Sahabat..

Friday, October 5, 2012

jadi Tuan Majlis pulak ..

Huiyoo .. Lame giler tak update laman tersayang ku ini.. Tersangat-sangat lah sibuk nye. Baru selesai majlis Grand Dinner HND CSD 2012 yang berlangsung di Dewan Sri Gema, kolej aku. Majlis makan malam yang dikhaskan untuk course Higher National Diploma in Computer Software Development.

Dan aku adalah MASTER of CEREMONY pada malam itu. Poyo ! =)



Monday, September 17, 2012

Sekolah Pusaka STAR Ipoh ..



Hoho.. Tiba-tiba nak post entry tentang sekolah pusaka aku, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Rindu beb !! Dah 4 tahun meninggalkan sekolah itu sejak habis SPM 2008. Baru-baru ni telah berlangsung nye anual event, Old Boy Weekend (OBW) yang bertempat di padang keramat STAR. Event yang menghimpunkan semua bekas pelajar yang pernah menuntut ilmu di STAR dulu. Tapi yang sedih nya, aku tak dapat turun sama untuk memeriahkan majlis. Dek kerana kerja yang belum dapat lagi diselesaikan.

Tapi rindu nye la aku kat sekolah bintang aku tu ! Haha .. InsyaAllah ada rezeki, dapat lagi kaki aku jejak ke sana lagi.. =)

Friday, August 31, 2012

Malaysia dapat ucapan MERDEKA daripada GERMAN..

Nice one , Bayern !!

Ucapan Selamat Hari Merdeka daripada kelab bolasepak German, Bayern Munich buat negara MALAYSIA tercinta. Ucapan yang dituju melalui laman sosial Facebook. Nice .=)

Hari Kemerdekaan ke-55 MALAYSIA ..


Happy Birthday MALAYSIA ...

Keputusan Undian Liga Juara-juara Eropah 2012/2013


GROUP A
FC PORTO (POR)
FC DYNAMO KYIV (UKR)
PARIS SAINT-GERMAIN FC (FRA)
DINAMO ZAGREB (CRO)

GROUP B
ARSENAL FC (ENG)
FC SCHALKE 04 (GER)
OLYMPIACOS FC (GRE)
MONTPELLIER FC (FRA)

GROUP C
AC MILAN (ITA)
ZENIT ST. PETERSBURG (RUS)
RSC ANDERLECHT (UKR)
MALAGA (ESP)

GROUP D
REAL MADRID (ESP)
MANCHESTER CITY (ENG)
AJAX AMSTERDAM (NED)
BORUSSIA DORTMUND (GER)

GROUP E
CHELSEA FC (ENG)
SHAKHTAR DONETSK FC (UKR)
JUVENTUS (ITA)
NORDSJAELLAND FC (DEN)

GROUP F
BAYERN MUNCHEN (GER)
VALENCIA (ESP)
LOSC LILLE (FRA)
BATE BORISOV FC (BLR)

GROUP G
BARCELONA FC (ESP)
SL BENFICA (POR)
SPARTAK MOSCOW (RUS)
CELTIC FC (SCO)

GROUP H
MANCHESTER UNITED (ENG)
SC BRAGA (POR)
GALATASARAY A.S. (TUR)
CFR 1907 CLUJ (ROU)

# aku setia bersama MANCHESTER UNITED ... =)

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday ..



Keputusan Piala Malaysia 2012 (28 Ogos 2012) ..



KUMPULAN A

PKNS FC vs JOHOR FC (1-1)
JOHOR vs LION XII (0-0)

KUMPULAN B

ATM vs KELANTAN (1-1)
KEDAH vs TERENGGANU (2-1)

KUMPULAN C

FELDA UNITED vs SIME DARBY (2-3)
NEGERI SEMBILAN vs PERAK (0-0)

KUMPULAN D

T-TEAM FC vs SELANGOR (0-1)
PAHANG vs SARAWAK (6-0)

Aku anak sejati Pahang
Bangga dengan bumi Tok Gajah
Moga misi bergelar JUARA menjadi kenyataan.

Monday, August 27, 2012

Tuhan lebih sayangkan dia ..


Semalam, 26 Ogos 2012. Genap setahun pemergian arwah Zahiruddin buat selama-lamanya. Sahabat sekolej aku yang selalu bersama dengan aku walau nak ke mana sekali pun. Beliau telah meninggal dunia pada pagi Jumaat, 26 Ogos 2011 bersamaan 28 Ramadhan 1432 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah untuk menyambut Aidilfitri di Perak.

Aku sempat menghabiskan masa aku dengan dia pada malam sebelum dia pergi. Atas permintaan arwah, aku membantu dia menyiapkan assignment English dia yang perlu dihantar pada pagi Jumaat itu. Dan malam itu adalah malam terakhir aku lepak bersama dia.

Al-Fatihah ..

Sunday, August 26, 2012

Back to the BASICS ...

Ok.. Sekarang kena kembali kepada asal. Raya Aildilfitri dah habis. Masa bergembira dah habis. Dah tiba masanya pulak untuk aku memberi sepenuh perhatian kepada apa yang sepatutnya aku lalui. Dan selepas pelbagai masalah, dan dugaan yang aku tempuhi sepanjang cuti hari raya baru-baru ini, sekarang aku perlu ke peringkat yang seterusnya yang mana aku perlu fokus kepada penentu kejayaan aku.

Segala masalah yang masih belum selesai itu aku perlu ketepikan seketika untuk memberi laluan kepada perkara-perkara yang lebih penting di kolej aku ni. Bukan aku cakap semua masalah itu tak penting, TAK ! Cuma kalau aku nak selesaikan dengan cepat pun tiada gunanya jugak sebab aku sekarang berada di kolej walhal masalah-masalah tu berada jauh dari aku. Mungkin ianya akan selesai bila aku dapat pulang bercuti lagi untuk lain masa.

Aku berdoa moga segala apa yang aku hajati akan termakbul dan moga segala-galanya baik-baik aje .. =)

Saturday, August 4, 2012

Pingat Emas Olimpik 2012 = Baskin Robbins


Harapan yang tinggi diletakkan oleh semua rakyat Malaysia untuk melihat kontinjen negara meraih pingat emas dalam temasya Olimpik 2012 di London. Peluang itu tertumpu kepada atlet badminton perseorangan lelaki iaitu Lee Chong Wei apabila berjaya mara ke pentas final dalam acara tersebut. Lawan beliau di final  nanti ialah pemain no. 1 dunia, Lin Dan yang mewakili pasukan China. 

Syarikat ais krim  Baskin Robbins akan memberikan hadiah ais krim kepada seluruh rakyat Malaysia andai kita meraih pingat emas. Jadi, perlawanan final ini akan menentukan adakah kita berjaya meraih pingat emas pertama Olimpik dan juga kegembiraan rakyat Malaysia mendapat ais krim Baskin Robbins secara percuma

Di peringkat separuh akhir, Lee Chong Wei berjaya menewaskan Chen Long straight set. Beliau mengambil masa selama 23 minit untuk menang 21-13 pada set pertama. Set kedua, Lee Chong Wei menang 21-14 dalam masa 28 minit. Jadi, mari lah kita sama-sama memberi sokongan padu kepada atlet harapan negara kita menewaskan Lin Dan di pentas final nanti.

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan ..

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua sahabat sekalian .. =)

Moga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kita bersama..

Tuesday, July 17, 2012

QPR 5-0 SABAH..

  

Pasukan Queens Park Rangers (QPR) menang besar 5-0 ke atas pasukan pilihan Sabah dalam perlawanan persahabatan Siri Jelajah Asia 2012 di Stadium Likas, Sabah.

Pasukan QPR mendapat gol pertama seawal minit ke-7 hasil jaringan Bobby Zamora. Keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan. Bermula separuh masa kedua, QPR berjaya memperoleh gol kedua merusi jaringan Heidar Helguson pada minit ke-64. Selepas itu, Jay Bothroyd meletakkan QPR 3-0 selesa dihadapan apabila menyumbat gol ketiga. Gol keempat dan kelima QPR dihasilkan oleh Djibril Cisse.

Perlawanan QPR seterusnya akan menentang pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2012.

Sunday, July 15, 2012

Bas Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Kebiasaannya setiap sekolah pasti ada bas masing-masing untuk kegunaan sekolah tersebut. Tak kisah la, untuk ke rombongan ke, bawa student ke mana-mana ke, yang pasti bas itu akan digunakan untuk kepentingan sekolah berkenaan. 

Tapi ada sedikit perbezaan yang mana semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mempunyai bas yang sama. Mungkin pihak SBP nak selaraskan jenis bas yang digunakan oleh semua Sekolah Berasrama Penuh. Design  setiap bas adalah sama, cuma nama sekolah yang tertera pada bas itu sahaja yang lain. Tapi agak style jugak la design bas SBP dan yang pastinya akan ada badge Kementerian Pelajaran Malaysia tertera di bahagian hadapan setiap bas SBP. 

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah

Sekolah Berasrama Penuh Sri Puteri

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh


Tiap kali kalau aku terserempak dengan bas SBP ni kat mana-mana, aku akan jadi excited. Excited nak tahu bas SBP mana.  Memandangkan aku ex-student Sekolah Tuanku Abdul Rahman, kira dah pernah la merasa naik bas SBP ni.  Sebab itu bila terserempak je dengan mana-mana bas SBP ni, tersenyum aku. =)

Keluarga futsal ..

~ Majulah sukan untuk belia ~


=)

Inilah team futsal aku kat kampung. Kami ada 2 team. Player yang pakai jersey oren itu memainkan peranan sebagai penjaga gol. Aku kat sebelah kanan sekali, yang memakai jersey nombor 11. Gambar ini diedit oleh sahabatku, AIMAN (yang menyarung jersey nombor 77). =)



Saturday, July 14, 2012

bila kisah lama diungkit kembali..

Sejak akhir-akhir nie aku teringatkan sekolah lama aku. 5 tahun menuntut ilmu di sana, banyak kenangan pahit manis dah aku cipta. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) diberi nama. Aku pun tak pasti apa sebab kenapa tiba-tiba aku merindui bumi STAR. 3 hari lepas aku ada termimpi sekali tentang STAR dan last aku jejak kaki ke sana time sport day  bulan April lepas.

Ada orang cakap, kenangan yang kita ada memang tak dapat nak kita padamkan dari hidup kita. Tapi sekurang-kurangnya cubalah untuk menghargai setiap kenangan tersebut. Untuk pengajaran dalam kehidupan yang mendatang. Aku harap Tuhan bagi pentunjuk kepada aku untuk aku tahu apa makna semua ini. Mudah-mudahan. =)



..Once a STARIAN, always a STARIAN..

Thursday, July 12, 2012

siri baru Keluarga Iskandar

Ada sebuah siri baru yang ditayangkan di Astro Prima, KELUARGA ISKANDAR. Siri yang bertemakan keadaan dalam sebuah keluarga. Aku nak bercerita panajang pun tak reti, sebab baru 2 episod ditayangkan di kaca TV. Aku pun hanya sempat tengok episod yang pertama sahaja disebabkan semester baru kolej aku dah bermula. Nak tengok macam mana ? Rumah sewa aku mana ada TV. Nak tak nak, kena la tengok secara online. Tu pon kalau ada sumber nye. Setakat ni aku search macam takde. Di YouTube pun takde, tonton pun takde.




Apa-apa pun, aku nak tengok jugak !! Kena search online sampai dapat cerita ini sebab naluri aku mengatakan siri ini memang layan. Haha.. Kira sempoi la. Takde sedih-sedih, takde aksi-aksi. =)

Wednesday, May 23, 2012

bila kita bercakap tentang HATI..

Bila kita bercakap tentang hati, hanya diri kita sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam hati itu. Namun, yang tersirat itu lah kadang-kadang kita tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata. Kita ingin luahkan rahsia hati tersebut, tapi hajat itu tak kesampaian dek kerana perasaan itu gagal untuk diperjelaskan.

Bila kita bercakap tentang hati, 1 perkara yang sinonim dengan hati ini adalah KASIH SAYANG. Perasaan sayang itu wujud tanpa kita minta dan kita tak pernah untuk memaksa. Tipu lah kalau tiada sesiapa pun pernah sayang pada seseorang. Sejahat mana pun seseorang itu, pasti tetap ada perasaan sayang dalam hati mereka walau sedikit. 1 hakikat yang perlu diterima, rasa sayang kita pada seseorang itu sukar untuk lenyap andai kita merasakan yang seseorang itu masih lagi penting dalam kehidupan kita. Rasa sayang bukan seperti alat mainan, boleh dibuang begitu sahaja. Rasa sayang itu seperti elemen penting untuk kita teruskan kehidupan kita di muka bumi ini.

Bila kita bercakap tentang hati, tiada jawapan untuk soalan mengapa kita menyayangi seseorang itu. Hanya hati sahaja yang tahu jawapan itu dan kita tak mampu nak gambarkan sejauh mana sayang kita pada seseorang itu. Namun, jangan ingat rasa sayang kita ini akan dihargai oleh orang tersebut. Mereka hanya fikir rasa sayang kita pada mereka hanya main-main atau hanya pusingan roda kehidupan semata-mata kerana sayang adalah perkara wajib dalam kehidupan setiap manusia. Tapi kita tak mampu nak terima balik rasa sayang yang pernah kita bagi pada mereka kerana itu adalah hak mereka untuk menyayangi kita semula sebagaimana kita menyayangi mereka.

Bila kita bercakap tentang hati, kita mampu untuk menyayangi lebih dari seorang insan dalam hidup kita. Kita mampu untuk memberi kasih sayang kepada mereka semua. Tapi 1 perkara yang perlu kita ingat. Seramai mana pun insan yang kita sayang, kita tak mampu nak sayang mereka pada tahap yang sama. Walau bagaimana pun, mereka berhak untuk mendapat kasih sayang yang adil dari kita. Kasih sayang yang tiada berat sebelah. Kasih sayang yang menyedarkan mereka bahawa pentingnya mereka dalam kehidupan kita.

Bila kita bercakap tentang hati, JARAK adalah batu pengukur betapa tinggi nya rasa sayang dalam hubungan kita walau berjauhan. Selagi naluri hati kita percaya akan sayang yang kita rasa pada mereka tidak berubah walau sedikit pun, selagi itu lah hubungan itu akan berkekalan. PERCAYA. Itu adalah kunci dalam setiap perhubungan. Sejauh mana pun jarak antara 2 hati, rasa sayang itu tetap wujud dalam kedua-dua hati insan itu JIKA kepercayaan dalam hati masing-masing itu wujud. Rasa sayang bukan mainan, ia bukan perkara yang remeh-temeh. Ia soal HATI.

Namun, percayalah sesungguhnya mereka tidak tahu sejauh mana tahap sayang kita pada mereka. Mereka tak tahu bagaimana sayangnya kita pada mereka. Mereka tak tahu betapa penting nya diri mereka pada kita. Salah 1 perkara yang mampu memastikan kebahagiaan kita adalah sentiasa mengucapkan sayang pada insan yang kita sayang. Tapi itu belum tentu dapat membuatkan mereka tahu sedalam-dalam nya rasa sayang kita pada mereka. Dan itu belum tentu kita akan dapat balasan ucapan itu dari insan tersebut.

Sebelum terlambat, hargai orang yang menyayangi diri kita. Ada sebab mengapa mereka menyayangi diri kita. Bersyukur lah kerana ada lagi insan yang menyayangi diri kita, yang menghargai diri kita, yang merasakan diri kita ini penting bagi mereka. Tuhan sudah tentukan skrip hidup kita, dan ada sebab juga mengapa Tuhan kurniakan seseorang untuk menyayangi diri kita.

~ jangan sakitkan hati insan yang menyayangi diri kita ~

Thursday, April 26, 2012

Never give up !

Aisey.. Semalam hari RABU. Aku terlupa tentang Wordless Wednesday. Last week baru start untuk pertama kali nya. So, kalau aku postpone Wordless Wednesday minggu ni ke hari ni, diterima tak ? Kira boleh la kan..?  Sehari je kot lambat. Hehe..

NEVER GIVE UP !

Wednesday, April 25, 2012

Luka lama berdarah kembali..

Injured .. !

Sakit bukan kepalang lagi. Tiba-tiba tumit kaki aku boleh terpele'ot pulak time main futsal petang tadi. Fuhh.. peritnya, berdenyut-denyut rasa. Terhenjut-henjut aku berjalan keluar dari court futsal. Sumpah sakit !

Teringat pulak time zaman sekolah-sekolah dulu. Selalu je injured kaki time main bola. Last aku injured macam ni time aku tingkatan 5 ketika masih menuntut di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Sakit weyyh..!! Kira kes kali ni sebijik macam kes yg time tu la. Susah nak bergerak ke sana ke mari.

Ape-ape pun, sakit itu penghapus dosa. :)

Tuesday, April 24, 2012

Biar gambar bercerita..



Pic yang di-snap time jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah bersama kawan-kawan kolej. :)

Sunday, April 22, 2012

Weekend yang bukan untuk aku..

Weekend yang agak malang buat insan yang bernama Mohd. Afdholl Ihsan. Kenapa ?

  1. JUMAAT hari yang mengantuk, sampai tertidur dalam kelas agama.
  2. Si DIA keluar jalan-jalan meninggalkan aku keseorangan di kolej, last-last ada emergency kes di pertengahan jalan dia.
  3. Keluar lepak dengan kawan-kawan, tapi amat membosankan. Sampai pukul 2 pagi. Boleh pulak diaorang bercerita pasal hantu-hantu nie. Aku dah la lemah semangat bab-bab ni.
  4. Balik rumah dalam pukul 6 pagi, dalam ketakutan. Kot-kot lah kan ade 'benda' ikut.
  5. SABTU dijangkiti selesema dengan tiba-tiba. Susah nak bernafas.
  6. Keluar malam dengan si DIA dalam keadaan yang tak selesa dek kerana selesema.
  7. Kalah 'bet' dengan si DIA. 2 kali pulak tu.
  8. Terpaksa hantar dia pulang ke hostel dengan kereta atas sebab gate belakang kolej dah berkunci. Ayat punya ayat dengan pak guard, alhamdulillah lepas.
  9. Laptop masuk virus, 2 kali.
  10. AHAD pagi terbangun lewat, makan nasi tengah hari tak habis. Membazir.
  11. Keluar jalan-jalan dengan si DIA. Baju comot terkena air coklat. Dah jadi sepelet.
  12. Balik rumah dalam keadaan basah kuyup dek kerana hujan.
  13. Manchester United seri 4-4 dengan Everton.
Walau ape pun yang berlaku, aku bersyukur atas ape yang berlaku. Semua yang terjadi ada hikmah nye. :)

Saturday, April 21, 2012

interface baru..

~ interface baru keluaran blogspot.com ~

Uit.. Blogspot sudah berwajah baru ke? Aku ingat nak post-kan entry tentang 1 cerita yang menarik untuk dikongsi kepada sahabat semua. Tapi tatkala aku klik button new post kat atas sebelah kanan laman Adol Ihsan ni, tertera pulak interface macam kat atas tu..

Wow !! Menarik ! Tahniah blogspot.com atas usaha menaik taraf kualiti blogspot itu sendiri.

Thursday, April 19, 2012

Tutup sudah..


PENGUMUMAN ! Picnik.com akan menutup akaunnya atas masalah tertentu.

Sedih . Itu je yang aku rasa sekarang sebab kalau aku nak edit mana-mana gambar, aku pakai laman web ni la. Nak guna Adobe Photoshop macam tak berapa nak reti. So, aku guna Picnik.com ni la untuk mencantikkan gambar. Tapi sekarang, owner Picnik.com nak tutup dah akaun nya pada 19 April. Kira hari ini la last date nye. Sedih.

Terpaksa lah aku cari inisiatif lain untuk meneruskan legasi aku dalam arena edit-mengedit ni. Apa-apa pun, terima kasih aku ucapkan pada Picnik.com atas memberi peluang kepada seorang amatur yang baru seperti aku dalam memulakan langkah pertama mengedit gambar nie. Huhu.

Wednesday, April 18, 2012

Slurpee..



1 post sebelum wish selamat malam. Aku mengidam nak minum slurpee di 7 Eleven. Alhamdulillah, syukur rezeki. Lepas hajat.

SLURPEE.. the coolest drink on the earth.. :)

Wordless Wednesday..

Aku selalu jugak terbaca post-post kat blog sahabat-sahabat aku tentang Wordless Wednesday. Mula-mula aku terfikir ape benda tu. Hehe.. Last-last, baru la aku tahu Wordless Wednesday tu kira macam 'gambar yang bercerita'.

So, this is my first Wordless Wednesday. :)

Monday, April 16, 2012

1, 2, 3, Go !

Simple post je malam nie. Tentang nasib TRAFFIC LIGHTkat dunia nie. Asyik-asyik dengan design yang sama je kan. Aku kalau drive kereta ke, motosikal ke, pergi mana-mana pun aku tak suka traffic light. Sebab kena berhenti. Spoil !! Kecuali kalau lampu traffic light tu bertukar ke lampu hijau. Haa.. itu aku akan tersenyum. Paling bengang bila aku try nak kejar lampu hijau tu, tiba-tiba tak sempat sebab lampu dah tukar kepada kaler oren. Lama sikit kaler merah. Kenapa tak langgar je? Huh !! Ingatlah orang yang tersayang. :)

~ Ini kira standard traffic light zaman sekarang la ~

~ Ni pun kira sign-sign yang standard ada kat tiang traffic light tu ~
~ Tapi yang sign basikal tu aku tak pernah nampak ~

Aku pun ade pernah jugak terfikir. Ce try tukar design traffic light yang agak 'rare' ckit. Baru la style. Drivers yang berhenti pun takde lah bosan sangat kan.


.

Haa.. agak unik gak la kan macam kat atas ni. Traffic light berkonsepkan jam pasir. Huhu.. Dunia sekarang ni pun dah maju kan? So, tak mustahil la semua ni akan berlaku. Cuma atas kehendak masing-masing je nak merealisasikan nye atau pun tidak. Waaa.. Dah macam ahli parlimen dah. Mana tahu kan, kerajaan nak ubah sikit cara sistem traffic light kat Malaysia ni. Baru nampak kelainannya. Shhh..! Ni kira politik ke? Hehe.. Tak kan? Takut nanti kena gam lak.. :P

Apa-apa pun, selamat memandu di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat.

~ Traffic light pada 1 tiang, 1 MALAYSIA ~

Sunday, April 15, 2012

Week Game #34..


Hoho.. Untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini. Perlawanan yang membabitkan pasukan teratas liga,
Manchester United menentang Aston Villa. Last week, Manchester United dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Wigan Athletic memungut 79 mata setakat ini, namun masih berkelebihan 2 mata dihadapan pencabar terdekat mereka, Manchester City.
Manchester City berjaya memungut 3 mata penuh semalam selepas membelasah Norwich City 6-1.

Hajat Tercapai..

Semalam tercapai jugak hasrat aku nak ke Bukit Ampang. Takde lah nak sangat ke sana tu, tapi just setakat nak singgah, nak menikmati panorama bandaraya Kuala Lumpur. Cheeewahh !! Lepak kat sana dalam 2 jam setengah. Happy-happy dengan kawan aku, 7 orang. Lepak-lepak, borak-borak, gelak-tawa. Memang semalam hari untuk berseronok la, hari tanpa assignment. Yelaa.. kalau tak, selama ni asyik berdating je dengan assignment tu. Sampai takde masa untuk berseronok dengan hidup. Tu yang semalam aku balas dendam tu.

Yang terkilan sangat nye, sebab tak dapat nak snap gambar Kuala Lumpur dari atas sana tu. Nak tak nak terpaksa la aku abadikan gambaran panorama tu dalam ingatan aku.. Hehe. Gerak balik rumah dalam pukul 5 pagi. Syukur la sebab Tuhan bagi peluang kat aku untuk menikmati permandangan tu.

Thursday, April 12, 2012

Mutiara kata..

Waaaa.. Sudah lama tak bertandang ke laman sendiri !! Uhuk2.. Dek kerana assignment-assignment yang melambung banyak nye, maka tak dapat la aku meluangkan masa untuk ber'blogging' nie. Untuk post kali ni, just nak renungkan salah seribu quote yang sering kali buat aku sedar akan kedudukan aku di muka bumi :


TANGAN yang memberi adalah lebih baik dari TANGAN yang menerima..
Tak salah kalau kita berSEDEKAH, kalau tak kita akan rugi..

=)

Saturday, February 11, 2012

Dendam terbalas..

Berakhir sudah perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Liverpool. Liverpool bertandang ke Old Trafford dengan harapan dapat mengalahkan musuh seterunya itu seterusnya mengutip 3 mata penuh.

Dan keputusan nya..

MANCHESTER UNITED 2-1 LIVERPOOL

2 jaringan pantas Manchester United berjaya diperoleh melalui penyerang berbisa mereka, Wayne Rooney masing-masing pada minit ke-47 dan 50. Gol saguhati Liverpool hadir pada minit ke-80 hasil jaringan Luis Suarez. Manchester United kini menerajui takhta liga dengan 1 mata mengatasi Manchester City yang akan menentang Aston Villa nanti.

Match of the week..

Match of the week..
VS

Selepas digantung 8 perlawanan, penyerang sensai Liverpool, Luis Suarez kembali beraksi ketika menentang Tottenham Hotspurs minggu lalu. Dan minggu ni beliau dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk menentang pasukan di tangga ke 2 liga, Manchester United.

United dilihat ingin membalas dendam atas kekalahan 1-2 kepada Liverpool di pusingan ke 4 Piala FA di Anfield. Dan minggu ni venue Old Trafford menjadi gelanggang perlawanan antara 2 pasukan gergasi ini.

Friday, February 10, 2012

Penghijrahan..

Alhamdulillah.. 10 Februari 2012, tercatatnya sejarah dalam hidup aku apabila aku terpaksa berpindah rumah. Penghijrahan demi kejayaan bak kata aku. Bukan apa, ikutkan hati aku memang aku tak nak berpindah randah ni, tapi atas disebabkan jaminan kejayaan dalam akademik aku nanti, aku gagahkan diri aku jua untuk berpindah.

Dalam kelas aku ada 6 orang student lelaki, dan aku seorang sahaja yang berlainan tempat tinggal. Selama ni aku tinggal di rumah flat di belakang kolej, dan budak-budak lelaki kelas aku semua itu tinggal di taman perumahan. So, macam mana kalau ade kerja berkumpulan dalam kelas? Nak tak nak, terpaksa la aku selalu ke rumah mereka untuk siapkan kerja tu. Daripada aku selalu macam tu, ulang alik ke rumah mereka, baik aku terus pindah ke rumah mereka. Senang. Sekelas, serumah.

So, aku harap pengorbanan aku berpindah ini akan berbaloi la pada masa hadapan. InsyaAllah..

Thursday, February 2, 2012

Chef di dapur..

Waah.. Tajuk post dah macam dalam Master Chef dah. Siapa yang jadi chef? Pandai ke dia masak? Layak ke bergelar chef? Tepuk dada, tanya selera. Hahaha..

Hari ini tugas aku pulak menjadi chef di dapur bujang di rumah sewa aku. Apa hidangan yang aku sediakan? Haaa.. hidangan yang paling penting dalam seharian.

NASI

Tu je ? Yup.. tu je. Apa? Ingat senang ke nak masak nasi ni. Memerlukan air tangan yang suci, fokus yang sepenuhnya, dan yang paling penting, BERAS. Oppss.. RICE COOKER, jangan lupa. Kalau takde, nak masak dalam ape, kan ?

Ok.. Aku sebenarnya saje je nak postkan entry ni, sebab kali terakhir aku masak nasi pada 2 tahun yang lepas. Lama tu. Sebab time tu rice cooker tak rosak lagi. Bila dah rosak, malas nak baiki. Bila takde rice cooker, terbengkalai la beras. Takleh nak masak. So, sekarang rumah sewa aku dah ada rice cooker yang baru. Boleh kembalikan skill memasak nasi macam dulu.

Aku try la masak nasi tengahari tadi, dah rasa semacam dah. Yelaa.. dah lama tak sentuh rice cooker dan beras tu. Agak kekok la, biasa la orang bujang. Kalau perempuan mungkin tak rase apa-apa. Walau lama dah tak ke dapur, tiba-tiba masuk dapur, mantain je skill mereka tu.

At the last, menjadi jugak. Nasi yang agak sempurna dimasak. 2 round nasi aku makan nasi tengah hari tadi. Tak tahu la sebab nasi tu sedap sangat ke, atau perut aku ni yang lapar sangat. Hehe..

Hmmm.. masih berbisa lagi tangan aku ni. Hehe.. CHEF la sangat ~~~

Wednesday, February 1, 2012

Baru ku teringat...

Hehehehe...

Kenapa tersengih-sengih ni?

Aku ade post-kan entry tentang 1 blog contest yang aku join. Entry-nya ade kat bawah post ini, tak pun anda semua boleh klik DI SINI. Dah selesai penuhi syarat-syarat penyertaan, aku rasa macam ada benda lagi yang aku tak buat. Aku nak log out pun macam cursor mouse aku ni tak bagi aku log out. Entah kenapa. Then, aku ronda-ronda la sekeliling blog aku. Sambil-sambil tu aku pergi singgah kat blog orang lain. Komen sana, komen sini. Lepas tu, baru la aku teringat

.........................

Rupa-rupanya aku LUPA NAK SENT LINK PENYERTAAN aku kepada pihak penganjur. Macam mana pihak penganjur tu nak tahu yang aku masuk contest yang dianjurkan ke tidak, kan ? Hahaha..

contest 'HAPPY FACES by CAPT. KEON ALHAN and OH DAUS'

Contest lagi..




Contest yang pertama yang aku sertai bagi tahun 2012 ini. Kali ini, contest yang aku join ni bertemakan ala-ala happy-happy gitu. Sape-sape yang mahu join jugak, sila jangan malu-malu. Boleh klik DI SINI.

Gambar yang aku pilih untuk contest ini :


Ini adalah anak-anak buah aku, merangkap budak-budak nakal yang selalu buat aku happy. Memang tersenyum aku dengan telatah mereka sume ni. Aku snap pic ini time kiteorang lepak sama-sama kat padang kat kampung aku, tempat mereka selalu bermain.
Mereka 3 orang ni memang rapat giler laa. Dah macam adik beradik. Mana-mana mesti bersama. Gurau sama-sama, sedih sama-sama, happy sama-sama, dan aku harap hubungan persahabatan mereka semua ni takkan terhenti begitu sahaja walau usia semakin meningkat.


AKU NAK TAG 3 ORANG, SEMUA DARI SEKOLAH BINTANG :




sekian.. :)

Permainan zaman kecik-kecik..

Entry ringkas :

Sekarang ni dah banyak permainan sukan dalaman atau omputih panggil indoor games diwujudkan bertujuan untuk memenuhi masa yang terluang disamping melahirkan kesihatan yang baik. Lazimnya, golongan belia digalakkan untuk menyertai permainan-permainan sebegini. Antara indoor games yang popular seperti badminton, board games, card games, dan banyak lagi-lah.

So, kenapa tiba-tiba aku nak post-kan entry tentang sukan-sukan indoor ini semua? Haha.. Sebab tadi aku baru sahaja selesai bermain salah satu daripada indoor games, iaitu CARROM. Ye ke ejaan-nya macam tu? Ke KAROM? Ke CAROM? Ke aku yang salah? Tak kisah lah, yang penting harap anda semua tahu la apa permainan itu yang dimaksudkan. Setelah sekian lama aku tak main permainan tu, baru tadi aku dapat sentuh. Rasa macam budak-budak pulak, dah la main pun dengan budak-budak tadi.

Bukan ape, tadi dalam perjalanan balik dari kelas, aku terserempak dengan sekumpulan budak tengah main permainan CARROM tu la. Aku pun join la sekaki, sekurang-kurangnya boleh rehatkan minda ni sikit walaupun minda aku tak serabut mana. Lagipun petang ni tiada apa-apa akitviti yang aku nak buat, selain main bola.

Yang menariknya, aku dah tak reti main macam dulu walaupun dulu aku tak sehebat mana, tapi nama tu pernah la naik sebab selalu kalah. Kan permainan CARROM ni kan kena jentik 'striker' buah-nya ke buah yang lain. Jentik ke mana? Haaa.. jangan memandai-mandai je jentik nya. Jentik ke arah 4 lubang di setiap penjuru papan CARROM. Allaaaa.. korang takkan tak pernah main kot. Tapi aku pun nak tergelak tengok cara aku sendiri main tadi.


So, keputusannya? KALAH... hehe.. Takpe, yang penting pengalaman. Ini permainan zaman aku kecil-kecil ni masa kat kampung, jangan sampai pupus sudah. Walau kat mana pun kita berada, ingat asal usul kita. Aku dah meningkat dewasa, jangan sampai aku lupa akan zaman kecil-kecil aku. Kerana itu semua mengajar aku erti sebenar kehidupan dan memberi aku pengalaman yang cukup berharga apabila umur aku meningkat dewasa.

Tuesday, January 31, 2012

Insan terhebat aku..

Huh.. Entry aku kali ini tak mau nak cakap-cakap. Just nak post 1 gambar yang ter-SANGAT-lah HEBAT-nya. Gambar ni dah menang 'PICTURE OF THE YEAR" dalam mimpi aku hari tu. Kira memang terbaik la gambar ni. Perghh..

Hah.. apa-apa pon anda semua nilaikan sendiri yee..


my IBU, my BAPAK ..

Haa.. inilah gambar yang aku maksudkan. Macam mana? Romantik tak? Bak kata omputih, CWEET tak? Inilah 2 orang insan yang paling hebat pernah aku miliki. Memang tiada tolok banding, galang ganti. Kira 2 orang insan ini adalah satu-satunya, eh.. silap, dua-duanya dalam dunia ni. Hehe..

LOVE both of them very much.. :)

Welcom Home, Sir !!!


Hmmm.... Tak tahu nak cakap apa.. Kenapa? Sebab dah lama tak update laman ADOL IHSAN ni haa.. Entah la, mungkin hati ni tertutup buat seketika untuk bercerita di sini. Tapi aku bersyukur dengan tiba-tiba aku terdetik untuk kembali menulis apa yang tersirat dalam diri aku melalui laman ini. Chewaahh.. :-)

Tapi kalau nak diikutkan, memang lama sungguh tak usik blog ini. Last post, kat atas tu.. Bulan September. Lama tak lama la, kira sendiri berapa kurun aku tinggal arena blogging ni. Dan dengan tiba-tiba aku muncul kembali di tempat yang sepatutnya aku ada. Di tempat yang wujudnya cerita-cerita aku, kisah-kisah tauladan, fakta-fakta yang bernas, dan adanya kehidupan insan yang pentingkan kasih sayang melebihi daripada segala-galanya.

So, dengan izin Tuhan, akan ku terus berblogging dengan meng'updated selalu laman ADOL IHSAN ni..

SELAMAT KEMBALI .... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..