Friday, February 10, 2012

Penghijrahan..

Alhamdulillah.. 10 Februari 2012, tercatatnya sejarah dalam hidup aku apabila aku terpaksa berpindah rumah. Penghijrahan demi kejayaan bak kata aku. Bukan apa, ikutkan hati aku memang aku tak nak berpindah randah ni, tapi atas disebabkan jaminan kejayaan dalam akademik aku nanti, aku gagahkan diri aku jua untuk berpindah.

Dalam kelas aku ada 6 orang student lelaki, dan aku seorang sahaja yang berlainan tempat tinggal. Selama ni aku tinggal di rumah flat di belakang kolej, dan budak-budak lelaki kelas aku semua itu tinggal di taman perumahan. So, macam mana kalau ade kerja berkumpulan dalam kelas? Nak tak nak, terpaksa la aku selalu ke rumah mereka untuk siapkan kerja tu. Daripada aku selalu macam tu, ulang alik ke rumah mereka, baik aku terus pindah ke rumah mereka. Senang. Sekelas, serumah.

So, aku harap pengorbanan aku berpindah ini akan berbaloi la pada masa hadapan. InsyaAllah..

2 comments:

Terima kasih atas suara-suara ikhlas daripada hati anda sekalian yang sudi singgah di laman ADOL IHSAN ini ..