Sahabat..

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat tergempar..!!

Hujung minggu yang sungguh memenatkan. Aku dan beberapa orang rakan seperjuangan di kolej sedang bertungkus lumus menyiapkan assigment yang telah diberi oleh pensyarah kami. Sampai susah nak cari masa untuk berseronok untuk seketika. Namun, usaha tetap diteruskan sampai semua kerja kami siap.

Buat masa sekarang ini, aku sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kumpulan aku yang lain untuk menyiapkan moc meeting yang perlu dihantar dalam masa 2 hari lagi. Sepatutnya, tugasan untuk subjek English ini perlu dihantar sehari lepas. Dek kerana salah seorang ahli kumpulan kami dijangkiti demam campak, terpaksa la kami postpone tarikh hantarnya.

Baru sebentar tadi kami siap merakam lakonan kami sebagai ahli-ahli korporat yang menjayakan sebuah mesyuarat. Dan sudah tentu ada babak-babak yang tak menjadi. Kelakar. Tugasan ini perlu dihantar dalam bentuk VCD. Sebab itu kami sibuk mencari camcoder yang berkualiti tinggi dengan harapan kami akan dapat hasil rakaman yang terbaik.

InsyaAllah, akan aku upload video nya.


12 comments:

Miss Tira said...

Wow, tak sabar nak tengok lakonan ahli korporat sedang mengadakan mesyuarat tergempar. Jangan lupa pakai kot ye. Hehe.

white rose said...

fuyyooohhh...syoknye buat rakaman...

nabilah_2908 said...

setakat ni mcm mana...semua ok kan..? :)

nnti share kan lah...nk tgk yg tk jadi tu..sure kelakar..hehe.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
IKAN SEBELAH

Oasis said...

Buatlah yang terbaik. Chayok2.

gadisBunga said...

silap2 masuk youtube, pastu boleh femes tau!

hahaha...gudluck!

ibuintan said...

good luck, buat yg terbaek ok..

adol ihsan said...

Miss Tira :

Hehe.. takde pakai kot la, just baju kemeja dengan tali leher aje..
Kire korporat jugak la kan.. hehe..

:)

adol ihsan said...

White Rose :

Hehe.. memang syok, tapi penat giler..

:)

adol ihsan said...

Nabilah :

Setakat ni ok la.. cuma perlu lebih masa nak edit video tu..

Tapi yg scene yg tak jadi tu, hehe.. InsyaAllah akan diupload..

:)

adol ihsan said...

Oasis :

Makasih ya.. :)

adol ihsan said...

GadisBunga :

Hehe.. takkan la nak masuk youtube,,
segan la nanti ..

hehe ..

:)

adol ihsan said...

IbuIntan :

terima kasih, ibu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..