Sahabat..

Friday, May 20, 2011

When You're Gone..

Kesinambungan untuk post sebelum ini. Lirik lagu yang mengusik jiwa aku. Chewaahh..

I always needed time on my own,
I never thought I'd need you there when I cry,

And the days feel like years when I'm alone,
And the bed where you lie is made up on your side,

When you walk away I count the steps that you take,
Do you see how much I need you right now,

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you,
When you're gone,
The face I came to know is missing too,
When you're gone,
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok,
I miss you..

I've never felt this way before,
Everything that I do reminds me of you,
And the clothes you left, they lie on the floor,
And they smell just like you, I love the things that you do,

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you,
When you're gone,
The face I came to know is missing too,
When you're gone,
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok,
I miss you..

We were made for each other,
Out here forever,
I know we were, yeah...
All I ever wanted was for you to know,
Everything I'd do, I'd give my heart and soul,
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah...

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you,
When you're gone,
The face I came to know is missing too,
When you're gone,
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok,
I miss you..


When You're Gone by Avril Lavigne

Wednesday, May 18, 2011

aku takut akan kehilangan mu..

Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu pernah hadir dalam hidupku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu pernah membahagiakanku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna dirimu permata hatiku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu adalah insan yang sempurna bagiku,

Kau yang bernama cinta,
Aku sayang,
Aku sanjung,
Aku menghargai akan diri mu,

Sebesar mana pun kesalahan mu,
Aku percaya kamu tidak sedar akan apa yang kamu lakukan,
Kecewa mana pun aku terhadap diri mu,
Hanya sabar yang mampu melegakan diriku,
Selama mana pun kita tak ketemu,
Percayalah, kau tetap di hatiku,

Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna aku tak mahu hidup dalam menderita,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna tiada siapa yang mampu menemani hidupku selain diri mu,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu yang menerangi hidupku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu racun,
juga penawar dalam diriku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu cinta ku.

Tuesday, May 17, 2011

Diriku sebagai JURULATIH (episod 2)..

Aku ada post-kan 1 entry tentang diri aku sebagai jurulatih futsal. Nak tahu macam mana pencapaian aku ketika itu, kilik DI SINI. :)

Entry kali ini aku up-kan sikit level-nya. Kalau sebelum ini aku training untuk bebudak tadika, tapi kali ini aku ditugaskan untuk melatih budak darjah 6. Budak UPSR.

Ada sebuah kejohanan futsal yang dianjurkan oleh pihak Masjid Lama, Kampung Permatang Badak. Memandangkan aku ni selalu juga la datang ke masjid tersebut, aku dilantik sebagai salah seorang jurulatih dan perlu mencari anak buah sendiri untuk dijadikan sebuah pasukan futsal. Selain aku, adik angkat (Tingkatan 4) aku pun dilantik sama sebagai jurulatih. So, aku kena challenge adik aku sendiri la. Alhamdulillah, kami berjaya mencari budak-budak untuk dijadikan sebuah pasukan.

Tiba hari kejohanan, peringkat kumpulan pasukan aku menentang sebuah pasukan sekolah agama. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami apabila berjaya menang 4-0. Perlawanan ke-2 kami bertemu dengan pasukan adik angkat aku sendiri, namun kami tak bernasib baik apabila kalah 0-2. Kalah dengan pasukan adik angkat sendiri? Hehe..

Tiba-tiba pihak penganjur membatalkan perlawanan antara pasukan aku dengan pasukan adik angkat itu atas kesilapan jadual. Entah apa masalah pun aku tak tahu. Gembira bukan main aku dan kesimpulannya, pasukan kami masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah. (Ceh.. baru 1 game, memang la takde kalah)

( Yang ber-jersey biru, team adik angkat aku. Yang tak ber-jersey, team aku )


Ok, untuk game ke-2 kami menentang pasukan kampung sebelah. Agak mudah la perlawanan itu, kami menang 6-1. Waah.. menang besar nampak? Last game peringkat kumpulan, kami teruskan dengan rentak cemerlang apabila menang 4-1 ke atas pihak lawan.

Berehat untuk seketika sebelum perlawanan separuh akhir dijalankan.

Lawan pasukan aku untuk peringkat separuh akhir ini juga merupakan pasukan dari kampung sebelah. Rata-rata pemain mereka mewakili sekolah masing-masing. Agak gentar juga lah. Namun, kami tewas dengan jaringan 1-2.

Untuk penentuan tempat ke-3/4, pasukan aku bertemu dengan pasukan sekolah agama yang kami bertemu di awal kejohanan. So, ini kali-2 kami bertemu. Alhamdulillah, kami menang 4-1 dan berjaya merangkul tempat ke-3.

Pasukan adik angkat aku layak ke peringkat final apabila menang 4-3 menerusi sepakan penalti di separuh akhir dan bertemu dengan pasukan yang kalahkan kami di peringkat yang sama. Syukur, pasukan adik angkat aku itu berjaya bergelar juara apabila menang 3-1 juga menerusi sepakan penalti.

Tempat ke-3


Naib juara


Juara

Keputusan muktamad, pasukan aku meraih tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. Hah? Kejohanan sebelum ni tempat ke-3, kali pun tempat ke-3 lagi ke? Tak mengapa lah, bangga dengan pencapaian sendiri, Adol Ihsan. Yang tak best nya, kalah dengan pencapaian adik angkat aku. Huhu..

Pasukan Juara


Sekian.

Monday, May 16, 2011

Inspection @ Pemeriksaan..

Oh.. Masih hari guru lagi. Selamat berhari guru kepada anda di luar sana yang bergelar guru. Bersempena dengan hari guru ini, ingin aku kongsi sekeping gambar yang sedikit sebanyak mengulit kembali nostalgia aku ketika di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.


Huh..? Apa itu? Songkok ada. Sikat ada. Ubat gigi ada. Garfu pun ada.

Tak ada pun. Yang sebenarnya inilah antara barang-barang keperluan student STAR yang wajib diletakkan di hujung katil ketika INSPECTION dilakukan pada setiap pagi Ahad. Warden yang bertugas akan check semua keperluan tersebut, kalau ada di antara student yang gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil. So, pandai-pandai la student untuk meng-ada-kan semua barang keperluan itu kalau taknak kena denda.

Pernah sekali, ubat gigi aku dah habis. So, kalau aku still letak jugak, kantoi la sebab 'body' ubat gigi tu dah 'kurus'. Last-last, aku tunggu dorm sebelah habis inspection. Lepas je habis inspection diaorang, cepat-cepat aku pinjam budak dorm sebelah punya ubat gigi. Syukur, lepas. Tak kantoi.

Kalau nak ikutkan hati aku, nak aje aku tiup ubat gigi tu sampai kembung. Nampak macam tak guna lagi kan? Tapi dah kalau tiba-tiba terdetik pulak hati warden tu nak penyek ubat gigi aku itu, tak ke naye aku dibuatnya. Kantoi.

* Sila abaikan handphone dalam gambar tersebut. Itu hanya hiasan semata-mata. Hehe..

Terima kasih GURU..

16 Mei, tarikh keramat apabila semua guru di Malaysia diraikan atas pengorbanan yang mereka curahkan dalam mendidik anak-anak bangsa ke arah melahirkan insan yang cemerlang. Usaha mereka tiada tolok bandingnya, dengan bersungguh-sungguh mereka mengajar anak murid dengan ilmu yang berguna.


Di kesempatan ini. aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar pendidik di Malaysia. Terutamanya kepada guru-guruku yang mengajar di..



Tadika KEMAS di Kampung Permatang Badak..


Sekolah Kebangsaan Permatang Badak (SKPB)..



Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh..


Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan kepada saya. Minta dihalalkan segala ilmu tersebut dan mudah-mudahan saya menjadi insan yang berguna di masa mendatang.


"Terima kasih, cikgu"
"Maafkan saya, cikgu"
"Halalkan segala ilmu, cikgu"

Saturday, May 14, 2011

Tahniah Manchester-Manchester..

Tahniah. Pasukan gergasi Eropah, Manchester United berjaya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas seri 1-1 menentang pasukan Blackburn Rovers di tempat lawan. Jaringan penyamaan oleh Wayne Rooney menerusi sepakan penalti membolehkan 1 mata berjaya dikutip dan melayakkan mereka untuk bergelar juara bagi kali ke-19.


Glory-glory Manchester United.

Tahniah juga untuk pasukan Manchester City apabila berjaya merangkul Piala FA selepas menundukkan pasukan Stoke City di Stadium Wembley. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Yaya Toure pada minit ke-75.

Kenangan terakhir..

Aku pernah post-kan 1 entry berkenaan sebuah event yang dijalankan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Nak tahu? Mai.. Mai.. Mai.. Klik DI SINI.

So, kali ini aku mahu kongsi kenangan aku ketika di sana. Huh? Bermakna sangat ke kenangan itu? Only a truly STARIAN can understand that feel. Ewah-ewah kau Adol Ihsan, ber-speaking pulak. Apa-apa pun, di bawah ini aku share gambar-gambar yang sempat di-snap ketika di sana.

Latihan kawat kaki yang terakhir dilakukan pada malam sebelum kejohanan bermula..

~
~
~

.....

Pics ni aku snap dalam pukul 2.30 pagi, persiapan terakhir untuk khemah..
Sampai ada yang tertidur. :)

~
~
~


.....
Upacara 'penaikan' khemah pada pukul 3 pagi. Semangat..!!

~
~
~

Awal-awal pagi lagi budak-budak Form 1 dah tunggu untuk terima arahan daripada senior mereka. Dah macam askar dah ni..

~
~
~

....

..
Lets the event begin..
~
~

.....
HIJAU merimbun SEGAR..

~
~

Ranking..

~
~

....
Greenians..

~
~

.....
Antara junior terbaik aku..

~
~

..
Green Gala De Verte..

~
~


Finally, we are the CHAMPIONS..

That's all. Harap aku dapat ke sana lagi..

Thursday, May 12, 2011

Diriku sebagai JURULATIH..

Entry kali ini ingin aku ceritakan tentang arena bola sepak, sukan nombor 1 di dunia. Punyalah terkenal sukan ni sampai setiap pelusuk dunia bermain sukan ini. Chelsea, Manchester United, Barcelona, Real Madrid, Liverpool, dan Arsenal antara kelab bola sepak paling hebat di dunia. Siapa tak kenal dengan Sir Alex Ferguson, Arsene Wenger, Jose Mourinho, dan ramai lagi jurulatih-jurulatih profesional yang berjaya membimbing pasukan masing-masing mencapai kejayaan. Waahh.. power ayat kau, Adol Ihsan.

Cakap tentang jurulatih, aku pun ada pengalaman menjadi jurulatih. Tapi sebagai jurulatih pasukan futsal la. Ok la tu, ada juga kena mengena dengan bola sepak, hehe..

2 tahun lepas, aku dilantik sebagai jurulatih futsal oleh mak saudara aku untuk pasukan futsal tadika KEMAS di kampung aku. Aku ni tidak lah hebat sangat, tapi basic dalam permainan ni ada lah sikit-sikit. First day start coaching, 'SAKIT'. Ingat senang ke nak melatih budak-budak? Orang suruh sepak bola, boleh pulak pergi main pasir. Aduhh.. Degil nya. Training tak sampai 10 minit, dah berehat. Rehat sampai setengah jam pulak tu. Sabar aje lah. Budak-budak..

3 hari kami berlatih. Tiba hari kejohanannya. Semua pemain aku di-sponsor-kan dengan set jersey bertemakan pasukan Perancis, warna putih. Nampak la keseragamannya. Perlawanan pertama peringkat kumpulan agak memberangsangkan, kami menang 2-0. Alhamdulillah. Gembira mereka semua. Game ke-2, kami menang juga. Tapi menang tanpa bertanding, pihak lawan gagal menghadirkan diri dan kemenangan 3-0 dihadiahkan kepada kami. Game ke-3, kami seri 0-0. Namun, kami berjaya ke peringkat separuh akhir. Kelihatan semua pemain dah penat-penat belaka. Muka masing-masing dah nampak tak berdaya nya.

Sedang kami berehat sementara tunggu perlawanan separuh akhir bermula, tiba-tiba kapten pasukan aku terkencing dalam seluar. Entah macam mana boleh jadi begitu, aku pun tak tahu. Boleh pulak dia tersengih-sengih. Gugup kot. :)

Perlawanan separuh akhir kami berkesudahan dengan kami kalah menerusi sepakan penalti, 4-5. Tipis. Dan untuk penentuan tempat ke-3/4, kami berjaya menang dengan jaringan 2-1. Alhamdulillah. So, keputusan muktamad pasukan kami hanya berjaya menduduki tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.

Ketika acara penerimaan hadiah, ada dalam kalangan pemain-pemain aku menangis sebab hanya dapat sijil. Walhal, pasukan pertama dan kedua masing-masing dapat hadiah. Hadiah kereta kawalan jauh pulak tu. Mana tak dengki budak-budak ni. Tergelak juga tengok telatah-telatah mereka ni.

Itu langkah pertama aku sebagai jurulatih. Ada lagi kisah aku yang lain. InsyaAllah akan aku post-kan entry berkenaan diri aku sebagai jurulatih, EPISOD 2. Hehe..

Tuesday, May 10, 2011

Akhirnya Sempurna !!!

YEAHHH !!!!!!!!!!!


Selesai sudah segala tugasan aku untuk semester ini. Gembira bukan kepalang lagi. Dan aku dah boleh menarik nafas lega yang paling panjang dalam dunia. Puas hati.


Lepas ni nak buat apa, Adol Ihsan?

  1. Movie marathon (layan movie-movie dalam laptop)
  2. Basuh baju (mandikan semua pakaian yang tertangguh)
  3. Kemas bilik (bilik dah tak rupa macam bilik dah)
  4. Ber-FUTSAL (main futsal sepuas-puasnya)

    ~dan~

  5. BEREHAT (paling penting)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..


Ucapan khas buat insan-insan yang bergelar IBU diluar sana. Moga mereka semua dipanjang umur dan segala pengorbanan mereka terhadap anak-anak mereka terbalas.

Air mata aku mengalir tatkala ucapan 'SELAMAT HARI IBU' terpancul dari mulut aku ketika menghubungi bonda aku tadi. Rindu aku terhadap ibu aku semakin hari semakin menebal. Moga-moga beliau baik-baik sahaja.

Tumpang lalu..

Hurmmm..

Mengeluh sekejap, walaupun perbuatan itu tidak baik dalam kehidupan kita. Tapi nak buat macam mana, dugaan demi dugaan diterima, cubaan demi cubaan terpaksa di hadapi. Namun, itu bukanlah 1 alasan yang perlu kita gunakan untuk menyesal akan hidup ini kerana Tuhan sudah aturkan hidup kita sebaik yang mungkin. Waahh.. berceramah pulak si Adol Ihsan ini.

Hari ini 8 Mei 2011, genaplah 11 ketul assigment yang telah selesai di-settle-kan. Hanya tinggal seketul lagi yang perlu dibereskan untuk semester ini..

Haahh.. ambik kau..

Sedar tak sedar aku perlu menyelesaikan 12 misi bagi mencapai kejayaan aku.
(Cerita nak gempak, padahal assignment je). Hehe..

Tapi aku bersyukur pada yang Maha Esa, semua ujian Dia dapat aku tempuhi dengan jayanya.

Yang tak seronoknya, aku tak dapat meluangkan masa aku untuk blog kesayangan aku ni. Aduhaaii.. sedihnya. Tengok la entry aku untuk tahun 2011 ini, start bulan Januari sampai bulan Mac memang jelas ada peningkatan jumlah entry yang aku post-kan. Masuk je bulan April, berlakunya revolusi di mana kadar kemalasan aku untuk mengupdate blog semakin mendadak naiknya. (bagus tatabahasa kamu, ADOL IHSAN)

Ini entry yang ke-4 untuk bulan Mac, walaupun dah 8 hari kita berada di bulan ini. Aku hutang 2 entry untuk bulan ini. Oh.. itu baru bulan Mac, kalau bulan April lepas hanya ada 13 entry, April ada 30 hari. So, aku hutang 17 entry dengan Encik April. (bayar ansuran boleh??)

InsyaAllah, lepas ini aku akan cuba untuk meluangkan masa aku dengan blog ini. Juga dengan blog sahabat-sahabat aku yang lain. Aku nak mintak maaf, tak sempat nak SINGGAH, TERJAH, MASUK, MELAWAT, atau BERLEGAR-LEGAR di blog kalian semua. Tak cukup masa untuk berbuat demikian.

MAAF..!!

Tuesday, May 3, 2011

Good Luck..!!

Salam, semua..

Hari ini 3 Mei 2011. Bermulalah peperiksaan akhir bagi semester January-Mei 2011 bagi Kolej Profesional Mara, Beranang. Aku selaku penuntut kolej ini ingin berkesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menjawab peperiksaan kepada semua pelajar kolej.

Yang seronoknya bagi aku, aku hanya ada 1 paper untuk final ini. Itu pun paper English, 12 Mei nanti. Yang tak seronoknya aku masih lagi terkial-kial menghabiskan sisa-sisa assignment yang sipi-sipi nak siap.

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada diri aku. Minggu depan dah boleh balik Pahang. Rindu kampung halaman. Ok, need to continue my work..

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Guru..

Contest yang aku ingin sertai ini adalah sebuah contest yang dianjurkan oleh guru aku semasa di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Contest pertama beliau yang bertemakan 'HARI GURU'

Nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan syarat penyertaan, klik DI SINI untuk singgah ke blog beliau.


16 Mei, tarikh di mana semua guru seluruh Malaysia disambut dengan ceria. Sambutan yang dijalankan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang tak pernah jemu dan berputus asa demi mendidik anak-anak murid. Pengorbanan yang dilakukan semata-mata ingin melahirkan insan-insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Adatlah ketika mengajar ada pelajar yang kena marah, maki hamun oleh cikgu. Tapi dikata cikgu itu garang, tak ikhlas nak mengajar. Kerja nak marah aje. Namun, para pelajar masih lagi belum sedar bahawa marah itulah tanda gurunya sayang akan diri mereka. Kalau tidak, masa kan pula guru itu cuba untuk mengubah diri anak muridnya supaya menjadi insan yang lebih baik.

Mereka tak pernah jemu mendidik kita. Membantu kita dalam pelajaran. Membantu kita di alam persekolahan. Aku masih ingat, ketika aku di tadika, berusia 5 tahun. Ketika itu, aku tak dapat menghafal ejaan nama aku. Hampir tiap hari aku menghadap cikgu aku untuk diajar menulis nama aku dengan betul. Terbukti keikhlasan hati mereka dalam peranan mereka mendidik aku.

Namun masa berjalan dengan begitu pantas, pejam celik kita dah berjaya. Berjaya menggenggam kejayaan yang kita impikan selama ini. Daripada siapa kita berjaya? Daripada guru kita, guru yang mengharapkan anak muridnya cemerlang dalam hidup. Mereka tak mengharapkan apa-apa balasan pun daripada kita, mereka hanya berharap mereka boleh berkongsi kejayaan dengan anak muridnya.

"Terima kasih kepada cikgu atas ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar, dan semoga mereka terus mendidik selagi terdaya demi melahirkan insan-insan yang berguna"


"TANPA CIKGU, TIADALAH ILMU..

TANPA ILMU, SIAPALAH KITA.."


SELAMAT HARI GURU..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..