Sahabat..

Showing posts with label adol ihsan : C70... Show all posts
Showing posts with label adol ihsan : C70... Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Pisang Tidak Berbuah 2 Kali..

Entry aku sebelum ni pernah menceritakan tentang Honda C70 aku yang telah bergabung tenaga dengan minyak petrol Ron97. Waah.. tu pun secara tak sengaja. Kalau nak tahu ceritanya, klik DI SINI.

Tapi pisang tak berbuah dua kali. Kali ini aku telah memilih minyak yang betul untuk diisi ke tangki minyak C70 aku. Siap FULL lagi tu. Sebelum ini aku memilih Ron97 kerana warna nozzle nya hijau. Warna kegemaranku. Namun, aku terpaksa memilih nozzle yang berwarna kuning, yakni mewakili minyak Ron95.

"Abang.. Pam 8, RM5, warna KUNING.." kataku dengan penuh yakin.

FULL TANK !!

(full tank ..)

Saturday, February 19, 2011

CAC 5511 'berkawan' dengan Ron 97..











Aku baru pulang dari membeli barang-barang keperluan di Tesco, Semenyih. Ditemani dengan sahabat aku, Aspa kami pergi menaiki Honda Cup kesayangan aku. Selepas mengeluarkan duit daripada ATM Bank Rakyat, aku terus 'membeli belah' di Tesco dan memandangkan hari Sabtu merupakan 'Hari Tanpa Beg Plastik', jadi ramai pelanggan Tesco yang menyokong kempen itu dengan membawa beg plastik sendiri. Tapi aku tidak, aku tetap meminta 'cashier' itu beg plastik dan dikenakan cas sebanyak 20 sen. Oh.. aku masih tidak sedar akan kepentingan kempen ini bagi menjaga bumi yang aku jejak sekarang ini.

Atas ajakan Aspa, kami makan tengah hari di KFC. 'Snack Plate' menjadi pilihan.

Sebelum pulang ke kolej, aku mengisi minyak di stesen minyak Petronas berdekatan. Sampai di sana, aku terus ke kaunter bayaran.

"Kak, pam 8 Rm2 ye .." aku berkata.
"Kuning ke hijau?" dia bertanya dan aku menjawab, "Hijau, kak".

Aku terus ke pam 8 untuk mengisi minyak. Dalam hati aku dapat merasakan sesuatu yang tak kena. Aku pun terus mengisi minyak. Aikk.. macam sikit je minyak yang aku isi ini. Oh.. rupa-rupanya aku isi Ron 97, patutlah sikit.

Ron 97 / hijau = RM2.40 seliter.
Ron 95 / kuning = RM1.90 seliter.

Selama ini memang aku gune minyak Ron 95, murah sikit. Tapi kenapa tiba-tiba kali ini aku tersalah pilih minyak? Hm.. pelik.


Kesimpulannya, aku bangga motosikal CAC 5511 aku guna minyak mahal. Secara tak sengaja. :)

Friday, January 14, 2011

pengalaman pertama bersama 'roadblock'..

Untuk pertama kalinya dalam tahun ini, aku menaiki motosikal aku untuk ke Kajang. Perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa masalah, cuma ada 1 perkara yang menarik perhatian aku. Aku berjaya melepasi 'roadblock' polis.


Masa itu aku dalam perjalanan balik ke Beranang. Dari jauh aku perasan yang trafik semakin perlahan, hati aku berbisik mungkin ada kemalangan di hadapan. Aku tak fikir ada polis buat 'roadblock' sebab sebelum ini memang tiada langsung 'roadblock' yang polis buat.
Tiba-tiba seorang anggota polis suruh aku 'stop'. Dia tu agak bermisai macam 'Sarjan Misai'.

Soalan yang biasa ditanya,

" Tengok lesen.."

Aku pun tunjuk la lesen aku. Lepas itu, dia minta nak tengok 'roadtax' pulak.
Kebetulan 'roadtax' motor aku ada pada kunci, so takde la susah-susah aku nak tunjuk pada dia.
Lepas dia berpuas hati, dia lepaskan aku.

Alhamdulillah...
Yang kelakarnya, selama aku menaiki motosikal ni, aku tak pernah pun bertembung dengan mana-mana 'roadblock'. Inilah kali pertama, pendek kata kira sebagai pengalaman pertama mengharungi sekatan jalan raya, chewaahh..

Ingatan kepada yang lain dan diri aku sendiri, berhati-hati di jalan raya.

Tuesday, January 11, 2011

CAC 5511 : akhirnya kita bertemu..


Akhirnya, motosikal kesayangan aku menyentuh tayarnya di bumi Kajang.
Perjalanan yang jauh dari Kuantan mengambil masa selama 7 hari sejak minggu lepas. Mungkin menggunakan lori, Nationwide Express telah berjaya membawa motosikal aku dengan selamat.

Dengan bertemankan kawan aku, Shah, selepas selesai mengisi borang di kaunter pengambilan barang, aku terus memanaskan enjin motosikal yang tak berapa nak panas lagi.
Cek tayar, OK. Minyak, kurang OK. Lampu depan dan belakang, OK. Signal kiri dan kanan, TAK OK.

Hmmm... mengeluh hatiku.
"Dia buat hal lagi.."

Signal motosikal tu memang ada masalah sikit. Entah apa yang tak kena aku pun tak tahu. Nak taknak, bawak juga la moto tu. Takkan nak tinggal situ kot.
Dalam perjalanan balik itu, hati aku tak tenang fikir pasal signal tu. Fokus kepada trafik hilang.
Sehinggalah, aku terbabas.
Aku terlanggar lopak air, terus ke kiri motosikal aku itu. Aku tekan brek. Berdebar juga masa itu.
Shah yang mengekori aku dari belakang terus memberhentikan motosikalnya. Bukannya mahu menolong, tapi ketawa menggelakkan aku.

Sambil menarik nafas panjang, aku menyambung perjalanan balik ke rumah.

Aku rancang mahu menghantar motosikal aku ke bengkel untuk baiki masalah itu. Tengok la kalau keadaan mengizinkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..