Sahabat..

Wednesday, July 20, 2011

Tapi kalau fikir balik...

Dah bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar SEMESTER 5 di Kolej Profesional Mara, Beranang. Sedar tak sedar sudah 2 tahun setengah aku menuntut ilmu di kolej itu dalam bidang komputer. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan dengan lancar termasuk keputusan cemerlang yang aku dapat setiap kali peperiksaan dijalankan. Tak lupa juga assignment-assignment aku yang berjaya aku harungi walaupun banyak halangannya. Haha..

Jadi, apa yang bermain di fikiran aku sekarang ini ialah hal kewangan aku. Mana nak bayar yuran pembelajaran, mana nak bayar sewa rumah, mana nak bayar bil air dan elektrik, mana nak bayar sewa internet, mana nak belanja. Pening, pening.

Dan aku rasa hanya 1 sahaja yang sedikit sebanyak boleh menyelesaikan semua masalah aku ini. Keluar dari rumah sewa itu, dan tinggal di asrama kolej. Boleh mengurangkan perbelanjaan aku.

Tapi kalau fikir balik, tak tentu aku akan dapat tinggal di asrama kolej sebab aku kena applydahulu dengan mengisi borang kebenaran tinggal di asrama itu. Kalau tak dapat, terpaksa la aku kekal tinggal di rumah sewa itu. Kalau dapat kebenarannya, Alhamdulillah. Selesai masalah.

Tapi kalau fikir balik, nak ke aku tinggal di asrama itu? Kehidupan asrama agak sedikit terkongkong. Peraturan yang diwujudkan sudah tentu meng’geram’kan hati aku. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh. Tak pasal-pasal kena buang asrama. Kembali ke rumah sewa.

Tapi kalau fikir balik, aku dah ada pengalaman tinggal di asrama ini selama 5 tahun ketika di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh dulu. So, apa masalahnya? Dan semua peraturan di sana boleh je aku ikut. Tak ada apa-apa masalah yang timbul. Atau mungkin la aku langgar ‘sipi-sipi’ sesetengah peraturan itu. Ke memang tak pernah langgar langsung? Ahh.. Adol Ihsan jangan nak men-tipu. Hehe..

Tapi kalau fikir balik, andai kata aku tinggal di asrama, tak dapat la aku buat aktiviti-aktiviti malam yang selalu aku buat ketika di rumah sewa itu. Keluar jalan-jalan ke, lepak dengan kawan-kawan di kedai makan ke, main futsal ke. Hah.. main futsal..!! Itu yang paling penting, kalau aku tinggal di asrama kolej, kompem-kompem aku tak dapat nak main futsal pada waktu malam. Aduyaaii..

Tapi kalau fikir balik, mati ke kalau tak main futsal waktu malam itu? Tak mungkin la kan.. So, aku kena la tahan diri aku daripada rasa nak bermain futsal itu membuak-buak keluar. Boleh ke? Macam susah je. Dan kalau aku tinggal di asrama boleh ke aku tahan diri aku daripada terus terperap dalam dorm asrama itu? Stay je dalam dorm itu mengadap laptop. Kalau masa aku di STAR dulu, malamnya ada prep malam atau kelas persediaan malam. So, aku berada di kelas. Buat kerja sekolah ke, baca surat khabar ke, borak-borak dengan kawan ke, ada la juga aktiviti malam.

Tapi kalau fikir balik, kalau aku kekal tinggal di rumah sewa itu, kehidupan aku seperti di rumah. Yela.. ada peti sejuk. Nak minum air sejuk senang, nak make sure makanan tahan lama senang, nak makan makanan frozen pun senang. Ada mesin basuh. Nak basuh semua pakaian senang. Ada bilik sendiri, master room pulak tu. Memang sebijik macam kat rumah la. Dan andai kata aku tinggal di asrama kolej, aku akan stay dalam dorm yang boleh memuatkan 5 orang. Jadi, ruang akan menjadi terhad. Tiada peti sejuk, tiada mesin basuh, dan tiada kehidupan seperti di rumah.

Tapi kalau fikir balik, bagaimana dengan kawan-kawan serumah aku yang lain? Boleh ke mereka terima keputusan aku ini? Yela.. andai kata aku dah keluar daripada rumah sewa itu, lagi lah membebankan mereka untuk bayar sewa rumah. Daripada 4 orang isi rumah, tinggal 3 orang. Tapi awal-awal lagi aku dah bagi tahu hasrat aku kat mereka semua itu. Tak tahu lah apa yang mereka rasa. Sama ada mereka terima atau rasa keberatan untuk terima.

Tapi kalau fikir balik, semua andaian yang mungkin akan berlaku ada baik dan buruknya. Apa jua keputusan yang aku buat ada baik dan buruknya. Jadi, aku kena pastikan keputusan yang aku buat itu tepat supaya tiada rasa penyesalan di akhir kelak. Masa mencemburui aku dan aku kena berfikir semasak-masaknya. Moga Allah memberi petunjuk kepada aku.

6 comments:

Aliesha Kirana said...

AK pun alami dilema ni jugak. hehe.. masa asrama dh byk, dan student dh boleh apply utk asrama baru. masa tu, teringin nak dok asrama baru, tapi syg nak tinggalkan kehidupan rumah sewa yg bebas boleh buat apa tidur lmbt, minum kt kedai malam2..heheeh..

pk punya pk, AK stay kt umah sewa je smpai abis bljr. hahaa..

tp adol kene pk. ini semua atas pilihan adol sndiri..

adol ihsan said...

Aliesha kirana :

Hmm.. itu lah, rasa berat nak tinggalkan suasana rumah sewa ni.. Kehidupan yang bebas..

So, kena fikir betul2.. :)

ibuintan said...

as salam Adol,

pikir sebaik2nya dan buat pilihan yg terbaik

insyaallah.. boleh tu

adol ihsan said...
This comment has been removed by the author.
nabilah_2908 said...

cari sorang lagi housemate...so perbelanjaan sewa rumah tu akan berkurangan...tul tak..? :)

Fiza said...

hi, nak tanya, asrama dekat kpm beranang mmg satu bilik 5 orang ye? bukan 4 orang ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..