Sahabat..

Showing posts with label adol ihsan : dunia... Show all posts
Showing posts with label adol ihsan : dunia... Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Pingat Emas Olimpik 2012 = Baskin Robbins


Harapan yang tinggi diletakkan oleh semua rakyat Malaysia untuk melihat kontinjen negara meraih pingat emas dalam temasya Olimpik 2012 di London. Peluang itu tertumpu kepada atlet badminton perseorangan lelaki iaitu Lee Chong Wei apabila berjaya mara ke pentas final dalam acara tersebut. Lawan beliau di final  nanti ialah pemain no. 1 dunia, Lin Dan yang mewakili pasukan China. 

Syarikat ais krim  Baskin Robbins akan memberikan hadiah ais krim kepada seluruh rakyat Malaysia andai kita meraih pingat emas. Jadi, perlawanan final ini akan menentukan adakah kita berjaya meraih pingat emas pertama Olimpik dan juga kegembiraan rakyat Malaysia mendapat ais krim Baskin Robbins secara percuma. 

Di peringkat separuh akhir, Lee Chong Wei berjaya menewaskan Chen Long straight set. Beliau mengambil masa selama 23 minit untuk menang 21-13 pada set pertama. Set kedua, Lee Chong Wei menang 21-14 dalam masa 28 minit. Jadi, mari lah kita sama-sama memberi sokongan padu kepada atlet harapan negara kita menewaskan Lin Dan di pentas final nanti.

Sunday, March 13, 2011

Amaran TSUNAMI..


Seperti yang kita sedia maklum, negara matahari terbit, Jepun telah ranap dihempas ombak jahat yang dikenali sebagai TSUNAMI. Negara yang paling utara itu telah digegarkan oleh 1 gempa bumi berukuran 8.9 pada sekala Richter yang kemudiannya tercetusnya tsunami setinggi 10 meter yang telah memusnahkan beribu-ribu tempat tinggal di beberapa bandar di kawasan pantai negara itu dan mengorbankan banyak nyawa.


Sekarang aku berada di rumah saudara aku di Paka, Terengganu untuk memeriahkan majlis perkahwinan saudara sebelah ibu aku. Perjalanan dari Kuantan ke sini memakan masa selama 2 jam. Dalam keadaan hujan, aku memandu dengan berhati-hati. Sampainya di rumah saudara aku itu, aku menghempaskan diri aku ke katil untuk berehat.

Seketika tadi, aku dikejutkan dengan berita bahawa kawasan Paka diletakkan dalam situasi yang berjaga-jaga. Seorang ahli bomba telah datang ke rumah saudara aku ini untuk menyampaikan berita tersebut. Kami sekeluarga masing-masing takut. Dalam pada itu, semua penghuni di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa. Sebelum ini pun, kawasan pesisiran pantai di Terengganu telah diletakkan dalam keadaan yang berjaga-jaga.

Siren di pelantar minyak di Kerteh sudah beberapa kali dibunyikan menandakan ada sesuatu yang bakal berlaku. Hanya 1 perkara yang bermain dalam fikiran aku, tsunami bakal melanda di kawasan yang aku duduki sekarang. Perasaan aku ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa takutnya, panik, semua perasaan itu ada. Nak menangis pun ada.

Ketika aku melalui kawasan pesisiran pantai tadi, kelihatan ombak yang menghempas pantai seperti biasa sahaja. Tiada tanda-tanda yang luar biasa. Namun aku kena ingat, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Allah Maha Besar.

Semoga bencana alam itu tidak terjadi di negara Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan aku sekarang ini. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..