Sahabat..

Showing posts with label adol ihsan : islam... Show all posts
Showing posts with label adol ihsan : islam... Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan ..

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua sahabat sekalian .. =)

Moga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kita bersama..

Thursday, April 14, 2011

Fadhilat Bacaan Yassin..

Salam semua.

Alhamdulillah, selesainya aku solat Maghrib tadi terus membaca surah Yassin. Yela.. Khamis malam Jumaat kan adalah malam yang lebih afdhal bagi umat Islam untuk membaca surah Yassin. Bukan lama pun kita nak meluangkan masa untuk membaca surah Yassin ni, sekadar 15 minit sahaja. Namun masih ada lagi insan yang di luar sana yang masih lagi 'malas' untuk melakukannya.

Ketika aku bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, majlis membaca Yassin ini akan dilakukan setiap minggu dan dilakukan secara berjemaah di surau sekolah. Kadang-kala ada juga diganti dengan ceramah agama yang mana penceramah itu dijemput dari luar. Tapi jika tiada aral yang melintang, bacaan Yassin tetap diteruskan.

Seingat aku, tahun 2005 ketika aku berada di tingkatan 2 di sekolah itu, seorang ustaz yang mengajar di STAR, Ustaz Mokhtar telah mencadangkan untuk mengadakan bacaan Yassin selama 40 malam berturut-turut. Dengan itu kami pelajar STAR meluangkan masa kami semua selama 40 malam untuk membaca Yassin. Alhamdulillah, selesai juga bacaan Yassin tersebut.

Secara individu aku juga bersyukur kerana 80% aku dapat menghafal surah Yassin. Yela.. dah 40 malam berturut-turut membaca Yassin, mesti dah dapat hafal. Terima kasih aku ucap pada Ustaz Mokhtar.

Tahun 2008, aku berada di tingkatan 5. Aku pernah bercerita di blog aku mengenai kehidupan aku selama di tingkatan 5 yang mana aku mempunyai adik angkat tingkatan 1. So, nak dijadikan cerita, tiap kali malam bacaan Yassin diadakan, adik angkat aku itu mesti duduk di sebelah aku. Kami selalu ambil tempat di belakang surau, tak lah sempit sangat. Begitu juga ketika sembahyang Maghrib, dia pasti berada di saf yang sama dengan aku, dia pasti sembahyang di sebelah aku. Hal ini berlarutan untuk tahun 2008 aje sebab 2009 aku dah tamat sekolah dah.

Esshh.. dah melalut dah ni..

Berbalik kepada bab bacaan Yassin tadi, memang banyak fadhilat dengan membaca surah Yassin ini. Dan aku sertakan 1 sabda Rasulullah S.A.W :

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

" Bacalah surah Yassin kerana ia mempunyai keberkatan", iaitu :

  1. Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, dia akan kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian, dia boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin, akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara, akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan diberi kesenangan apa yang dilihat.
  7. Jika tersesat, akan sampai di tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang meninggal dunia, Allah akan ringankan seksaannya.
  9. Jika orang dahaga yang membacanya, akan hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibaca kepada orang yang sakit, akan terhindar penyakitnya itu.

Sunday, March 27, 2011

KIRI ke KANAN ?

Entry ringkas aku untuk pagi yang sangat ini. Dengan rajinnya aku meneruskan usaha menyiapkan assignment aku yang agak tertangguh. Dalam keadaan yang selesema. Tiba-tiba lapar, terus makan maggi, curry flavour. Dah habis makan, terus ke toilet untuk gosok gigi.

Malangnya,
Aku tersilap melangkah dengan kaki kanan.

Mengapa boleh jadi begitu? Entah. Aku pun tak tahu. Tapi aku masih sempat baca doanya.


Thursday, March 24, 2011

Rezeki kamu setakat ini sahaja..

Pada suatu tengahari, perut aku mula berkeroncong meminta diisikan sesuatu. Aku dan beberapa kawan aku pun terus ke cafe kolej untuk menikmati juadah tengahari. Bak kata omputih, lunch. Lauk yang menjadi pilihan, nasi putih dan ikan keli celup tepung bersama kuah masak kicap. Meleleh air liur dibuatnya. Selepas itu, aku pun terus mengambil tempat untuk makan. Tapi sebelum aku makan itu kena baca doa. Hehehe.. :)

Makan punya makan, perut dah kenyang. Tapi nasi dalam pinggan macam banyak lagi. Takkan nak buang macam itu je? Membazir pula. Membazir itu kan amalam syaitan. Last-last, aku mintak satu polisterin dari makcik cafe itu untuk aku bungkuskan makanan yang aku tak dapat habiskan itu. Boleh makan untuk petang nanti. Lagipun, memang selalu juga aku buat macam itu. Bila tak habis je, aku bungkus. Takdelah membazir sangat.

Yang sedihnya, bila aku sampai je di rumah sewa aku itu, baru aku perasan yang aku tertinggal bungkusan makanan tadi di cafe kolej sana. Aisey.. Macam mana boleh tertinggal? Kalau nak patah balik pergi ambik makanan itu semula, comfirm makcik cafe itu dah clearkan meja makan itu. Dengan makanan aku itu dia clearkan sekali.

Tak mengapalah En. Adol Ihsan, tiada rezeki untuk kamu hari ini.

Ingat, bersyukur dengan apa jua nikmat yang kita perolehi. :)


Tuesday, March 22, 2011

Sujud Sajadah..

Pagi tadi sewaktu kelas Agama Islam, ustazah aku ada menyentuh hal yang berkaitan dengan sembahyang. Tapi aku leka bermain game dalam handphone kawan aku. Haa.. itu adalah keburukan membawa handphone ke dalam kelas. Orang sibuk menuntut ilmu, kita sibuk layan perkara yang tiada faedah itu.

Berbalik kepada cerita aku, sedang leka aku bermain game, tiba-tiba ustazah bercerita tentang Sujud Sajadah. Sujud Sajadah atau Sujud Tilawah adalah perbuatan sujud yang dilakukan oleh seseorang itu apabila bertemu dengan ayat sajadah dalam bacaan Al-Quran sama ada di dalam solat atau di luar solat.

Lantas, aku terus teringatkan kembali ketika aku bersekolah di sekolah bintang sejak 2004, Sujud Sajadah ini selalu aku lakukan ketika bersembahyang Subuh secara berjemaah di surau sekolah tiap hari Jumaat. Memang menjadi rutin, imam yang juga dari kalangan pelajar akan membaca surah yang ada ayat Sujud Sajadah. Jadi, waktu sembahyang subuh itu akan menjadi lebih panjang berbanding hari-hari biasa. Ada juga pelajar yang ketika sujud itu, tak bangun-bangun sebab tertidur. Aku pun pernah juga terjadi macam itu. Mengantuk punya pasal. Kadang-kala kalau teringat balik, kelakar juga. Dalam sembahyang pun boleh tidur.

Kali terakhir aku melakukan Sujud Sajadah adalah pada tahun 2008. Dan sampai sekarang aku dah kurang melakukan Sujud Sajadah. Mungkin ketika bersolat, aku tak hafal surah yang ada bacaan Sujud Sajadah itu. Atau mungkin diri aku sendiri yang malas? :(


Sunday, January 9, 2011

sembahyang itu tiang agama..


Entry aku kali ini berkaitan dengan agama kita yang murni lagi suci iaitu Islam. Aku terdetik mahu sentuh bab agama sebab aku ada melakukan dosa pada awal pagi tadi.
Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa.
Pagi tadi aku tertinggal solat Subuh, terlajak tidur. 'Alarm' handphone aku dah bunyi. Dek kerana syaitan yang bergayut pada bulu mata aku, menyebabkan kelopak mata aku menjadi sukar nak terbuka. Tambahan pula dengan perasaan mengantuk aku yang membuak-buak, membuatkan tangan aku tanpa segan-silu menutup 'alarm' handphone aku itu.
Terus tidur tanpa mengerjakan suruhan Dia.

So, berdasarkan daripada apa yang aku cerita, aku percaya masih ramai umat Islam yang di luar sana tidak solat Subuh. Bukan itu sahaja, solat wajib yang lain pun belum tentu mereka lakukan.
Bukan aku nak cakap yang aku ni alim sangat sampai mengata kat orang macam itu, tapi hakikatnya memang macam itu.

Susah sangat ke nak sembahyang nie? Kenapa kita boleh luangkan masa untuk pasangan kita dengan masa yang lama, tetapi untuk sembahyang tidak? Cuba luangkan sedikit masa untuk menghadap Yang Maha Esa. Bukan sampai sejam pun, tak sampai 10 minit dah siap.
Sebab hidup mati kita tetap kepada Dia.
Ustaz aku pernah bercerita, kalau diikutkan sebelum ini jumlah solat untuk umat Islam lakukan seharian adalah 50 waktu. Sehinggalah berlakunya peristiwa dimana jumlah solat berkurangan sehingga hanya 5 waktu sehari. Itu pun kita masih tak mampu lakukannya.

Ibu aku selalu pesan, nak buat apa pun, buat la. Yang penting jangan tinggal sembahyang.

Aku pun ada pesan kat adik-adik angkat aku yang lain, jangan tinggal sembahyang. Dan aku harap mereka tidak meninggalkan sembahyang walau 1 waktu pun.



Allah S.W.T menceritakan di dalam Al-Quran, bahawa ahli syurga, Ashabul Yamiin telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud :

" Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke neraka? Dan mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan yang bersolat."


Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, yang bermaksud :

" Sesiapa yg memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya kepada sesiapa yang tidak memeliharanya, nescaya tiada nur baginya. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubai bin Khalaf."
Hadis riwayat Ahmad, at-tabrani dan Ibnu Hibban.


Daripada Jabir R.A. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud :

"Sesungguhnya meninggalkan solat adalah (perkara yang menghubungkan) seseorang itu dengan kufur."
Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya.



Aku ada terbaca 1 artikel tentang nisbah dosa meninggalkan sembahyang :

Untuk sembahyang subuh, jika kita meninggalkannya, kita akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. Tempoh masa itu bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

Dosa meninggalkan sembahyang zuhur diibaratkan seperti dosa membunuh 1000 jiwa orang umat Islam.

Bagi sembahyang asar pula, dosa meninggalkannya adalah seperti kita meruntuhkan Kaabah.

Jika kita tidak mengerjakan sembahyang maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya( bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).

Dan akhir sekali, jika kita meninggalkan sembahyang isyak, Allah tidak redha kita hidup di bumi ini dan digesa kita supaya mencari bumi yang lain.


Jadi, aku harap Allah teguhkan iman dalam diri aku dan aku juga dapat menjadikan diri aku seorang umat Islam yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Sembahyang itu tiang agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..