Sahabat..

Monday, July 25, 2011

Terbukanya 1 kancing butang baju...

Ini kisah aku,, :)

Memandangkan aku mempunyai beberapa orang adik angkat lelaki di kampung, aku banyak menghalang mereka daripada bebas melakukakan perkara-perkara yang tak sepatutnya dalam kehidupan mereka. Sebagai abang, aku berhak menjaga keselamatan mereka disamping memastikan tiada apa-apa masalah antara kami adik-beradik.

Aku ini jenis yang agak suka mengongkong la.. hehe,, . Aku melarang sekeras-kerasnya adik-adik aku daripada menunggang motosikal di jalan raya dan itu adalah antara ‘peraturan’ yang aku wujudkan antara kami. Iyelah, mereka masih budak-budak, aku rasa belum masa yang sesuai untuk mereka menunggang motosikal tanpa pengawasan. Nanti kalau jadi apa-apa yang tak diingini nanti, siapa yang susah? Ibu bapa mereka juga. Tapi itu cerita dulu dan kira ok la sebab mereka tidak melanggar peraturan itu. Huhu.. Bagus jugak la budak-budak nie.

Dan pada 15/6/2001, aku ‘memansuhkan’ peraturan itu dan aku memberi kebebasan kepada adik-adik aku untuk menunggang motosikal. Usia mereka dah semakin meningkat dan mereka telah memasuki alam persekolahan menengah. Sebab itu aku merasakan yang masanya sudah tiba untuk mereka sedikit sebanyak belajar perkara-perkara sebegini. Sampai bila aku mahu mengongkong mereka?

Mula-mula mereka macam tak percaya dengan kata-kata aku. Iyelah, tiba-tiba aje bagi diaorang menunggang motosikal, macam ada udang di sebalik batu aje. Hehe.. tapi aku serius, dan jelas kegembiraan di wajah mereka. Dan 1 pesan aku kepada adik-adik aku semua itu, bawa motosikal jangan laju-laju. Mereka angguk tanda faham.

Salah seorang adik angkat aku itu bertanya, “Kenapa abang buat macam ni?”

“Cuba bayangkan jika kita memakai baju kemeja dengan mengancing butang sampai ke atas. Mesti rasa panas dan rimas. Apa kata kita buka kancing butang yang paling atas dahulu. Mesti rasa lega sikit kan? Dan dari masa ke masa kita buka semua kancing butang itu satu persatu sehingga kita tak berbaju. Apa rasanya? Bebas…

Dia angguk sambil tersenyum.

Aku dah longgarkan sedikit peraturan antara kami adik-beradik supaya mereka tak terasa kongkongan dalam kehidupan mereka. Sampai bila nak berada di takuk yang lama dan kadang-kala kita kena ubah cara kehidupan kita supaya lebih selesa. Aku harap mereka faham dengan apa yang aku buat untuk diri mereka.

2 comments:

ajah freedom said...

yeahhh...betobeto...haha...bru ajah taw....haha

adol ihsan said...

Ajah :

Hehe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..