Sahabat..

Sunday, April 3, 2011

Kisah PUBLIC PHONE..

PUBLIC PHONE (PF) atau lebih dikenali sebagai TELEFON AWAM. Dulu masa cinta-cinta monyet, sanggup kumpul duit syiling semata-mata nak call pakwe@makwe guna pf. Kecuali aku sebab masa tu takde lagi awek-awek yang sangkut kat aku ni. So, aku tak pakai sangat la PF ni.

(ini bukan cinta monyet, tapi cinta di antara monyet)

Start aku bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, barulah aku selalu guna PF ini untuk call keluarga tersayang aku di Pahang. Yelaa.. sekolah mana bagi students dia bawa handphone. Tapi ada juga yang berdegil, bawa juga. Kalau hilang handphone itu, baru la menyesal. Aku student baik, ikut peraturan sekolah. Chewaahh.. tak bawa pun handphone ke sekolah walau dalam hati ini teringin sangat nak bawanya. Tapi bonda aku menghalangnya. Jadi, kenalah ikut cakap bonda. Dia cakap, guna je PF tu, pasal bekalan duit syiling nanti dia bekalkan.

Aku biasa guna PF ni malam-malam. Lepas tamatnya prep malam dalam pukul 11, aku dah tercegat depan PF ni. Aku akan guna PF ni selang 2 hari, kira 2 hari sekali la. Tak lama pun aku guna, dalam 15 minit je tiap kali aku guna. Dapat dengar suara bonda aku dah memadai, dah lepas rindu di hati ini. Sepanjang 2004 aku buat perkara ini. bak kata budak STAR, homesick. Biasalah, budak baru nak belajar tinggal jauh dari parents, mesti la rindu selalu.

Tahun 2005, aku tingkatan 2. Start tahun itu, aku pakai cardphone. Lebih jimat daripada guna syiling. Seingat aku, cardphone dijual pada harga RM10, RM20, RM50, dan RM100. Kalau dah habis, aku beli di sebuah kedai buku di Taman Cempaka kat belakang sekolah. Kira aku ni pelanggan tetap la. Hehe.. dan aku pun dah mengurangkan tahap penggunaan PF ini, aku akan call keluarga aku seminggu 2 kali. Dan PF itu sendiri dah tak bosan dah, asyik menghadap muka aku je. Lagipun, aku nak bagi peluang budak-budak freshie yang baru masuk STAR merasai pengalaman menggunakan PF ini. Hehe..

(inilah rupa cardphone, 'old skool style'..)

Sampai la aku tingkatan 4, aku dapat lampu hijau dari bonda aku untuk membawa handphone ke sekolah. Namun, lampu sekolah masih merah menandakan pelajar masih tak boleh bawa handphone ke sana. Tapi aku redah je. Dan penggunaan PF aku terus terkubur. Namun, aku masih akan menggunakannya jika perlu. Darurat la. Duit syiling yang tak habis aku guna untuk tahun-tahun sebelumnya, aku gunakannya balik untuk membeli aiskrim di koperasi STAR. Kira aku ada khaskan perbelanjaan aku untuk aiskrim. :)

(public phone yg selalu aku guna semasa di STAR)

Lastly, aku harap suatu hari nanti aku berkesempatan menggunakannya lagi walaupun aku masih guna handphone.

PUBLIC PHONE, warisan zaman pertengahan tu... Huhu..

6 comments:

Anonymous said...

Tira pun dah lama tak guna public phone. Nampaknya Malaysia kena ubah public phone kepada wajah yang lebih menarik. Baru orang ramai tertarik. Hehe.

Jey said...

time terdesak je guna pf..huhu

adol ihsan said...

Miss Tira :

Hehe.. nanti beratur orang nak guna public phone tu..

:)

adol ihsan said...

Hafzan Sarah :

Hehe.. tapi kalau terdesak, time tu takde public phone barulah menggelabah..

:)

ibuintan said...

as salam Adol.

PF kat sekolah ibu tahan seminggu je, lepas tu rosak.. berkali2 direpair camtu juga

lastnya syarikat telefon terus cabut bawak balik... takyah berPF lagi

adol ihsan said...

ibunintan :

Hehe.. kan senang macam itu..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..