Sahabat..

Monday, May 16, 2011

Inspection @ Pemeriksaan..

Oh.. Masih hari guru lagi. Selamat berhari guru kepada anda di luar sana yang bergelar guru. Bersempena dengan hari guru ini, ingin aku kongsi sekeping gambar yang sedikit sebanyak mengulit kembali nostalgia aku ketika di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.


Huh..? Apa itu? Songkok ada. Sikat ada. Ubat gigi ada. Garfu pun ada.

Tak ada pun. Yang sebenarnya inilah antara barang-barang keperluan student STAR yang wajib diletakkan di hujung katil ketika INSPECTION dilakukan pada setiap pagi Ahad. Warden yang bertugas akan check semua keperluan tersebut, kalau ada di antara student yang gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil. So, pandai-pandai la student untuk meng-ada-kan semua barang keperluan itu kalau taknak kena denda.

Pernah sekali, ubat gigi aku dah habis. So, kalau aku still letak jugak, kantoi la sebab 'body' ubat gigi tu dah 'kurus'. Last-last, aku tunggu dorm sebelah habis inspection. Lepas je habis inspection diaorang, cepat-cepat aku pinjam budak dorm sebelah punya ubat gigi. Syukur, lepas. Tak kantoi.

Kalau nak ikutkan hati aku, nak aje aku tiup ubat gigi tu sampai kembung. Nampak macam tak guna lagi kan? Tapi dah kalau tiba-tiba terdetik pulak hati warden tu nak penyek ubat gigi aku itu, tak ke naye aku dibuatnya. Kantoi.

* Sila abaikan handphone dalam gambar tersebut. Itu hanya hiasan semata-mata. Hehe..

6 comments:

ckLah @xiiinam said...

Hehe...cerita mengusik kenangan...
ckLah pun duduk asrama tak jauh dari STAR...sekolah perempuan di Jalan raja Di Hilir tu. Tingkatan 6 pula menumpang di SIS. Tapi dah beberapa dasawarsa dulu lah...


Terima kasih atas ucapan buat guru tu..

adwafarahin said...

sgt pelik inspection ini..hehe
almaklumlah x penah masuk asrama :P

Anonymous said...

Garfu tu pulak nak watpe? Sudu takde ke? Pelik ni... Hehe.

adol ihsan said...

ckLah :

Seronok kan duk asrama? Banyak kenangan nya..

:)

adol ihsan said...

adwafarahin :

Hehe.. macam askar lak ada inspection2 ni.. huhu..

:)

adol ihsan said...

Miss Tira :

Garfu tu utk aktiviti makan beradab tiap hari khamis.. Semua students wajib makan malam dengan sudu dan garfu.. huhu ..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..