Sahabat..

Wednesday, May 18, 2011

aku takut akan kehilangan mu..

Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu pernah hadir dalam hidupku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu pernah membahagiakanku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna dirimu permata hatiku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu adalah insan yang sempurna bagiku,

Kau yang bernama cinta,
Aku sayang,
Aku sanjung,
Aku menghargai akan diri mu,

Sebesar mana pun kesalahan mu,
Aku percaya kamu tidak sedar akan apa yang kamu lakukan,
Kecewa mana pun aku terhadap diri mu,
Hanya sabar yang mampu melegakan diriku,
Selama mana pun kita tak ketemu,
Percayalah, kau tetap di hatiku,

Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna aku tak mahu hidup dalam menderita,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna tiada siapa yang mampu menemani hidupku selain diri mu,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu yang menerangi hidupku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu racun,
juga penawar dalam diriku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu cinta ku.

7 comments:

white rose said...

aduh, jiwang pulak dah budak ni...
ADOL, baik kau study je...

xyah jiwang2 ni...

dah habis blajar, baru kau jiwang2 ye...

time2 jiwang ni biar akak dgn ckgu imanshah je yg menjiwainya...

dak2 kecik tak bole sebuk2...


hahahaha...

adol ihsan said...

white rose :

Alaaa, kak... baru nak feel..

sikit aje, kasi can la.. hehe..

ibuintan said...

ha'ah jangan ngada2 nak jiwang2 time ni... peksa dah lulus lom?

bagi chan kak WR dan cikgu Iman berjiwang2 dulu...

eh1 Adol .. bagi cikgu Iman jalan dulu tak baek tau langkah 'bendul'

Alang Ridhwan said...

kau jiwang je adol, nak kesah ape?
yang penting, naluri seorang lelaki kau masih normal; ingin kan wanita.. standed orang muda, mahu bercinta, itu tidak salah, yang menjadi salah bila kau dah buat benda yang salah, ingat tuh.. teruskan jiwa berbunga, kerana tak semua orang punya kelebihan itu.. salute!

Miss Tira said...

Wow Adol so sweet. Sesiapa juga takut akan menghadapi saat kehilangan. Tapi kita kena redha ye. Allah lebih mengetahui.

Shamsuddin Amin said...

wah wah...
pandai erk mengarang kate... ^^

Siti Nurhayati Dollah said...

Semua orang takut kehilangan, tapi kehilangan tetap akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..