Sahabat..

Thursday, April 7, 2011

Maaf, sistem bank 'OFFLINE'..

Aku baru pulang dari Bank Rakyat untuk mem'bank-in'kan cek elaun aku. Cek untuk bulan April itu sepatutnya aku terima 28 Mac hari tu. Dek kerana masalah yang dihadapi oleh pihak MARA, cek tersebut baru aku terima hari ini, 7 April.

Selepas Zohor, aku terus ke bank untuk menambahkan lagi amount wang yang tersedia ada dalam akaun aku. Buka pintu bank, ramai giler orang. Bising pulak tu. Pelik juga dengan keadaan macam itu, biasa senyap je. Ini macam pasar ikan, dengan keadaan yang agak kecoh. Seperti ada masalah yang berlaku. Aku pedulikannya.

Aku terus mengisi borang simpanan/deposit. Selesai urusan itu, aku ke kaunter untuk mengambil nombor giliran.

"Maaf, dik. Sistem bank hari ini OFFLINE. Ada masalah teknikal. Sistem kami tergendala.."

kata salah seorang staff Bank Rakyat kepada aku.

Perrrgghhh...
Geramnya hati aku. Duit untuk perbelanjaan aku dah la nazak. Nyawa-nyawa ikan je ni. Aduyaaii. Nak taknak terpaksa la terima kenyataan. Aku dengan hati yang agak 'gelap' terus pulang ke kolej. Pagi esok aje la datang semula. Harap-harap sistem beroperasi seperti biasa.

(urusan yg tergendala..)

12 comments:

Miss Tira said...

Apa boleh buat. Takde rezeki laa tu nak depositkan check tu. Sabar je laa.

h A n Y S said...

alahai..saba ye dik..xde rezeki buat ms skang..
;)

nabilah_2908 said...

tkde rezeki pada hari tu...

hari ni macam mana..? hope semua urusan berjalan dgn lancar.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
CUCI MATA DI ABPBH 2010

~Nabilah~ said...

adoyaiii!!!!sbr je la....huhuhu

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

eeeee
pakai cek macam tu susah la..
leceh.
kenapa die tak masukkan dlm akaun terus je.
senang kje~
huhuhhu
ape2 pun sabar ye awk :)

adol ihsan said...

Miss Tira :

Itu la.. redha aje,, :)

adol ihsan said...

hanys :

Hehe.. balajar utk terima hakikat..

:)

adol ihsan said...

nabilah :

Selesai sudah semua urusan itu..
Alhamdulillah..

:)

adol ihsan said...

~Nabilah~ :

hehe.. sabar itu kan separuh drpd iman..

:)

adol ihsan said...

gadisMerahjambu :

Sy baru isi borang utk terus dimasukkan ke dalam akaun saya..

:)

adwafarahin said...

okeh pe kte bg dwet tu ke sni konpem cpt punye..hehe

adol ihsan said...

adwafarahin :

Hehe.. aiseymen, dah bank-in kan pon..

tak sempat nk pass ke sane,

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..