Tuesday, April 5, 2011

The Field of Secret..

(the field of secret)

Aku sempat snap gambar padang sekolah pada hari-hari terakhir aku di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pada penghujung tahun 2008. Ketika last paper SPM. Padang yang pernah diberi gelaran 'The Field of Secret' ( kalau tak silap la.. hehe,,) oleh pengetua STAR ketika ini iaitu Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim.

Apa yang menarik tentang padang STAR itu? Sepanjang 5 tahun aku bersekolah di sana, padang ini lah yang menjadi laluan aku untuk ke kelas. Kenapa aku tak guna koridor aje? Ke sekolah tu memang takde koridor? Bukan. Cuma kelainan yang dapat aku rasa tiap kali aku lalu di padang ini. Perasaan tenang dalam hati ini berbanding jika aku menggunakan koridor. Adakalanya, ada juga aku menggunakan koridor, cuma pilihan pertama aku ialah padang ini.

Tiap kali aku menggunakan padang ini, aku dapat rasakan laluan di hadapan aku terbentang luas tanpa ada apa-apa halangan. Kalau aku guna koridor, aku akan melalui blok-blok asrama pelajar so, akan ada rasa 'sempit' pada pandangan mata aku. Yela.. sebab kanan dan kiri aku blok je yang aku nampak. Berbalik pada kisah padang, ianya memberikan aku 1001 makna dan sebab kenapa aku memilihnya untuk laluan aku dan hanya hati aku sahaja yang dapat menggambarkannya.

Tiap tahun, aku perasan yang warna rumput di padang ini akan bertukar. Kira ikut musim la. Kalau musim panas, warnanya akan bertukar kepada warna coklat keperang-perangan. Tapi bila musim bunga, warna hijaunya... perghh... cantiknya. Kuasa Tuhan menjadikannya sebegitu rupa. Hijau merimbun segar. Sesegar hati aku tatkala aku memandang padang yang terbentang luas itu.

Tapi semua itu dah berakhir, tak mungkin aku boleh mengundur masa yang lalu. Cuma berharap padang itu akan kekal kesegarannya.

The Field of Secret STAR.

18 comments:

  1. Bestnya kalau hujung minggu keluar pagi-pagi lepas tu berjalan dekat padang ni. Mesti segar je oksigen dekat kawasan tu. Huuu. Cantik padang ni.

    ReplyDelete
  2. Ni kenangan ni adol. Teringat pulak makcik pada padang sekolah makcik di jb. Kat situlah tempat makcik dan kengkawan menjerit lepaskan tension bila time exam.

    ReplyDelete
  3. amboi. sayang betul dia kat padang sekolah dia. kalau cemtu, mesti kamu ni kenal dgn cikgu imanshah tu kan? :)

    org yg suka benda luas terbentang ni biasanya konfiden, bercita-cita tinggi dan tak suka cita-citanya terhalang. bagus, teruskan ya! :)

    ReplyDelete
  4. Oooo..skola STAR..luas naa pdg tu..warna rumput bertukar pun perasan?bgusla adol ni..sgt peka dan menghargai ciptaan Ilahi..

    p/s: bukan org kuantan tp keje di kuantan =)

    ReplyDelete
  5. Miss Tira :

    Segar sangat2.. Dah dia bagi kita oksigen, kita balas pulak dengan bagi dia karbon diaoksida..

    Hehe.. :)

    ReplyDelete
  6. adwafarahin :

    Hehe.. old skool.. :)

    ReplyDelete
  7. kakpah :

    Mesti puas hati bila dapat jerit kan? Adol takleh jerit, nanti terjaga rumput-rumput ni dari tidur..

    Hehe.. :)

    ReplyDelete
  8. gadisBunga :

    Hehe.. kenal sangat dengan cikgu imanshah, guru subjek Sejarah saya..

    Oh.. yeke? kire saya ni ada keyakinan la ni? Hehe.. Kena teruskan ni..

    Terima kasih, gadisBunga.. :)

    ReplyDelete
  9. Surie :

    Hehe.. kan padang kesayangan saya tu, kena la peka..

    Hehe..


    Ohh.. ingatkan org kuantan...
    :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum Adol,

    moga perjalanan hidup mu juga akan terbentang luas dan tiada kesukaran dalam mengejar cita-cita dan kejayaan

    ibu doakan Adol berjaya dalam pelajaran

    ReplyDelete
  11. ibuintan :

    Wasalam.. terima kasih, ibu..

    Mudah-mudahan ibu pun begitu juga..
    terima kasih..

    :)

    ReplyDelete
  12. oh..student STAR...

    ada seorang blogger..mengajar di STAR..

    Cikgu Imanshah...kenal tak..?

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BLOG REVIEW : LIFE JOURNEY - DILLA ADY

    ReplyDelete
  13. nabilah :

    Kenal.. beliau guru subjek sejarah saya..

    :)

    ReplyDelete
  14. antara SBP yg mempunyai padang yang luas..kenangan 50 round time zaman Pak Pin...

    ReplyDelete
  15. Alang Ridhwan :

    Hehe.. Sebab tu budak STAR ramai jaguh long distance..

    :)

    ReplyDelete
  16. tyme sek2 dlu,klau nk snap gmbr yg cntik2,knfem sume pakat g pdng....hehehe

    ReplyDelete
  17. ~Nabilah~ :

    Sebab padang tu kan luas.. LAgipun, banyak kenangan yg yg berlaku di padang..

    :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas suara-suara ikhlas daripada hati anda sekalian yang sudi singgah di laman ADOL IHSAN ini ..