(the field of secret)
Apa yang menarik tentang padang STAR itu? Sepanjang 5 tahun aku bersekolah di sana, padang ini lah yang menjadi laluan aku untuk ke kelas. Kenapa aku tak guna koridor aje? Ke sekolah tu memang takde koridor? Bukan. Cuma kelainan yang dapat aku rasa tiap kali aku lalu di padang ini. Perasaan tenang dalam hati ini berbanding jika aku menggunakan koridor. Adakalanya, ada juga aku menggunakan koridor, cuma pilihan pertama aku ialah padang ini.
Tiap kali aku menggunakan padang ini, aku dapat rasakan laluan di hadapan aku terbentang luas tanpa ada apa-apa halangan. Kalau aku guna koridor, aku akan melalui blok-blok asrama pelajar so, akan ada rasa 'sempit' pada pandangan mata aku. Yela.. sebab kanan dan kiri aku blok je yang aku nampak. Berbalik pada kisah padang, ianya memberikan aku 1001 makna dan sebab kenapa aku memilihnya untuk laluan aku dan hanya hati aku sahaja yang dapat menggambarkannya.
Tiap tahun, aku perasan yang warna rumput di padang ini akan bertukar. Kira ikut musim la. Kalau musim panas, warnanya akan bertukar kepada warna coklat keperang-perangan. Tapi bila musim bunga, warna hijaunya... perghh... cantiknya. Kuasa Tuhan menjadikannya sebegitu rupa. Hijau merimbun segar. Sesegar hati aku tatkala aku memandang padang yang terbentang luas itu.
Tapi semua itu dah berakhir, tak mungkin aku boleh mengundur masa yang lalu. Cuma berharap padang itu akan kekal kesegarannya.
The Field of Secret STAR.
18 comments:
Bestnya kalau hujung minggu keluar pagi-pagi lepas tu berjalan dekat padang ni. Mesti segar je oksigen dekat kawasan tu. Huuu. Cantik padang ni.
wuahhh klasik gler kan :)
Ni kenangan ni adol. Teringat pulak makcik pada padang sekolah makcik di jb. Kat situlah tempat makcik dan kengkawan menjerit lepaskan tension bila time exam.
amboi. sayang betul dia kat padang sekolah dia. kalau cemtu, mesti kamu ni kenal dgn cikgu imanshah tu kan? :)
org yg suka benda luas terbentang ni biasanya konfiden, bercita-cita tinggi dan tak suka cita-citanya terhalang. bagus, teruskan ya! :)
Oooo..skola STAR..luas naa pdg tu..warna rumput bertukar pun perasan?bgusla adol ni..sgt peka dan menghargai ciptaan Ilahi..
p/s: bukan org kuantan tp keje di kuantan =)
Miss Tira :
Segar sangat2.. Dah dia bagi kita oksigen, kita balas pulak dengan bagi dia karbon diaoksida..
Hehe.. :)
adwafarahin :
Hehe.. old skool.. :)
kakpah :
Mesti puas hati bila dapat jerit kan? Adol takleh jerit, nanti terjaga rumput-rumput ni dari tidur..
Hehe.. :)
gadisBunga :
Hehe.. kenal sangat dengan cikgu imanshah, guru subjek Sejarah saya..
Oh.. yeke? kire saya ni ada keyakinan la ni? Hehe.. Kena teruskan ni..
Terima kasih, gadisBunga.. :)
Surie :
Hehe.. kan padang kesayangan saya tu, kena la peka..
Hehe..
Ohh.. ingatkan org kuantan...
:)
assalamualaikum Adol,
moga perjalanan hidup mu juga akan terbentang luas dan tiada kesukaran dalam mengejar cita-cita dan kejayaan
ibu doakan Adol berjaya dalam pelajaran
ibuintan :
Wasalam.. terima kasih, ibu..
Mudah-mudahan ibu pun begitu juga..
terima kasih..
:)
oh..student STAR...
ada seorang blogger..mengajar di STAR..
Cikgu Imanshah...kenal tak..?
jom ke APA KATA HATI pulak ;
BLOG REVIEW : LIFE JOURNEY - DILLA ADY
nabilah :
Kenal.. beliau guru subjek sejarah saya..
:)
antara SBP yg mempunyai padang yang luas..kenangan 50 round time zaman Pak Pin...
Alang Ridhwan :
Hehe.. Sebab tu budak STAR ramai jaguh long distance..
:)
tyme sek2 dlu,klau nk snap gmbr yg cntik2,knfem sume pakat g pdng....hehehe
~Nabilah~ :
Sebab padang tu kan luas.. LAgipun, banyak kenangan yg yg berlaku di padang..
:)
Post a Comment