Sahabat..

Showing posts with label adol ihsan : bolasepak... Show all posts
Showing posts with label adol ihsan : bolasepak... Show all posts

Friday, August 31, 2012

Keputusan Undian Liga Juara-juara Eropah 2012/2013


GROUP A
FC PORTO (POR)
FC DYNAMO KYIV (UKR)
PARIS SAINT-GERMAIN FC (FRA)
DINAMO ZAGREB (CRO)

GROUP B
ARSENAL FC (ENG)
FC SCHALKE 04 (GER)
OLYMPIACOS FC (GRE)
MONTPELLIER FC (FRA)

GROUP C
AC MILAN (ITA)
ZENIT ST. PETERSBURG (RUS)
RSC ANDERLECHT (UKR)
MALAGA (ESP)

GROUP D
REAL MADRID (ESP)
MANCHESTER CITY (ENG)
AJAX AMSTERDAM (NED)
BORUSSIA DORTMUND (GER)

GROUP E
CHELSEA FC (ENG)
SHAKHTAR DONETSK FC (UKR)
JUVENTUS (ITA)
NORDSJAELLAND FC (DEN)

GROUP F
BAYERN MUNCHEN (GER)
VALENCIA (ESP)
LOSC LILLE (FRA)
BATE BORISOV FC (BLR)

GROUP G
BARCELONA FC (ESP)
SL BENFICA (POR)
SPARTAK MOSCOW (RUS)
CELTIC FC (SCO)

GROUP H
MANCHESTER UNITED (ENG)
SC BRAGA (POR)
GALATASARAY A.S. (TUR)
CFR 1907 CLUJ (ROU)

# aku setia bersama MANCHESTER UNITED ... =)

Wednesday, August 29, 2012

Keputusan Piala Malaysia 2012 (28 Ogos 2012) ..



KUMPULAN A

PKNS FC vs JOHOR FC (1-1)
JOHOR vs LION XII (0-0)

KUMPULAN B

ATM vs KELANTAN (1-1)
KEDAH vs TERENGGANU (2-1)

KUMPULAN C

FELDA UNITED vs SIME DARBY (2-3)
NEGERI SEMBILAN vs PERAK (0-0)

KUMPULAN D

T-TEAM FC vs SELANGOR (0-1)
PAHANG vs SARAWAK (6-0)

Aku anak sejati Pahang
Bangga dengan bumi Tok Gajah
Moga misi bergelar JUARA menjadi kenyataan.

Tuesday, July 17, 2012

QPR 5-0 SABAH..

  

Pasukan Queens Park Rangers (QPR) menang besar 5-0 ke atas pasukan pilihan Sabah dalam perlawanan persahabatan Siri Jelajah Asia 2012 di Stadium Likas, Sabah.

Pasukan QPR mendapat gol pertama seawal minit ke-7 hasil jaringan Bobby Zamora. Keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan. Bermula separuh masa kedua, QPR berjaya memperoleh gol kedua merusi jaringan Heidar Helguson pada minit ke-64. Selepas itu, Jay Bothroyd meletakkan QPR 3-0 selesa dihadapan apabila menyumbat gol ketiga. Gol keempat dan kelima QPR dihasilkan oleh Djibril Cisse.

Perlawanan QPR seterusnya akan menentang pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2012.

Sunday, July 15, 2012

Keluarga futsal ..

~ Majulah sukan untuk belia ~


=)

Inilah team futsal aku kat kampung. Kami ada 2 team. Player yang pakai jersey oren itu memainkan peranan sebagai penjaga gol. Aku kat sebelah kanan sekali, yang memakai jersey nombor 11. Gambar ini diedit oleh sahabatku, AIMAN (yang menyarung jersey nombor 77). =)



Sunday, April 15, 2012

Week Game #34..


Hoho.. Untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini. Perlawanan yang membabitkan pasukan teratas liga,
Manchester United menentang Aston Villa. Last week, Manchester United dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Wigan Athletic memungut 79 mata setakat ini, namun masih berkelebihan 2 mata dihadapan pencabar terdekat mereka, Manchester City.
Manchester City berjaya memungut 3 mata penuh semalam selepas membelasah Norwich City 6-1.

Saturday, February 11, 2012

Dendam terbalas..

Berakhir sudah perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Liverpool. Liverpool bertandang ke Old Trafford dengan harapan dapat mengalahkan musuh seterunya itu seterusnya mengutip 3 mata penuh.

Dan keputusan nya..

MANCHESTER UNITED 2-1 LIVERPOOL

2 jaringan pantas Manchester United berjaya diperoleh melalui penyerang berbisa mereka, Wayne Rooney masing-masing pada minit ke-47 dan 50. Gol saguhati Liverpool hadir pada minit ke-80 hasil jaringan Luis Suarez. Manchester United kini menerajui takhta liga dengan 1 mata mengatasi Manchester City yang akan menentang Aston Villa nanti.

Match of the week..

Match of the week..
VS

Selepas digantung 8 perlawanan, penyerang sensai Liverpool, Luis Suarez kembali beraksi ketika menentang Tottenham Hotspurs minggu lalu. Dan minggu ni beliau dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk menentang pasukan di tangga ke 2 liga, Manchester United.

United dilihat ingin membalas dendam atas kekalahan 1-2 kepada Liverpool di pusingan ke 4 Piala FA di Anfield. Dan minggu ni venue Old Trafford menjadi gelanggang perlawanan antara 2 pasukan gergasi ini.

Monday, August 8, 2011

Come-back win..

Pergh.. lama betul tak update laman Adol Ihsan kesayangan aku nih.. Maaflah ye, hati aku tiba-tiba membeku daripada ingin bersamanya buat seketika. Haaa.. ni dah terbuka hati aku untuk bersamanya kembali. Chewaah..

Mahu cerita apa ya.. Hmm..


Ini dia, kisah kemenangan bermakna bagi pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United apabila berjaya merangkul kejuaraan dalam PERISAI KOMUNITI. Pasukan yang bergelar 'Red Devils' ini menumpaskan jiran tetangga mereka,
Manchester City 3-2.

Gol awal City diperoleh pada minit ke-38, sumbangan Joleon Lescott. Edin Dzeko menggandakan kelebihan gol pasukannya pada minit ke-45.

Babak kedua bersambung, Chris Smalling merapatkan jurang apabila menyumbat gol pada minit ke-52. Nani menjadi penyelamat apabila menyamakan kedudukan 2-2 selang 6 minit selepas itu. Beliau sekali lagi menjadi wira United apabila menyumbat gol kemenangan pada lewat permainan.

Tu dia, 'come-back win' daripada Mnchester United. Tahniah..

Sunday, July 24, 2011

Kad kuning pertama..

Waaa... lamanya tak update blog Adol Ihsan ni. Huh.. Sibuk sikit la 2, 3 hari ni dengan kehidupan seharian aku yang mencabar. Waah.. ayat skem giler.. haha..

Baru selesai kejohanan futsal terbuka yang aku sertai di bawah kelolaan pihak kolej baru-baru ini. Perjuangan kami sepasukan hanya sehingga di peringkat suku akhir apabila kalah 1-0 di tangan pihak lawan.

Aku dihadiahkan KAD KUNING oleh pengadil perlawanan kerana sengaja menyentuh bola, menambahkan lagi rasa ralat dalam hati. Huhu.. dan itu adalah kad kuning yang pertama bagi aku sepanjang karier aku dalam arena futsal.

Kira ok la, bukan senang nak dapat hadiah yang berharga macam itu dari pengadil. Hehe..

Entry yang simple sahaja malam ini, jumpa lagi..

( hambik kau... )

Wednesday, July 13, 2011

Tewas di tangan MERIAM~~

Tamat sudah perlawanan persahabatan antarabangsa di antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Arsenal yang juga dikenali dengan nama The Gunners" sebentar tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalik ini memihak kepada pasukan ini dengan jaringan 4-0. Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Alberto Vela, dan Tomas Rosicky masing-masing telah berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu. Selepas ini, pasukan negara akan berdepan dengan pasukan Liverpool pada 16 Julai 2011 di venue yang sama.

Friday, July 8, 2011

Futsal lagi, Ipoh...

Futsal... futsal.. futsal.. Sebahagian besar hidup aku berdiri di atas platform sukan ini. Setiap minggu ada sahaja teman-teman aku yang ajak bermain futsal. Biasa nye malam la. Huhu. Seronok ke? Boleh la dan aku mencari kepuasan setiap kali bermain.

Hujung minggu ini aku gerak ke Ipoh, Perak untuk menyertai satu kejohanan futsal di sana. Target menang ke? Tak la, kami mencuba nasib sahaja selain mencari pengalaman baru bermain di tempat orang. Kalau ada rezeki kami juara, alhamdulillah.

Hah.. dah alang-alang aku dah sampai Ipoh sana nanti, aku ingat nak singgah sekolah kesayangan aku, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Rindu pulak rasa hati ini. Orang ada cakap, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sambil menyelam minum air. Tapi tujuan aku ke STAR itu bukan nak buat pekasam ke, nak minum air ke, tidak sama sekali. Hehe.. Hanya sekadar menziarahi bumi yang pernah aku tinggal untuk menuntut ilmu selain jumpa dengan junior-junior aku yang lain.

Ok, doakan kecemerlangan kami di sana. :)

Tuesday, May 17, 2011

Diriku sebagai JURULATIH (episod 2)..

Aku ada post-kan 1 entry tentang diri aku sebagai jurulatih futsal. Nak tahu macam mana pencapaian aku ketika itu, kilik DI SINI. :)

Entry kali ini aku up-kan sikit level-nya. Kalau sebelum ini aku training untuk bebudak tadika, tapi kali ini aku ditugaskan untuk melatih budak darjah 6. Budak UPSR.

Ada sebuah kejohanan futsal yang dianjurkan oleh pihak Masjid Lama, Kampung Permatang Badak. Memandangkan aku ni selalu juga la datang ke masjid tersebut, aku dilantik sebagai salah seorang jurulatih dan perlu mencari anak buah sendiri untuk dijadikan sebuah pasukan futsal. Selain aku, adik angkat (Tingkatan 4) aku pun dilantik sama sebagai jurulatih. So, aku kena challenge adik aku sendiri la. Alhamdulillah, kami berjaya mencari budak-budak untuk dijadikan sebuah pasukan.

Tiba hari kejohanan, peringkat kumpulan pasukan aku menentang sebuah pasukan sekolah agama. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami apabila berjaya menang 4-0. Perlawanan ke-2 kami bertemu dengan pasukan adik angkat aku sendiri, namun kami tak bernasib baik apabila kalah 0-2. Kalah dengan pasukan adik angkat sendiri? Hehe..

Tiba-tiba pihak penganjur membatalkan perlawanan antara pasukan aku dengan pasukan adik angkat itu atas kesilapan jadual. Entah apa masalah pun aku tak tahu. Gembira bukan main aku dan kesimpulannya, pasukan kami masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah. (Ceh.. baru 1 game, memang la takde kalah)

( Yang ber-jersey biru, team adik angkat aku. Yang tak ber-jersey, team aku )


Ok, untuk game ke-2 kami menentang pasukan kampung sebelah. Agak mudah la perlawanan itu, kami menang 6-1. Waah.. menang besar nampak? Last game peringkat kumpulan, kami teruskan dengan rentak cemerlang apabila menang 4-1 ke atas pihak lawan.

Berehat untuk seketika sebelum perlawanan separuh akhir dijalankan.

Lawan pasukan aku untuk peringkat separuh akhir ini juga merupakan pasukan dari kampung sebelah. Rata-rata pemain mereka mewakili sekolah masing-masing. Agak gentar juga lah. Namun, kami tewas dengan jaringan 1-2.

Untuk penentuan tempat ke-3/4, pasukan aku bertemu dengan pasukan sekolah agama yang kami bertemu di awal kejohanan. So, ini kali-2 kami bertemu. Alhamdulillah, kami menang 4-1 dan berjaya merangkul tempat ke-3.

Pasukan adik angkat aku layak ke peringkat final apabila menang 4-3 menerusi sepakan penalti di separuh akhir dan bertemu dengan pasukan yang kalahkan kami di peringkat yang sama. Syukur, pasukan adik angkat aku itu berjaya bergelar juara apabila menang 3-1 juga menerusi sepakan penalti.

Tempat ke-3


Naib juara


Juara

Keputusan muktamad, pasukan aku meraih tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. Hah? Kejohanan sebelum ni tempat ke-3, kali pun tempat ke-3 lagi ke? Tak mengapa lah, bangga dengan pencapaian sendiri, Adol Ihsan. Yang tak best nya, kalah dengan pencapaian adik angkat aku. Huhu..

Pasukan Juara


Sekian.

Saturday, May 14, 2011

Tahniah Manchester-Manchester..

Tahniah. Pasukan gergasi Eropah, Manchester United berjaya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas seri 1-1 menentang pasukan Blackburn Rovers di tempat lawan. Jaringan penyamaan oleh Wayne Rooney menerusi sepakan penalti membolehkan 1 mata berjaya dikutip dan melayakkan mereka untuk bergelar juara bagi kali ke-19.


Glory-glory Manchester United.

Tahniah juga untuk pasukan Manchester City apabila berjaya merangkul Piala FA selepas menundukkan pasukan Stoke City di Stadium Wembley. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Yaya Toure pada minit ke-75.

Thursday, May 12, 2011

Diriku sebagai JURULATIH..

Entry kali ini ingin aku ceritakan tentang arena bola sepak, sukan nombor 1 di dunia. Punyalah terkenal sukan ni sampai setiap pelusuk dunia bermain sukan ini. Chelsea, Manchester United, Barcelona, Real Madrid, Liverpool, dan Arsenal antara kelab bola sepak paling hebat di dunia. Siapa tak kenal dengan Sir Alex Ferguson, Arsene Wenger, Jose Mourinho, dan ramai lagi jurulatih-jurulatih profesional yang berjaya membimbing pasukan masing-masing mencapai kejayaan. Waahh.. power ayat kau, Adol Ihsan.

Cakap tentang jurulatih, aku pun ada pengalaman menjadi jurulatih. Tapi sebagai jurulatih pasukan futsal la. Ok la tu, ada juga kena mengena dengan bola sepak, hehe..

2 tahun lepas, aku dilantik sebagai jurulatih futsal oleh mak saudara aku untuk pasukan futsal tadika KEMAS di kampung aku. Aku ni tidak lah hebat sangat, tapi basic dalam permainan ni ada lah sikit-sikit. First day start coaching, 'SAKIT'. Ingat senang ke nak melatih budak-budak? Orang suruh sepak bola, boleh pulak pergi main pasir. Aduhh.. Degil nya. Training tak sampai 10 minit, dah berehat. Rehat sampai setengah jam pulak tu. Sabar aje lah. Budak-budak..

3 hari kami berlatih. Tiba hari kejohanannya. Semua pemain aku di-sponsor-kan dengan set jersey bertemakan pasukan Perancis, warna putih. Nampak la keseragamannya. Perlawanan pertama peringkat kumpulan agak memberangsangkan, kami menang 2-0. Alhamdulillah. Gembira mereka semua. Game ke-2, kami menang juga. Tapi menang tanpa bertanding, pihak lawan gagal menghadirkan diri dan kemenangan 3-0 dihadiahkan kepada kami. Game ke-3, kami seri 0-0. Namun, kami berjaya ke peringkat separuh akhir. Kelihatan semua pemain dah penat-penat belaka. Muka masing-masing dah nampak tak berdaya nya.

Sedang kami berehat sementara tunggu perlawanan separuh akhir bermula, tiba-tiba kapten pasukan aku terkencing dalam seluar. Entah macam mana boleh jadi begitu, aku pun tak tahu. Boleh pulak dia tersengih-sengih. Gugup kot. :)

Perlawanan separuh akhir kami berkesudahan dengan kami kalah menerusi sepakan penalti, 4-5. Tipis. Dan untuk penentuan tempat ke-3/4, kami berjaya menang dengan jaringan 2-1. Alhamdulillah. So, keputusan muktamad pasukan kami hanya berjaya menduduki tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.

Ketika acara penerimaan hadiah, ada dalam kalangan pemain-pemain aku menangis sebab hanya dapat sijil. Walhal, pasukan pertama dan kedua masing-masing dapat hadiah. Hadiah kereta kawalan jauh pulak tu. Mana tak dengki budak-budak ni. Tergelak juga tengok telatah-telatah mereka ni.

Itu langkah pertama aku sebagai jurulatih. Ada lagi kisah aku yang lain. InsyaAllah akan aku post-kan entry berkenaan diri aku sebagai jurulatih, EPISOD 2. Hehe..

Wednesday, February 16, 2011

keputusan Liga-liga Juara Eropah 2011..

Entry kali ini ringkas sahaja, berkenaan keputusan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah peringkat 16 pasukan terbaik.

Awal pagi tadi menyaksikan wakil dari Sepanyol, Valencia hanya sekadar seri 1-1 dengan Schalke 04. Valencia membuka jaringan pada minit ke-16 hasil jaringan Roberto Soldado. Namun, Raul Gonzalez berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-64 buat Schalke 04.

Dalam perlawanan lain, Peter Crouch menjadi wira bagi Tottenham Hotspurs selepas gol lewat beliau berjaya menghadiahkan kemenangan buat pasukannya ke atas AC Milan. Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-80 selepas hantaran dari pemain sayap Spurs, Aaron Lennon berjaya disempurnakan oleh Peter Crouch.

Aksi Peter Crouch selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan.


AC Milan akan berkunjung ke Stadium White Hart Lane bagi perlawanan timbal balik kedua menentang Tottenham Hotspurs pada 9 Mac 2011. Begitu juga dengan perlawanan di antara Schalke 04 menentang Valencia yang mana Schalke 04 menjadi tuan rumah di Stadium Arena Aufschalke.

Monday, February 14, 2011

Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 : 16 pasukan terakhir..

Berikut adalah jadual perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 bagi peringkat 16 pasukan terakhir.


Selasa, 15 Februari 2011

Valencia vs Schalke 04
AC Milan vs Tottenham Hotspurs


Rabu, 16 Februari 2011

Arsenal vs Barcelona
AS Roma vs Shakhtar Donetsk


Selasa, 22 Februari 2011

Olympique Lyonnais vs Real Madrid
FC Copenhagen vs Chelsea


Rabu, 23 Februari 2011

Inter Milan vs Bayern Munich
Olympique Marseille vs Manchester United

Wednesday, February 2, 2011

rekod perpindahan termahal England..


Dunia bolasepak digemparkan dengan 1 perpindahan pemain yang berlaku di England. Penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan Chelsea selama 5 setengah tahun. Beliau menyertai Chelsea dengan rekod harga £50 juta (RM245.5 juta) dan menjadi diri beliau sebagai pemain termahal di England.

Sebelum ini, rekod perpindahan termahal di England dipegang oleh penyerang Manchester City, Carlos Tevez apabila beliau berhijrah dari Manchester United pada 2009 dengan harga £47 juta (RM230.8 juta). Penghijrahan Torres ke Chelsea menjadikannya perpindahan yang ke-4 tertinggi di dunia.

Torres dijangka akan diturunkan pada aksi sulung beliau ketika menentang bekas pasukan lamanya, Liverpool di Stamford Bridge pada Ahad ini, 6 Februari 2011. Apa agaknya reaksi yang akan diberikan oleh penyokong Liverpool terhadap Torres.



Berikut adalah 10 rekod perpindahan termahal di dunia :


1. Cristiano Ronaldo = Manchester United - Real Madrid (2009), £80 juta.

2. Zlatan Ibrahimovic = Inter Milan - Barcelona (2009), £56.5 juta.

3. Kaka = AC Milan - Real Madrid (2009), £56 juta.

4. Fernando Torres = Liverpool - Chelsea (2011), £50 juta.

5. Zinedine Zidane = Juventus - Real Madrid (2001), £46.5 juta.

6. Luis Figo = Barcelona - Real Madrid (2000), £37 juta.

7. Hernan Crespo = Parma - Lazio (2000), £35.5 juta.

8. Andy Carroll = Newcastle United - Liverpool (2011), £35 juta.

9. David Villa = Valencia - Barcelona (2010), £34 juta.

10. Gianluigi Buffon = Parma - Juventus (2001), £32.6 juta.

Sunday, January 9, 2011

Keputusan FA Cup..


Akhirnya 'Red Devils' berjaya menewaskan 'The Reds'.
Manchester United (MU) terus melebarkan penguasaan mereka musim ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan bermasalah, Liverpool.

Pengadil perlawanan, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti kepada MU apabila penyerang mereka, Dimitar Berbatov dijatuhkan dalam kotak penalti.
Ryan Giggs tidak mensia-siakan peluang dengan mengambil sepakan itu seterusnya memberikan gol kemenangan kepada MU.

Kapten Liverpool, Steven Gerrard dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana mengasari pemain MU, Michael Carrick.
MU berpeluang menggandakan kelebihan mereka namun percubaan Jonathan Evans terkena tiang.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Antara keputusan lain :

Arsenal 1-1 Leeds United
Fulham 6-2 Peterborough United
Stevenage 3-1 Newcastle United
Scunthrope United 1-5 Everton
Tottenham Hotspur 3-0 Charlton
Millwall 1-4 Birmigham City
Blackburn Rovers 1-0 Queens Park Rangers
Bolton Wanderers 2-0 York City
Brighton 3-1 Portsmouth
Hull City 2-3 Wigan
Sheffield United 1-3 Aston Villa
Stoke City 1-1 Cardiff City
Sunderland 1-2 Notts Country
West Ham 2-0 Barnsley


Saturday, January 8, 2011

manchester united vs liverpool..


Pusingan ketiga Piala FA 2011 akan menemukan Manchester United (MU) dengan Liverpool. Boleh dianggap sebagai 'Match of The Week' la..

Pengurus Liverpool, Roy Hodgson menaruhkan jawatannya untuk perlawanan ini atas kegagalan beliau mengembalikan semula prestasi Liverpool yg semakin merundum.
Liverpool hanya berkedudukan di tangga ke-12 dalam carta Liga Perdana Inggeris 2010/2011 dan hanya menang 7 daripada 20 perlawanan mereka.

Berlainan pula dengan MU. Mereka berada di tangga teratas liga dengan berkelebihan 2 perlawanan dan tidak pernah tewas selepas 20 perlawanan.
Namun, mereka pernah dibelasah 4-0 oleh West Ham United dalam perlawanan Carling Cup hujung bulan Oktober lalu. Kira kekalahan pertama musim ni la.. :)

Kalau kita tengok atas kertas, MU boleh menang dengan mudah perlawanan ini. Tapi kena ingat, Liverpool yg tengah bergelut untuk bangkit dalam prestasinya menang 2-0 ke atas Chelsea awal bulan Oktober lepas. 1 keputusan yg tak dijangka. Hehehe..

Untuk game ni, akan berlangsung di Old Trafford. So, aku harap MU boleh menang match ini.

Glory, glory Man United...

Thursday, September 23, 2010

pencapaianku..



Alhamdulillah.. Akhirnya selepas 2 hari sesi pemilihan untuk mewakili kolej dalam sukan bola sepak, aku tersenarai sebagai salah seorang pemain.
Aku adalah pemain yang terakhir dipilih jurulatih untuk bermain bersama pasukan seramai 15 orang.
Kejohanan KASUKMA nanti akan diadakan di Kolej Mara, Banting.
Banyak la jugak sukan yang dipertandingkan seperti futsal, bola jaring, bola sepak, dan lain-lain.
Tapi yang paling penting aku harap aku dapat la bantu pasukan bola sepak kolej kat kejohanan tu nanti.

Bermula hari Sabtu, 25 September 2010 sehingga hari Rabu, 29 September 2010 pihak kolej aku akan mengadakan latihan pusat untuk pasukan bola sepak.
30 September 2010 barulah kejohanan KASUKMA itu bermula.
Yang buat aku risaunya, assignment dah la banyak yang tak setel lagi.
Minggu tu da confirm aku takde kelas, so kena kejar balik la pelajaran yang aku tertinggal nanti.
Harapa semua berjalan dengan lancar je..

Yang menariknya, untuk aku mewakili kolej dalam bola sepak ni, aku kena pakai contact lens.
Pihak pengurusan nanti tak membenarkan aku memakai cermin mata masa game nanti.
Yelaa.. Takut apa-apa jadi kat aku.
So, nak taknak aku kena la beli sepasang contact lens.
Sebelum nie aku memang takde pengalaman dalam bab pakai contact lens nie. Tu yang buat aku risau sikit nie.
Jadi, aku kena la menyesuaikan diri nanti. Huhu,,

So, kena spend duit sikit la nanti.
Last sekali, harap la aku dapat main dengan baik nanti. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..