Sahabat..

Monday, May 16, 2011

Terima kasih GURU..

16 Mei, tarikh keramat apabila semua guru di Malaysia diraikan atas pengorbanan yang mereka curahkan dalam mendidik anak-anak bangsa ke arah melahirkan insan yang cemerlang. Usaha mereka tiada tolok bandingnya, dengan bersungguh-sungguh mereka mengajar anak murid dengan ilmu yang berguna.


Di kesempatan ini. aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar pendidik di Malaysia. Terutamanya kepada guru-guruku yang mengajar di..



Tadika KEMAS di Kampung Permatang Badak..


Sekolah Kebangsaan Permatang Badak (SKPB)..



Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh..


Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan kepada saya. Minta dihalalkan segala ilmu tersebut dan mudah-mudahan saya menjadi insan yang berguna di masa mendatang.


"Terima kasih, cikgu"
"Maafkan saya, cikgu"
"Halalkan segala ilmu, cikgu"

6 comments:

adwafarahin said...

slmt hr guru!

white rose said...

salam adol ihsan...
rindunyaa kat kamu ni dak kecikkk...

kamu sehat?
macamana dgn kelas?

assignment?

harap2 kamu sehat selalu ye...

nabilah_2908 said...

Jasa guru tak ternilai... ;)

mcm mana dgn lecturer...xmo wish selamat hari guru juga..? (^_^)

aliesha kirana said...

slmt hari guru! smpai tua pun xleh lupa jasa dorang kan. hehehee.. kene hargai.. ^_____^

Miss Tira said...

Selamat hari guru. JAsanya tak terbalas dalam mendidik kita.

IMANSHAH said...

thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..