol.

    pandai berjimatkan... amalan yang mulia

    takpe mungkin makcik cafe tu beri pada kucing, dapat pahala gak tu, dah takde rezeki nak makan lagi

    ReplyDelete
  12. ibu intan :

    hehe.. betul gak tu, ibu..
    kongsi rezeki sesama makhluk Allah.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas suara-suara ikhlas daripada hati anda sekalian yang sudi singgah di laman ADOL IHSAN ini ..