Sahabat..
Friday, October 5, 2012
jadi Tuan Majlis pulak ..
Monday, August 27, 2012
Tuhan lebih sayangkan dia ..
Aku sempat menghabiskan masa aku dengan dia pada malam sebelum dia pergi. Atas permintaan arwah, aku membantu dia menyiapkan assignment English dia yang perlu dihantar pada pagi Jumaat itu. Dan malam itu adalah malam terakhir aku lepak bersama dia.
Sunday, August 26, 2012
Back to the BASICS ...
Segala masalah yang masih belum selesai itu aku perlu ketepikan seketika untuk memberi laluan kepada perkara-perkara yang lebih penting di kolej aku ni. Bukan aku cakap semua masalah itu tak penting, TAK ! Cuma kalau aku nak selesaikan dengan cepat pun tiada gunanya jugak sebab aku sekarang berada di kolej walhal masalah-masalah tu berada jauh dari aku. Mungkin ianya akan selesai bila aku dapat pulang bercuti lagi untuk lain masa.
Aku berdoa moga segala apa yang aku hajati akan termakbul dan moga segala-galanya baik-baik aje .. =)
Sunday, July 15, 2012
Keluarga futsal ..
Wednesday, May 23, 2012
bila kita bercakap tentang HATI..
![]() |
| ~ jangan sakitkan hati insan yang menyayangi diri kita ~ |
Wednesday, April 25, 2012
Luka lama berdarah kembali..
Ape-ape pun, sakit itu penghapus dosa. :)
Sunday, April 22, 2012
Weekend yang bukan untuk aku..
- JUMAAT hari yang mengantuk, sampai tertidur dalam kelas agama.
- Si DIA keluar jalan-jalan meninggalkan aku keseorangan di kolej, last-last ada emergency kes di pertengahan jalan dia.
- Keluar lepak dengan kawan-kawan, tapi amat membosankan. Sampai pukul 2 pagi. Boleh pulak diaorang bercerita pasal hantu-hantu nie. Aku dah la lemah semangat bab-bab ni.
- Balik rumah dalam pukul 6 pagi, dalam ketakutan. Kot-kot lah kan ade 'benda' ikut.
- SABTU dijangkiti selesema dengan tiba-tiba. Susah nak bernafas.
- Keluar malam dengan si DIA dalam keadaan yang tak selesa dek kerana selesema.
- Kalah 'bet' dengan si DIA. 2 kali pulak tu.
- Terpaksa hantar dia pulang ke hostel dengan kereta atas sebab gate belakang kolej dah berkunci. Ayat punya ayat dengan pak guard, alhamdulillah lepas.
- Laptop masuk virus, 2 kali.
- AHAD pagi terbangun lewat, makan nasi tengah hari tak habis. Membazir.
- Keluar jalan-jalan dengan si DIA. Baju comot terkena air coklat. Dah jadi sepelet.
- Balik rumah dalam keadaan basah kuyup dek kerana hujan.
- Manchester United seri 4-4 dengan Everton.
Wednesday, April 18, 2012
Slurpee..
Sunday, April 15, 2012
Hajat Tercapai..
Wednesday, February 1, 2012
Permainan zaman kecik-kecik..
Tuesday, January 31, 2012
Welcom Home, Sir !!!
Thursday, September 22, 2011
kisah erti sayang..
Friday, August 19, 2011
Aku Suspek DENGGI..??
Bacaan : hari pertama : 207
Hari kedua : 193
Hari ketiga : 173
Hari keempat : 155
Aku tak pasti la sama ada aku nak ke klinik lagi ke tidak. Tengok keadaan. Ada orang cakap kalau nak tambah kadar platelet darah dalam badan, minum jus kiwi dan makan sup ketam. Itulah, aku kena dapatkan jus kiwi untuk badan aku.
Moga semua baik-baik sahaja.
Monday, August 8, 2011
Abang..! Adik nak mintak tolong..!!
Tuesday, August 2, 2011
Cadbury pon jadi lah..
Monday, July 25, 2011
rezeki durian ..
Terbukanya 1 kancing butang baju...
Ini kisah aku,, :)
Memandangkan aku mempunyai beberapa orang adik angkat lelaki di kampung, aku banyak menghalang mereka daripada bebas melakukakan perkara-perkara yang tak sepatutnya dalam kehidupan mereka. Sebagai abang, aku berhak menjaga keselamatan mereka disamping memastikan tiada apa-apa masalah antara kami adik-beradik.
Aku ini jenis yang agak suka mengongkong la.. hehe,, . Aku melarang sekeras-kerasnya adik-adik aku daripada menunggang motosikal di jalan raya dan itu adalah antara ‘peraturan’ yang aku wujudkan antara kami. Iyelah, mereka masih budak-budak, aku rasa belum masa yang sesuai untuk mereka menunggang motosikal tanpa pengawasan. Nanti kalau jadi apa-apa yang tak diingini nanti, siapa yang susah? Ibu bapa mereka juga. Tapi itu cerita dulu dan kira ok la sebab mereka tidak melanggar peraturan itu. Huhu.. Bagus jugak la budak-budak nie.
Dan pada 15/6/2001, aku ‘memansuhkan’ peraturan itu dan aku memberi kebebasan kepada adik-adik aku untuk menunggang motosikal. Usia mereka dah semakin meningkat dan mereka telah memasuki alam persekolahan menengah. Sebab itu aku merasakan yang masanya sudah tiba untuk mereka sedikit sebanyak belajar perkara-perkara sebegini. Sampai bila aku mahu mengongkong mereka?
Mula-mula mereka macam tak percaya dengan kata-kata aku. Iyelah, tiba-tiba aje bagi diaorang menunggang motosikal, macam ada udang di sebalik batu aje. Hehe.. tapi aku serius, dan jelas kegembiraan di wajah mereka. Dan 1 pesan aku kepada adik-adik aku semua itu, bawa motosikal jangan laju-laju. Mereka angguk tanda faham.
Salah seorang adik angkat aku itu bertanya, “Kenapa abang buat macam ni?”
“Cuba bayangkan jika kita memakai baju kemeja dengan mengancing butang sampai ke atas. Mesti rasa panas dan rimas. Apa kata kita buka kancing butang yang paling atas dahulu. Mesti rasa lega sikit kan? Dan dari masa ke masa kita buka semua kancing butang itu satu persatu sehingga kita tak berbaju. Apa rasanya? Bebas…
Dia angguk sambil tersenyum.
Aku dah longgarkan sedikit peraturan antara kami adik-beradik supaya mereka tak terasa kongkongan dalam kehidupan mereka. Sampai bila nak berada di takuk yang lama dan kadang-kala kita kena ubah cara kehidupan kita supaya lebih selesa. Aku harap mereka faham dengan apa yang aku buat untuk diri mereka.
Wednesday, July 20, 2011
Tapi kalau fikir balik...
Dah bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar SEMESTER 5 di Kolej Profesional Mara, Beranang. Sedar tak sedar sudah 2 tahun setengah aku menuntut ilmu di kolej itu dalam bidang komputer. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan dengan lancar termasuk keputusan cemerlang yang aku dapat setiap kali peperiksaan dijalankan. Tak lupa juga assignment-assignment aku yang berjaya aku harungi walaupun banyak halangannya. Haha..
Jadi, apa yang bermain di fikiran aku sekarang ini ialah hal kewangan aku. Mana nak bayar yuran pembelajaran, mana nak bayar sewa rumah, mana nak bayar bil air dan elektrik, mana nak bayar sewa internet, mana nak belanja. Pening, pening.
Dan aku rasa hanya 1 sahaja yang sedikit sebanyak boleh menyelesaikan semua masalah aku ini. Keluar dari rumah sewa itu, dan tinggal di asrama kolej. Boleh mengurangkan perbelanjaan aku.
Tapi kalau fikir balik, tak tentu aku akan dapat tinggal di asrama kolej sebab aku kena applydahulu dengan mengisi borang kebenaran tinggal di asrama itu. Kalau tak dapat, terpaksa la aku kekal tinggal di rumah sewa itu. Kalau dapat kebenarannya, Alhamdulillah. Selesai masalah.
Tapi kalau fikir balik, nak ke aku tinggal di asrama itu? Kehidupan asrama agak sedikit terkongkong. Peraturan yang diwujudkan sudah tentu meng’geram’kan hati aku. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh. Tak pasal-pasal kena buang asrama. Kembali ke rumah sewa.
Tapi kalau fikir balik, aku dah ada pengalaman tinggal di asrama ini selama 5 tahun ketika di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh dulu. So, apa masalahnya? Dan semua peraturan di sana boleh je aku ikut. Tak ada apa-apa masalah yang timbul. Atau mungkin la aku langgar ‘sipi-sipi’ sesetengah peraturan itu. Ke memang tak pernah langgar langsung? Ahh.. Adol Ihsan jangan nak men-tipu. Hehe..
Tapi kalau fikir balik, andai kata aku tinggal di asrama, tak dapat la aku buat aktiviti-aktiviti malam yang selalu aku buat ketika di rumah sewa itu. Keluar jalan-jalan ke, lepak dengan kawan-kawan di kedai makan ke, main futsal ke. Hah.. main futsal..!! Itu yang paling penting, kalau aku tinggal di asrama kolej, kompem-kompem aku tak dapat nak main futsal pada waktu malam. Aduyaaii..
Tapi kalau fikir balik, mati ke kalau tak main futsal waktu malam itu? Tak mungkin la kan.. So, aku kena la tahan diri aku daripada rasa nak bermain futsal itu membuak-buak keluar. Boleh ke? Macam susah je. Dan kalau aku tinggal di asrama boleh ke aku tahan diri aku daripada terus terperap dalam dorm asrama itu? Stay je dalam dorm itu mengadap laptop. Kalau masa aku di STAR dulu, malamnya ada prep malam atau kelas persediaan malam. So, aku berada di kelas. Buat kerja sekolah ke, baca surat khabar ke, borak-borak dengan kawan ke, ada la juga aktiviti malam.
Tapi kalau fikir balik, kalau aku kekal tinggal di rumah sewa itu, kehidupan aku seperti di rumah. Yela.. ada peti sejuk. Nak minum air sejuk senang, nak make sure makanan tahan lama senang, nak makan makanan frozen pun senang. Ada mesin basuh. Nak basuh semua pakaian senang. Ada bilik sendiri, master room pulak tu. Memang sebijik macam kat rumah la. Dan andai kata aku tinggal di asrama kolej, aku akan stay dalam dorm yang boleh memuatkan 5 orang. Jadi, ruang akan menjadi terhad. Tiada peti sejuk, tiada mesin basuh, dan tiada kehidupan seperti di rumah.
Tapi kalau fikir balik, bagaimana dengan kawan-kawan serumah aku yang lain? Boleh ke mereka terima keputusan aku ini? Yela.. andai kata aku dah keluar daripada rumah sewa itu, lagi lah membebankan mereka untuk bayar sewa rumah. Daripada 4 orang isi rumah, tinggal 3 orang. Tapi awal-awal lagi aku dah bagi tahu hasrat aku kat mereka semua itu. Tak tahu lah apa yang mereka rasa. Sama ada mereka terima atau rasa keberatan untuk terima.
Tapi kalau fikir balik, semua andaian yang mungkin akan berlaku ada baik dan buruknya. Apa jua keputusan yang aku buat ada baik dan buruknya. Jadi, aku kena pastikan keputusan yang aku buat itu tepat supaya tiada rasa penyesalan di akhir kelak. Masa mencemburui aku dan aku kena berfikir semasak-masaknya. Moga Allah memberi petunjuk kepada aku.
Wednesday, July 6, 2011
Penat ~~
Wednesday, June 8, 2011
Maafkan saya..
Melakukan kesalahan terhadap kalian..
Mengecilkan hati kalian..
Menyakat kalian..
Bergurau senda dengan kalian..
Mengguris hati kalian..
ATAU,
Ada terkasar bahasa dengan kalian..
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..












