Sahabat..

Showing posts with label adol ihsan : gambar... Show all posts
Showing posts with label adol ihsan : gambar... Show all posts

Friday, October 5, 2012

jadi Tuan Majlis pulak ..

Huiyoo .. Lame giler tak update laman tersayang ku ini.. Tersangat-sangat lah sibuk nye. Baru selesai majlis Grand Dinner HND CSD 2012 yang berlangsung di Dewan Sri Gema, kolej aku. Majlis makan malam yang dikhaskan untuk course Higher National Diploma in Computer Software Development.

Dan aku adalah MASTER of CEREMONY pada malam itu. Poyo ! =)



Tuesday, April 24, 2012

Biar gambar bercerita..



Pic yang di-snap time jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah bersama kawan-kawan kolej. :)

Tuesday, January 31, 2012

Insan terhebat aku..

Huh.. Entry aku kali ini tak mau nak cakap-cakap. Just nak post 1 gambar yang ter-SANGAT-lah HEBAT-nya. Gambar ni dah menang 'PICTURE OF THE YEAR" dalam mimpi aku hari tu. Kira memang terbaik la gambar ni. Perghh..

Hah.. apa-apa pon anda semua nilaikan sendiri yee..


my IBU, my BAPAK ..

Haa.. inilah gambar yang aku maksudkan. Macam mana? Romantik tak? Bak kata omputih, CWEET tak? Inilah 2 orang insan yang paling hebat pernah aku miliki. Memang tiada tolok banding, galang ganti. Kira 2 orang insan ini adalah satu-satunya, eh.. silap, dua-duanya dalam dunia ni. Hehe..

LOVE both of them very much.. :)

Tuesday, July 26, 2011

Sepetang di FLORIA 2011, Putrajaya..

Hah.. teringin nak share gambar-gambar yang sempat aku snap ketika karnival FLORIA 2011 yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini. Aku ke sana bersama sahabat-sahabat aku yang lain. Mereka ke sana atas sebab assignment, yelaa.. semua budak tu amik kursus agro-bisnes. Aku ni je yang sesat, amik kursus bisnes komputer tapi join budak agro. Why not kan? Hehe.. Aku snap pakai kamera handphone murah aje.. So, maaf la dengan kualiti gambar yang tak memuaskan.


Antara pelbagai jenis bunga yang berjaya menarik pengunjung..


Seni bina landskap yang kreatif..


Hah.. kan comel kereta sorong cam nie..


.

.
Another landscapes..

.
.
Warna-warni kaler dia ye tak.. hehe,,

.

.
Merah menyala warna bunga tu..


Sekian buat masa ini. Nanti akan aku post lagi gambar-gambar menarik ketika di sana.

Thursday, March 24, 2011

Berhari raya di tepi pantai..


Lokasinya di Pantai Sepat dan waktunya adalah pada waktu siang. Hehehe..
Gambar ini sempat disnap ketika aku dan rakan-rakanku ke daerah Pekan, Pahang untuk melawat seorang rakan kami, Iqram. Rumahnya agak terpencil di dalam kawasan ladang kelapa sawit, membuatkan kami sukar untuk menjejaknya. Macam National Geographic la pulak.

Kami ke sana dengan menaiki 2 buah kereta. Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di tepi pantai ini untuk menghirup udara segar, lepak-lepak sesama kami, dan kami juga bermain pasir. Huhu..

Tapi kenapa kami berpakaian Baju Melayu? Yang sebenarnya, ketika itu adalah Hari Raya Aidilfitri. Kira kami datang beraya di rumah si Iqram ni la. On the way balik, kami singgah 'beraya' di tepi Pantai Sepat ini. Yang sedihnya, kuih rayanya dah habis.

Cuba teka, yang mana 1 Adol Ihsan? :)

Monday, March 21, 2011

Kepala-kepala bulat..


Gambar ini disnap ketika tamatnya Kem Jabatan Pertahanan Awam yang aku sertai bersama rakan-rakanku yang lain di Seremban, Negeri Sembilan. Semua peserta kem diwajibkan memBOTAKkan kepala mereka. Oppss.. untuk peserta LELAKI sahaja.

Termasuklah aku. Dengan rasa hati yang sangat berat, terpaksalah aku mengucapkan selamat tinggal kepada rambutku yang panjang. Bulat terus kepala aku. Jelas terasa ringan nya.

Cuba teka, yang mana satu kepala Adol Ihsan? Haha..

Wednesday, March 9, 2011

Indah ciptaanNya..

Gambar yang aku snap ini berlatar belakangkan pemandangan Empangan Semenyih. Kebetulan aku menyertai rakan-rakanku yang lain berpicnic di Air Terjun Gabai. Untuk ke sana perlu melintasi empangan ini dan kami singgah sebentar untuk berehat dan ada antara kami yang mengambil gambar termasuk aku.

Pemandangannya yang agak cantik membuatkan hati aku tenang. Ciptaan Tuhan yang tak terperi keindahannya itu sedikit sebanyak membuktikan kebesaranNya di muka bumi ini. Kalau ada peluang, bolehlah aku berkunjung ke sana lagi.

Sunday, February 27, 2011

gambar 'favourite' ku ..


Gambar ini di'snap' ketika aku ber'picnic' di air terjun Sungai Tekala bersama rakan-rakan kolej aku. Gambar spontan yang sempat di'snap' ini merupakan gambar yang terbaik pernah aku ada. Dan mungkin lepas ni, aku akan upload mana-mana gambar yang aku rasa cantik, terbaik, dan bermakna bagi aku.

Saturday, February 19, 2011

gambar 'old skool' lagi..

Lagi entry dari aku berkaitan dengan gambar yang mengulit kenangan silam aku..

Lokasi : Pantai Teluk Cempedak..


Sunday, February 13, 2011

gambar 'old skool'..

Kali ini aku mahu berkongsi 2 gambar yang sedikit sebanyak mengulit kenangan silam aku ketika aku masih kecil.

Aku pun tak pasti berapa usia aku ketika gambar ini di'snap'. Perempuan yang memakai gaun wana pink itu adalah sepupu aku yang sebaya dengan aku. Nasib baik aku masih simpan gambar-gambar ini. Old Skool..


waahh.. senyum lebar aku !!


ohh.. comelnya,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..