Sahabat..

Thursday, March 31, 2011

Ke-TINGGI-an aku ter-BANTUT-kah?

Ketika aku sedang khusyuk mendengar pensyarah aku mengajar di hadapan kelas, terdengar sahabat aku di sebelah kanan aku mengeluh :

"Aduuhaai.. rendah betul meja ni.. Lemah betul aku kalau bab meja rendah-rendah camni.."

Sahabat aku tu memang agak tinggi orangnya. Aku fikir pun, memang susah la kalau dia nak menulis memandangkan saiz meja yang rendah macam itu. Nasib baik aku ni tak berapa nak tinggi. Bila la masanya aku nak tinggi macam sahabat aku tu? Kawan-kawan aku yang lain pun semuanya dah tinggi-tinggi.

Aku ada 1 gambar yang nak dikongsikan dengan anda sekalian. Gambar aku bersama junior-junior yang sempat aku snap ketika di acara STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011 di sekolah bintang aku.

Junior-junior aku..
Dari kiri : Tasnim, Izzuddin, Eddy, Adol Ihsan
Duduk : Ridhuan

Ada apa dengan gambar ini? Haa.. Kalau anda semua perasan la kan, aku yang berkepala botak yang sedang memegang sepanduk 'HIJAU' itu berada dalam golongan yang agak rendah berbanding dengan 4 orang junior aku yang lain itu. Budak yang kat bawah itu, memang la rendah sebab dia duduk. :)
Mungkin junior aku yang paling tepi itu sama rendah dengan aku kot.

Kalau berdasarkan umur, memang aku lagi tua dari diaorang semua itu. Tapi kenapa diaorang lagi tinggi dari aku? Ishh... tak leh jadi ni, tak aci macam ni. Junior mana boleh tinggi daripada senior. Hehe.. Sekarang ada 2 kemungkinan. Adakah tumbesaran diaorang makin meningkat, atau tumbesaran aku terbantut? Haha..

(Rendah nya aku..)

Haa.. gambar kat atas yang 1 lagi ni, aku bersama junior yang pernah jadi adik angkat aku semasa dia berada di tingkatan 1 di sekolah bintang itu dan masa tu aku tingkatan 5. Tapi sekarang ni dia dah tingkatan 4 dah. Kejap je masa berlalu.

Yang menjadi masalahnya, KENAPA DIA LAGI TINGGI DARIPADA AKU?

Masa dia tingkatan 1 dulu, tinggi dia paras bahu aku je. Kira kalau dia nak bercakap dengan aku, dia kena mendongak la dan aku pulak kena tunduk sikit. Tapi sekarang ini semua dah terbalik dah. Aku pulak kena mendongak sikit kalau nak bercakap dengan dia. Sebab itu bila aku bercakap dengan dia, aku buat-buat pandang kat tempat lain. Tidaklah nampak sangat yang aku ni kena mendongak kat muka dia. Yang paling penting, tidaklah nampak sangat yang aku lagi rendah daripada dia. Haha.. ke aku ini tak cukup kalsium? So, kena makan yogurt 'calciYUM' banyak-banyak la ni biar jadi tinggi. Macam kat TV tu. Hehe..

Tapi apa-apa pun, aku kena bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan pada aku sekarang ni. Kalau tinggi sangat, nanti tak muat nak masuk rumah. Kena tunduk kepala sikit, tak pun terus terhantuk dek pintu tu. Alhamdulillah dengan apa yang aku ada.

Ingat, jangan mengeluh dengan apa yang kita dapat sebab tiap semua itu mesti ada kelebihannya yang tersendiri. Syukur aku pada Yang Maha Kuasa atas kurniaan Dia pada kita.

8 comments:

Jey said...

amik lah sket ketinggian akak..hehe

Anonymous said...

Adol kena makan Calsiyum banyak-banyak ni. Hehehe.

adol ihsan said...

Hafsan Sarah :

Hehe.. boleh jugak tu akak, nanti kita sama tinggi..

:)

adol ihsan said...

Miss Tira :

Tira la kena belanja adol makan calciyum tu..

:)

ibuintan said...

syukur dah tu... sedang cantik la


mana tau dapat isteri lagi tinggi, lagi elok orang2 tua kata murah rezeki

adol ihsan said...

ibuintan :

Hehe.. isteri? ke situ pulak ibu ni..
Hehe..

:)

white rose said...

ok la tu...
tinggi sngt ni payah jugak...
susah nak cari saiz...

adol ihsan said...

white rose :

Hehe.. betul gak, rendah2 pun ade kelebihannya..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..