Sahabat..

Thursday, September 22, 2011

kisah erti sayang..


Apa maksud sayang yang sebenar-benarnya? Kasih kepada insan yang penting dalam hidup kita? Atau hanya perkataan sayang itu sendiri membawa kita lebih menghargai seseorang itu? Hanya hati kita sendiri yang dapat mentafsir maksud dan nilai sebenar rasa sayang itu. Tak kisah la apa yang ditafsir, yang penting rasa itulah yang hadir dalam hati kita sendiri, bukan dari orang lain. Bohong la kalau aku cakap aku tak pernah sayang dengan seseorang. Ibu, bapa, adik, keluarga, kawan-kawan. Semua aku sayang. Tapi betul ke rasa sayang itu ada tahap-tahap tertentu? Mungkin rasa sayang sebagai teman biasa. Mungkin sayang sebagai teman rapat yang mana, susah sama-sama dan senang sama-sama. Atau mungkin sayang sebagai teman yang betul-betul penting bagi diri kita. Dan semua jawapan itu ada dalam hati kita.

Hah.. Semua orang berhak menyayangi dan berhak untuk disayangi. Aku punya adik-adik angkat di kampung yang aku anggap sebagai keluarga aku sendiri. Dan semua adik angkat itu adalah LELAKI. Aku sayang mereka. Sebab apa? Sebab aku rasa aku berhak menyayangi mereka. Tapi kadang-kadang apa yang aku buat mesti ada halangan, mesti ada yang salah faham. Buktinya dengan kes yang pernah terjadi pada aku tempoh hari dan aku ada postkan entrinya DI SINI. Tapi aku tabahkan hati, alhamdulillah sekarang ini semua dah selesai.

Kenapa? Lelaki tak boleh ke nak sayang-sayang ni? Sebab takut dikategorikan sebagai lelaki lembut? Atau gay? Aku tak pernah hiraukan itu semua. Yang penting hati beb. Haha.. Dari hati lah yang menentukan rasa sayang itu ikhlas ke tidak. Memang ramai adik angkat aku di kampung itu, dan cara layanan aku terhadap mereka menunjukkan yang aku hargai mereka semua. Semenjak sekolah rendah lagi, aku cuba untuk pupuk rasa sayang dalam diri mereka dan diri aku jugak la. Bukan apa, aku cuma mahu mereka mengerti erti rasa sayang yang sebenar. Walaupun aku sendiri tak memahami sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Pemikiran masing-masing berada di tahap yang berbeza. Ada yang cepat tangkap dan ada yang lambat 'pick-up'. Terserah pada mereka untuk 'menganalisi' apa yang mereka dapat tentang erti rasa sayang sepanjang hubungan adik-adik beradik kami. Sekarang mereka dah sekolah menengah, ada la juga nampak perubahan dalam diri mereka. Mereka dah pandai menghargai seseorang, dah pandai untuk menjaga hati masing-masing, dah pandai untuk menyayangi.

Aku ada terfikir, apa sebab utama yang membuatkan diri aku ingin menyayangi mereka. Bonda aku pun selalu membantah cara hidup aku dengan rapat dengan mereka semua. Atas alasan mereka itu masih budak-budak dan aku tak layak rapat dengan mereka. Huh.. Memang lah sebagai anak jangan sesekali membantah cakap orang tua. Tapi cuba fikir secara positif, hidup aku lebih ceria apabila bersama dengan mereka. Main bola sepak sama-sama, lepak sama-sama, gurau senda, kongis cerita dan masalah. Aku ambil semua itu sebagai platform aku untuk membahagiakan hidup aku. Bukan aku cakap hidup aku sekarang ini tak bahagia, tapi tak salah kan kalau kita nak sesuatu itu jadi lebih baik. Sama juga dengan hidup aku, aku cuba nak membahagiakan lagi hidup aku yang sekarang ini. Sempurnakan diri kita dahulu sebelum kita ingin sempurnakan hidup orang lain.

Sebab itu aku ambil keputusan untuk terus buat apa yang aku sedang lakukan sekarang. Aku akan terus rapat dengan adik-adik aku itu demi diri aku sendiri. Bukan bermaksud aku menderhaka kepada bonda aku dengan menghiraukan kata-katanya, tapi aku fikir apa yang terjadi kepada diri aku jika aku menghiraukan adik-adik aku semua itu. Aku akan hilang semua keceriaan hidup aku.

Ini diri aku, aku bahagia dengan apa yang aku buat. Diri aku, cara aku untuk tentukan jalan ceritanya. Aku kadang-kadang terfikir sampai bila aku harus macam ini? Berkasih sayang dengan adik-adik angkat aku. Mereka ada berjanji dengan aku yang mereka akan menjadi adik aku sehingga YANG DITAKDIRKAN. Maksud mereka, kita tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Macam-macam boleh jadi pada masa hadapan. Dan sekiranya mereka terpaksa undur diri daripada menjadi adik aku atau aku sendiri yang terpaksa berhenti daripada menjadi abang mereka, dan itu adalah TAKDIR kami. Kira hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukannya.

Aku ada tanya pada diri aku sendiri, SALAH ke aku rapat dengan mereka? SALAH ke aku ingin mereka menjadi sebahagian daripada hidup aku? SALAH ke aku ingin menjadi abang kepada mereka? Yang penting, SALAH ke aku menyayangi budak-budak itu semua?

Percaya pada diri sendiri, percaya pada hati. Jika apa yang aku buat ini betul, InsyaAllah aku akan teruskan. Pedulikan dengan apa yang orang lain cakap sebab aku tak boleh nak tutup mulut pelbagai pihak. Mereka berhak bersuara dan terpulang pada aku untuk ambilnya sebagai sempadan atau tauladan. Aku tak nafikan, kadang-kadang dengan kata-kata orang inilah yang membuatkan aku rasa 'down'. Geram rasa hati.

"People talk as they know everything, but the fact is they do not know anything about it"

Ehem.. Aku dah meningkat dewasa dah sekarang ini, tapi masih rapat dengan budak-budak? Sebab aku suka melayan karenah mereka dan teletah mereka yang membuatkan aku tersenyum. Aku tak pernah bosan dengan itu semua. Daripada aku habiskan masa dengan aktiviti yang entah apa-apa, yang mungkin akan rosakkan diri aku (siapa tahu), lebih baik aku lepak dengan adik-adik aku. Aku budak kampung, yang kebanyakannya masa aku habiskan di sekitar kampung aku sahaja. Ke hulur, ke hilir masih dalam kawasan kampung. Bukan aku tiada kawan di bandar, tapi kalau setakat lepak minum-minum bual-bual kosong, macam takde function je. Aku ni bukan jenis yang macam itu. Huhu.

Tuhan sahaja yang lebih mengenali siapa diri aku yang sebenarnya dan apa yang terjadi semua ini adalah ketentuanNya. Dia kurniakan budak-budak itu untuk diri aku dan Dia juga tahu kenapa aku dipilih sebagai abang untuk menjaga dan menyayangi mereka kerana Tuhan Maha Mengetahui. Ini diri aku, aku berhak tentukannya. Dan rasa sayang itu sendiri berhak wujud dalam hidup aku untuk diri mereka semua.

Refreshing..

Halamak aaaaiiii......

Dah bersawang dah laman Adol Ihsan ni. Mana pergi tuan kedai blog ni? Dah kena pecat ke? Hehe..



Itu je yang mampu aku luahkan. Sibuk sangat ke aku ni?

SIBUK beraya..

SIBUK kira duit perbelanjaan..

SIBUK kemas rumah..

SIBUK dengan asiggment..

SIBUK dengan adik-adik..

SIBUK mencari kasih sayang..

SIBUK mendapatkan keceriaan hidup..

SIBUK dengan mengejar kejayaan..

SIBUK dengan kehidupan dunia dan akhirat..

dan

SIBUK sampai lupa seketika dengan blogging..


InsyaAllah akan aku luangkan lebih masa pada blog aku yang tercinta ini. Hohoho.. :)

Thursday, August 25, 2011

Somebody PLEASE HELP me..!!

Mood : Sedih @ risau @ geram ..

Wawawa.. akaun mukabuku @ facebook aku tak boleh nak bukak. Bila aku try nak log in, tak boleh. Dia keluar macam kat bawah nie :


Somebody please help me.. :(

Friday, August 19, 2011

Aku Suspek DENGGI..??

Salam semua..

Lamanya tak updated blog ini. Keadaan kesihatan aku tak mengizinkan untuk aku agak aktif dalam kehidupan seharian. Awal minggu ini diri aku dijangkiti demam. Huh.. dah lama tak datang penyakit yang agak popular dalam kalangan kita, tiba-tiba pagi Isnin dia 'singgah' sekejap pada badan aku. Habis tak larat dibuatnya.

Hari pertama, aku gagahkan diri untuk berpuasa walaupun keadaan aku sangat-sangat la tak larat. Dengan badan rasa lenguh-lenguh, pening kepala. Untuk langkah awal, aku hanya makan ubat panadol dan banyakkan minum air.

Hari kedua (Selasa), aku ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Di sana, darah aku diambil untuk dianalisis. Kira kena inject la ni. Waaaa.. aku dah la takut jarum, nak taknak terpaksa la beranikan diri. Last aku kena inject masa form 3, itulah kali terakhir lengan aku 'ditembak'. So, inject kali ini adalah yang pertama dalam tempoh 5 tahun. Then, bila keputusan darah dah keluar, aku dikehendaki ke hospital besar untuk diambil darah sekali lagi. Bukan apa, takut aku ini dijangkiti DEMAM DENGGI.


Hari ketiga (Rabu), terus ke hospital besar untuk diambil darah untuk kali kedua. Nasib baik hari itu cuti sempena Nuzul Quran, so aku tak perlu risaukan kedatangan aku ke kolej. Kalau tak, aku kena mintak MC dari doktor. Untuk ujian darah kali, masih samar-samar lagi, doktor di hospital itu suruh aku kembali ke klinik kesihatan untuk diambil darah kembali. Amboii.. hatrik ! Dah 3 kali kena macam itu. Apa darah aku tak cukup jelas ke? :)

Hari keempat (Khamis), dengan harapan ke klinik agar semua akan berkahir hari itu jugak. Badan aku dah ok2 dah, dah cergas dah. Tapi taklah sepenuhnya lagi. Sekadar nampak la perbezaan dari hari ke hari. Injection untuk kali-3, sakit weyh.. Aku ni dah la kurus kering, silap-silap terkena tulang jarum tu. Hehe.. Keputusan darah masih sama. Aku perlu datang lagi untuk hari yang berikutnya untuk diambil darah lagi.

Memberontaknya hati aku..!!

Hari kelima (Jumaat), injection ke-4. Malas nak cerita panjang lagi. Keputusan sama, darah aku perlu diambil lagi untuk hari berikutnya. Sampai doktor-doktor di klinik itu dah cam muka aku. Nak taknak terpaksa aku ke klinik lagi nanti.

Kenapa jadi macam itu? Sebab bacaan platelet darah aku semakin menurun.

Bacaan : hari pertama : 207

Hari kedua : 193

Hari ketiga : 173

Hari keempat : 155

Aku tak pasti la sama ada aku nak ke klinik lagi ke tidak. Tengok keadaan. Ada orang cakap kalau nak tambah kadar platelet darah dalam badan, minum jus kiwi dan makan sup ketam. Itulah, aku kena dapatkan jus kiwi untuk badan aku.

Moga semua baik-baik sahaja.

Thursday, August 11, 2011

Tragedi Kipas Berdarah.. :)

Hurm.. Penat, baru balik dari futsal. Entah tiba-tiba macam mana kaki ini boleh injured pulak masa bermain. Sakit nya, Tuhan saja yang tahu. Terhencut-hencut kaki aku dibuatnya.

Sampai rumah, mandi-mandi. Buat assignment sekejap. Alhamdulillah, dapat info dari internetberkenaan assignment aku tu. Perut lapar. Juadah lewat malam untuk kali ini, nasi lemak sahaja. Syukur rezeki.

Panas, berpeluh aku. "Switch on the fan please.."

Aku pun bukak la kipas, speed 1. Aih.. cam tak berapa nak laju je bilah kipas ni berpusing. Merajuk ke? Hehe.. Tak mengapalah, malam-malam ni tak perlu la laju-laju kipas tu. Nanti terlebih sejuk pulak. Haa.. bercerita tentang kipas, meh jenguk entry aku yang pernah aku postkan dulu.

Tragedi kipas berdarah. Klik SINI.


Huhu.. saja nak review entry post yang lepas. Ok, mengantuk sudah. Selamat malam.

Tuesday, August 9, 2011

KEHILANGAN REMAJA PEREMPUAN..!!


Kecoh sebentar di ruangan laman sosial Facebook apabila berita tentang kehilangan seorang remaja seperti yang tertera di atas. Remaja perempuan berumur 17 tahun ini dipercayai diculik.

Rupa-rupanya remaja ini adalah anak perempuan kepada guru yang pernah mengajar aku di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Puan Seri Wangi, guru yang mangajar aku subjek Geografi dan Bahasa Perancis.

Moga-moga keadaan remaja perempuan ini baik-baik sahaja dan cepatlah dia dapat pulang ke pangkuan keluarganya.

Bagaimana nak tahu siapa FOLLOWER terbaru kita?

Alhamdulillah.. Semakin hari, semakin ramai follower yang sudi menjadi sahabat blogging aku. Walaupun tak semeriah blog-blog yang lain sampaikan follower mereka ada yang dah mencecah beribu-ribu orang, tapi aku bersyukur dengan pencapaian adolihsan.blogspot. :)

Yang menjadi masalah aku sekarang ini, macam mana aku nak tahu siapa ahli baru yang menjadi follower laman Adol Ihsan ni? Contoh, semalam follower aku ada 57 orang, tut..tut.. hari ini dah ada seorang follower terbaru. Tapi aku tak tahu siapakah gerangan follower yang bertuah itu. Lain la kalau ada notification yang bagitahu adolihsan.blogspot ini ada ahli baru ke kan.., takde la aku mencari-cari siapa follower baru aku itu.

Bukan apa, aku pun nak kenal juga siapa sahabat baru aku itu, nak jenguk juga blog dia, nak follow jugak blog dia. Dah ni, aku sendiri tak tahu siapa orang tu, macam mana aku nak follow blog dia. Orang dah follow blog kita, kita kena follow blog dia balik kan? Kongsi-kongsi cerita, tambah sahabat blogging.

Ada siapa-siapa sahabatku yang boleh membantu ?

Monday, August 8, 2011

Abang..! Adik nak mintak tolong..!!

Hoho.. ini entry yang kedua dalam tempoh 1 jam. Macam tak percaya je. Rajin kau Adol..

Adik aku mintak pertolongan aku, dia suruh aku 'hias' blog dia dengan gadget lagu. Nak buat blog dia 'berseri-seri' dengan lagu feveret dia. Huhu.. Adik punya pasal, mestilah aku tolong. Abang sayang adik kan.. Haha..

So, gadget lagu untuk blog yang agak familiar dengan aku sekarang, GRATISAN MUSIK. Di sini la kalian semua boleh pilih lagu yang kalian suka untuk dimasukkan ke blog kalian. Waahh.. kalian ye.. Hehe.. Kat GRATISAN MUSIK ni jugak disiapkan dengan code lagu itu sekali. Aku pun ada jeles jugak dengan blog adik aku itu, Ajah Freedom. Terasa hati aku pun nak masukkan jugak lagu dalam laman Adol Ihsan. Dia masih baru dalam arena blogging ni. Jadi la follower dia yerk.. :)

Come-back win..

Pergh.. lama betul tak update laman Adol Ihsan kesayangan aku nih.. Maaflah ye, hati aku tiba-tiba membeku daripada ingin bersamanya buat seketika. Haaa.. ni dah terbuka hati aku untuk bersamanya kembali. Chewaah..

Mahu cerita apa ya.. Hmm..


Ini dia, kisah kemenangan bermakna bagi pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United apabila berjaya merangkul kejuaraan dalam PERISAI KOMUNITI. Pasukan yang bergelar 'Red Devils' ini menumpaskan jiran tetangga mereka,
Manchester City 3-2.

Gol awal City diperoleh pada minit ke-38, sumbangan Joleon Lescott. Edin Dzeko menggandakan kelebihan gol pasukannya pada minit ke-45.

Babak kedua bersambung, Chris Smalling merapatkan jurang apabila menyumbat gol pada minit ke-52. Nani menjadi penyelamat apabila menyamakan kedudukan 2-2 selang 6 minit selepas itu. Beliau sekali lagi menjadi wira United apabila menyumbat gol kemenangan pada lewat permainan.

Tu dia, 'come-back win' daripada Mnchester United. Tahniah..

Tuesday, August 2, 2011

Cadbury pon jadi lah..

Dek kerana terlupa untuk membeli makanan untuk bersahur, aku hanya makan coklat CADBURY sahaja. Entah macam mana boleh lupa. Nak taknak, terpaksa la makan CADBURY dengan air sirap. Fulamaakk.. sahur makan coklat. Dah macam western dah cara kamu ni Adol Ihsan.

Malam nanti jangan lupa beli makanan untuk sahur. :)

Tuesday, July 26, 2011

Sepetang di FLORIA 2011, Putrajaya..

Hah.. teringin nak share gambar-gambar yang sempat aku snap ketika karnival FLORIA 2011 yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini. Aku ke sana bersama sahabat-sahabat aku yang lain. Mereka ke sana atas sebab assignment, yelaa.. semua budak tu amik kursus agro-bisnes. Aku ni je yang sesat, amik kursus bisnes komputer tapi join budak agro. Why not kan? Hehe.. Aku snap pakai kamera handphone murah aje.. So, maaf la dengan kualiti gambar yang tak memuaskan.


Antara pelbagai jenis bunga yang berjaya menarik pengunjung..


Seni bina landskap yang kreatif..


Hah.. kan comel kereta sorong cam nie..


.

.
Another landscapes..

.
.
Warna-warni kaler dia ye tak.. hehe,,

.

.
Merah menyala warna bunga tu..


Sekian buat masa ini. Nanti akan aku post lagi gambar-gambar menarik ketika di sana.

Monday, July 25, 2011

rezeki durian ..

Baru dapat panggilan dari bonda ku yang tersayang. Tiba-tiba dia call aku, sebab kebiasaannya aku yang akan call dia. Tut..tut.. dia yang call. Dia bagitahu aku yang dia on the way nak pergi beli durian. Nak buat bubur durian untuk sedekah masjid katanya. Bonda aku ni memang pemurah orangnya, suka bersedekah. Dia cakap, tak salah kalau kita kongsi rezeki atau nikmat yang Tuhan bagi kat kita dengan orang lain. Mudah-mudahan kita akan dirahmati-Nya.

Alhamdulillah, dialah Bonda yang paling hebat. :)

Aku sempat juga lah pesan bonda suruh beli lebih sikit durian itu. Hehe.. yelah, hujung minggu ni aku bercadang nak balik rumah. Boleh la melantak durian sepuas-puasnya. Duk kat kolej ni, hanya melihat sahaja orang yang menjual durian sana sini. Dalam hati memang nak merasa, tapi ongkos nya enggak mencukupi dong.. Lagipun ayahanda aku juga suruh aku balik hujung minggu ni. Alang-alang tu boleh beli baju raya. Waaaa... dah nak raya ke Adol Ihsan? Puasa pun belum lagi. Hehe..

Bonda aku dah warning kat aku, supaya raya tahun ni dia nak tengok aku pakai baju yang agak berjenama + baru. Kenapa ye? Sebab tahun-tahun sebelum ini, aku shopping raya kat bundle-bundle je. Hehe.. entah la, aku ni jenis orang yang tak suka bershopping lebih-lebih kot. Apa-apa pun akan aku taat dengan kata-kata Bonda aku.

Terbukanya 1 kancing butang baju...

Ini kisah aku,, :)

Memandangkan aku mempunyai beberapa orang adik angkat lelaki di kampung, aku banyak menghalang mereka daripada bebas melakukakan perkara-perkara yang tak sepatutnya dalam kehidupan mereka. Sebagai abang, aku berhak menjaga keselamatan mereka disamping memastikan tiada apa-apa masalah antara kami adik-beradik.

Aku ini jenis yang agak suka mengongkong la.. hehe,, . Aku melarang sekeras-kerasnya adik-adik aku daripada menunggang motosikal di jalan raya dan itu adalah antara ‘peraturan’ yang aku wujudkan antara kami. Iyelah, mereka masih budak-budak, aku rasa belum masa yang sesuai untuk mereka menunggang motosikal tanpa pengawasan. Nanti kalau jadi apa-apa yang tak diingini nanti, siapa yang susah? Ibu bapa mereka juga. Tapi itu cerita dulu dan kira ok la sebab mereka tidak melanggar peraturan itu. Huhu.. Bagus jugak la budak-budak nie.

Dan pada 15/6/2001, aku ‘memansuhkan’ peraturan itu dan aku memberi kebebasan kepada adik-adik aku untuk menunggang motosikal. Usia mereka dah semakin meningkat dan mereka telah memasuki alam persekolahan menengah. Sebab itu aku merasakan yang masanya sudah tiba untuk mereka sedikit sebanyak belajar perkara-perkara sebegini. Sampai bila aku mahu mengongkong mereka?

Mula-mula mereka macam tak percaya dengan kata-kata aku. Iyelah, tiba-tiba aje bagi diaorang menunggang motosikal, macam ada udang di sebalik batu aje. Hehe.. tapi aku serius, dan jelas kegembiraan di wajah mereka. Dan 1 pesan aku kepada adik-adik aku semua itu, bawa motosikal jangan laju-laju. Mereka angguk tanda faham.

Salah seorang adik angkat aku itu bertanya, “Kenapa abang buat macam ni?”

“Cuba bayangkan jika kita memakai baju kemeja dengan mengancing butang sampai ke atas. Mesti rasa panas dan rimas. Apa kata kita buka kancing butang yang paling atas dahulu. Mesti rasa lega sikit kan? Dan dari masa ke masa kita buka semua kancing butang itu satu persatu sehingga kita tak berbaju. Apa rasanya? Bebas…

Dia angguk sambil tersenyum.

Aku dah longgarkan sedikit peraturan antara kami adik-beradik supaya mereka tak terasa kongkongan dalam kehidupan mereka. Sampai bila nak berada di takuk yang lama dan kadang-kala kita kena ubah cara kehidupan kita supaya lebih selesa. Aku harap mereka faham dengan apa yang aku buat untuk diri mereka.

Sunday, July 24, 2011

Kad kuning pertama..

Waaa... lamanya tak update blog Adol Ihsan ni. Huh.. Sibuk sikit la 2, 3 hari ni dengan kehidupan seharian aku yang mencabar. Waah.. ayat skem giler.. haha..

Baru selesai kejohanan futsal terbuka yang aku sertai di bawah kelolaan pihak kolej baru-baru ini. Perjuangan kami sepasukan hanya sehingga di peringkat suku akhir apabila kalah 1-0 di tangan pihak lawan.

Aku dihadiahkan KAD KUNING oleh pengadil perlawanan kerana sengaja menyentuh bola, menambahkan lagi rasa ralat dalam hati. Huhu.. dan itu adalah kad kuning yang pertama bagi aku sepanjang karier aku dalam arena futsal.

Kira ok la, bukan senang nak dapat hadiah yang berharga macam itu dari pengadil. Hehe..

Entry yang simple sahaja malam ini, jumpa lagi..

( hambik kau... )

Wednesday, July 20, 2011

Tapi kalau fikir balik...

Dah bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar SEMESTER 5 di Kolej Profesional Mara, Beranang. Sedar tak sedar sudah 2 tahun setengah aku menuntut ilmu di kolej itu dalam bidang komputer. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan dengan lancar termasuk keputusan cemerlang yang aku dapat setiap kali peperiksaan dijalankan. Tak lupa juga assignment-assignment aku yang berjaya aku harungi walaupun banyak halangannya. Haha..

Jadi, apa yang bermain di fikiran aku sekarang ini ialah hal kewangan aku. Mana nak bayar yuran pembelajaran, mana nak bayar sewa rumah, mana nak bayar bil air dan elektrik, mana nak bayar sewa internet, mana nak belanja. Pening, pening.

Dan aku rasa hanya 1 sahaja yang sedikit sebanyak boleh menyelesaikan semua masalah aku ini. Keluar dari rumah sewa itu, dan tinggal di asrama kolej. Boleh mengurangkan perbelanjaan aku.

Tapi kalau fikir balik, tak tentu aku akan dapat tinggal di asrama kolej sebab aku kena applydahulu dengan mengisi borang kebenaran tinggal di asrama itu. Kalau tak dapat, terpaksa la aku kekal tinggal di rumah sewa itu. Kalau dapat kebenarannya, Alhamdulillah. Selesai masalah.

Tapi kalau fikir balik, nak ke aku tinggal di asrama itu? Kehidupan asrama agak sedikit terkongkong. Peraturan yang diwujudkan sudah tentu meng’geram’kan hati aku. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh. Tak pasal-pasal kena buang asrama. Kembali ke rumah sewa.

Tapi kalau fikir balik, aku dah ada pengalaman tinggal di asrama ini selama 5 tahun ketika di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh dulu. So, apa masalahnya? Dan semua peraturan di sana boleh je aku ikut. Tak ada apa-apa masalah yang timbul. Atau mungkin la aku langgar ‘sipi-sipi’ sesetengah peraturan itu. Ke memang tak pernah langgar langsung? Ahh.. Adol Ihsan jangan nak men-tipu. Hehe..

Tapi kalau fikir balik, andai kata aku tinggal di asrama, tak dapat la aku buat aktiviti-aktiviti malam yang selalu aku buat ketika di rumah sewa itu. Keluar jalan-jalan ke, lepak dengan kawan-kawan di kedai makan ke, main futsal ke. Hah.. main futsal..!! Itu yang paling penting, kalau aku tinggal di asrama kolej, kompem-kompem aku tak dapat nak main futsal pada waktu malam. Aduyaaii..

Tapi kalau fikir balik, mati ke kalau tak main futsal waktu malam itu? Tak mungkin la kan.. So, aku kena la tahan diri aku daripada rasa nak bermain futsal itu membuak-buak keluar. Boleh ke? Macam susah je. Dan kalau aku tinggal di asrama boleh ke aku tahan diri aku daripada terus terperap dalam dorm asrama itu? Stay je dalam dorm itu mengadap laptop. Kalau masa aku di STAR dulu, malamnya ada prep malam atau kelas persediaan malam. So, aku berada di kelas. Buat kerja sekolah ke, baca surat khabar ke, borak-borak dengan kawan ke, ada la juga aktiviti malam.

Tapi kalau fikir balik, kalau aku kekal tinggal di rumah sewa itu, kehidupan aku seperti di rumah. Yela.. ada peti sejuk. Nak minum air sejuk senang, nak make sure makanan tahan lama senang, nak makan makanan frozen pun senang. Ada mesin basuh. Nak basuh semua pakaian senang. Ada bilik sendiri, master room pulak tu. Memang sebijik macam kat rumah la. Dan andai kata aku tinggal di asrama kolej, aku akan stay dalam dorm yang boleh memuatkan 5 orang. Jadi, ruang akan menjadi terhad. Tiada peti sejuk, tiada mesin basuh, dan tiada kehidupan seperti di rumah.

Tapi kalau fikir balik, bagaimana dengan kawan-kawan serumah aku yang lain? Boleh ke mereka terima keputusan aku ini? Yela.. andai kata aku dah keluar daripada rumah sewa itu, lagi lah membebankan mereka untuk bayar sewa rumah. Daripada 4 orang isi rumah, tinggal 3 orang. Tapi awal-awal lagi aku dah bagi tahu hasrat aku kat mereka semua itu. Tak tahu lah apa yang mereka rasa. Sama ada mereka terima atau rasa keberatan untuk terima.

Tapi kalau fikir balik, semua andaian yang mungkin akan berlaku ada baik dan buruknya. Apa jua keputusan yang aku buat ada baik dan buruknya. Jadi, aku kena pastikan keputusan yang aku buat itu tepat supaya tiada rasa penyesalan di akhir kelak. Masa mencemburui aku dan aku kena berfikir semasak-masaknya. Moga Allah memberi petunjuk kepada aku.

Monday, July 18, 2011

di mana kau MINYAK RAMBUT..?

Ke hulur, ke hilir aku naik motosikal. Hasrat hati ingin mencari minyak rambut baru. Minyak rambut kat rumah tu dah nak habis. So, kena la cari 'pengganti'nya. Citarasa rambut aku ni lain sikit. Dia nak yang berjenama BRYLCREEM, nak yang kaler HIJAU. Kaler lain tak mahu. Hijau Merimbun Segar, bak kata rambut aku tu. Aku ni punyalah bersusah payah ke sana, ke mari. Ke kedai hulu, ke kedai hilir. Tapi masih tak jumpa. Hai.. dah pupus dah ke minyak rambut yang aku nak ni?

Anyway, siapa-siapa yang terjumpa di mana jualnya minyak rambut seperti yang tertera di bawah ni, sila bagi tahu saya ye.. :)

( alahaaii.. kecik je gambarnye kan? terima kasih en. Google.. )

Thursday, July 14, 2011

Tahniah STAR..

Alhamdulillah.. Berakhir sudah pertandingan akhir Bahas Piala Perdana Menteri yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Bagi kategori bahas Bahasa Inggeris yang berlangsung di sebelah pagi tadi, Kolej Tunku Kurshiah telah dinobatkan sebagai juara mengalahkan Sekolah Dato’ Abdul Razak.

Manakala bagi kategori bahas Bahasa Melayu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang mewakili kerajaan telah berjaya mengalahkan pihak pembangkang yang diwakili oleh Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

Syukur ke hadrat illahi, sebagai bekas pelajar STAR, aku berasa sangat berbangga dengan pencapaian ini. Lagipun, STAR ni pun memang terkenal dengan pasukan pembahas yang terbaik. Hehe.. Aku tak berkesempatan untuk menontonnya di Putrajaya di sana tu tapi hanya sekadar menontonnya di WebTV Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Once a STARIAN, always a STARIAN..

Wednesday, July 13, 2011

Tewas di tangan MERIAM~~

Tamat sudah perlawanan persahabatan antarabangsa di antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Arsenal yang juga dikenali dengan nama The Gunners" sebentar tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalik ini memihak kepada pasukan ini dengan jaringan 4-0. Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Alberto Vela, dan Tomas Rosicky masing-masing telah berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu. Selepas ini, pasukan negara akan berdepan dengan pasukan Liverpool pada 16 Julai 2011 di venue yang sama.

Tuesday, July 12, 2011

Senyap-sunyi je..

Ohhhhh.... Blogspot ada masalah terknikal ke? Setiap entry baru yang aku post, tak dapat di'ping'kan kepada blogger-blogger yang lain. So, mereka semua tak dapat tahu apa yang telah di-updated-kan dari aku. Ishh.. kunjungan dari mereka semakin berkurang, terasa senyap sunyi. Kalau tak, dulu riuh juga la dengan sahabat-sahabat blogger yang setia mengunjungi laman Adol Ihsan.

Tapi tak mengapa lah. Nak buat macam mana. Cuma mengharapkan supaya pihak Blogspot dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang masih sudi mengunjungi laman Adol Ihsan ini.

Friday, July 8, 2011

Futsal lagi, Ipoh...

Futsal... futsal.. futsal.. Sebahagian besar hidup aku berdiri di atas platform sukan ini. Setiap minggu ada sahaja teman-teman aku yang ajak bermain futsal. Biasa nye malam la. Huhu. Seronok ke? Boleh la dan aku mencari kepuasan setiap kali bermain.

Hujung minggu ini aku gerak ke Ipoh, Perak untuk menyertai satu kejohanan futsal di sana. Target menang ke? Tak la, kami mencuba nasib sahaja selain mencari pengalaman baru bermain di tempat orang. Kalau ada rezeki kami juara, alhamdulillah.

Hah.. dah alang-alang aku dah sampai Ipoh sana nanti, aku ingat nak singgah sekolah kesayangan aku, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Rindu pulak rasa hati ini. Orang ada cakap, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sambil menyelam minum air. Tapi tujuan aku ke STAR itu bukan nak buat pekasam ke, nak minum air ke, tidak sama sekali. Hehe.. Hanya sekadar menziarahi bumi yang pernah aku tinggal untuk menuntut ilmu selain jumpa dengan junior-junior aku yang lain.

Ok, doakan kecemerlangan kami di sana. :)

Thursday, July 7, 2011

Mari..!! Mari..!! Jualan murah..

Baru pulang dari kedai buku di Semenyih, Selangor. Waahh.. lama tak 'menziarahi' kedai buku. Biasa time sekolah menengah selalu la datang nak beli alat tulis. Yelaa.. takkan datang kedai buku nak beli mesin basuh pulak kan. Huhu..

Tapi yang bestnya kedai itu dalam proses nak tutup cawangannya di situ. So, nak tak nak terpaksa la mereka meng'clear'kan semua stok yang ada dengan menjualnya dengan harga yang rendah. Memang tersangat la rendahnya. Sampai pemadam yang harganya RM0.60 dijual dengan diskaun 20%. Hah.. punya la nak habiskan stok.

So, aku pun tak lepaskan peluang dengan membeli sedikit peralatan alat tulis untuk pembelajaran aku nanti.


Beg kaler purple = RM3.00, 50% = RM1.50

Manilla card = RM0.80, 20% = RM0.64

Sampul surat = RM0.30, 20% = RM0.24

Test pad = RM3.95, 20% = RM3.16

Yang di bawah ini paling special. Alaa.. yang glow in the dark tu. Yang lekat-lekat kat dinding tu. Bila gelap, ia seakan-akan bercahaya.


Hiasan dinding = RM1.95, 20% = RM1.56


Aku ada terperasan yang tarikh aku beli barang-barang ini, 7/7/2011 dan masanya, 17:07. Kebetulan ke?

Wednesday, July 6, 2011

Penat ~~

Baru tiba di kolej petang tadi. Penat masih terasa. Lemah. Aku dalam proses untuk menyediakan diri untuk semester baru dan esok adalah hari pendaftarannya. Cuti sudah tamat dan masa untuk belajar ilmu yang baharu di kolej. Buat masa ini aku tak sempat nak online lama-lama sebab ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. InsyaAllah selepas ini, akan aku sentiasa updated blog kesayanganku ini. Rindu bangat sih.. Huhu..

Wednesday, June 8, 2011

Maafkan saya..

Cuti dah bermula. So, saya pun akan men-cuti-kan diri daripada ber-online. Rehatkan minda, luangkan masa dengan keluarga, dan keluar dari dunia pengajian buat sementara waktu. NAk taknak terpaksalah saya meninggalkan sejenak dunia blogging ini. So, dengan kesempatan ini.......

Saya di sini ingin memohon maaf andai saya ada ....

Melakukan kesalahan terhadap kalian..

Mengecilkan hati kalian..

Menyakat kalian..

Bergurau senda dengan kalian..

Mengguris hati kalian..

ATAU,

Ada terkasar bahasa dengan kalian..


Kalau ada umur yang panjang, berjumpa lagi kita pada lain masa. Terima kasih atas segala-galanya daripada kalian buat diri saya.

Assalamualaikum.. :)

Monday, June 6, 2011

Terima kasih daun keladi...

Salam semua..

Dah berapa lama ya tak menjenguk laman ADOL IHSAN ni? Hampir berhabuk dah pun. Di rumah tiada kemudahan internet, nak ke cyber cafe pun rasa malas. So, terpaksa la aku menjauhkan diri dari ber-online.

Entry aku kali ini ingin aku ucapkan ratusan, ribuan, dan jutaan TERIMA KASIH kepada saudari ADWAFARAHIN dan saudara CIKGU IMANSHAH yang sudi me-review-kan blog ADOL IHSAN yang aku kasihi ini. Chewaahh.. Opps, ingat senang ke nak tengok orang lain promote blog kita kepada umum? Haaa.. Sebab itulah aku rasa bertuah sangat apabila ada insan yang sudi berbuat demikian.

Walaupun entry mereka ringkas-ringkas sahaja tapi aku rasa berbesar hati apabila mereka memilih laman ADOL IHSAN ini untuk di-review-kan. Bukan untuk berlagak. Bukan untuk berbangga-bangga. Bukan untuk riak. Tapi ingin melahirkan rasa penghargaan kepada mereka.

Aku sendiri pun belum pernah lagi post-kan entry yang khas untuk review blog-blog sahabat aku yang lain. InsyaAllah mungkin ada masa nanti, akan aku berbuat demikian.

Akhir kata, sekali lagi TERIMA KASIH yang tak terhingga aku ucapkan kepada adwafarahin dan cikgu imanshah.

Friday, May 20, 2011

When You're Gone..

Kesinambungan untuk post sebelum ini. Lirik lagu yang mengusik jiwa aku. Chewaahh..

I always needed time on my own,
I never thought I'd need you there when I cry,

And the days feel like years when I'm alone,
And the bed where you lie is made up on your side,

When you walk away I count the steps that you take,
Do you see how much I need you right now,

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you,
When you're gone,
The face I came to know is missing too,
When you're gone,
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok,
I miss you..

I've never felt this way before,
Everything that I do reminds me of you,
And the clothes you left, they lie on the floor,
And they smell just like you, I love the things that you do,

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you,
When you're gone,
The face I came to know is missing too,
When you're gone,
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok,
I miss you..

We were made for each other,
Out here forever,
I know we were, yeah...
All I ever wanted was for you to know,
Everything I'd do, I'd give my heart and soul,
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah...

When you're gone,
The pieces of my heart are missing you,
When you're gone,
The face I came to know is missing too,
When you're gone,
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok,
I miss you..


When You're Gone by Avril Lavigne

Wednesday, May 18, 2011

aku takut akan kehilangan mu..

Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu pernah hadir dalam hidupku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu pernah membahagiakanku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna dirimu permata hatiku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu adalah insan yang sempurna bagiku,

Kau yang bernama cinta,
Aku sayang,
Aku sanjung,
Aku menghargai akan diri mu,

Sebesar mana pun kesalahan mu,
Aku percaya kamu tidak sedar akan apa yang kamu lakukan,
Kecewa mana pun aku terhadap diri mu,
Hanya sabar yang mampu melegakan diriku,
Selama mana pun kita tak ketemu,
Percayalah, kau tetap di hatiku,

Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna aku tak mahu hidup dalam menderita,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna tiada siapa yang mampu menemani hidupku selain diri mu,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu yang menerangi hidupku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu racun,
juga penawar dalam diriku,
Aku takut akan kehilangan mu,
Kerna kamu cinta ku.

Tuesday, May 17, 2011

Diriku sebagai JURULATIH (episod 2)..

Aku ada post-kan 1 entry tentang diri aku sebagai jurulatih futsal. Nak tahu macam mana pencapaian aku ketika itu, kilik DI SINI. :)

Entry kali ini aku up-kan sikit level-nya. Kalau sebelum ini aku training untuk bebudak tadika, tapi kali ini aku ditugaskan untuk melatih budak darjah 6. Budak UPSR.

Ada sebuah kejohanan futsal yang dianjurkan oleh pihak Masjid Lama, Kampung Permatang Badak. Memandangkan aku ni selalu juga la datang ke masjid tersebut, aku dilantik sebagai salah seorang jurulatih dan perlu mencari anak buah sendiri untuk dijadikan sebuah pasukan futsal. Selain aku, adik angkat (Tingkatan 4) aku pun dilantik sama sebagai jurulatih. So, aku kena challenge adik aku sendiri la. Alhamdulillah, kami berjaya mencari budak-budak untuk dijadikan sebuah pasukan.

Tiba hari kejohanan, peringkat kumpulan pasukan aku menentang sebuah pasukan sekolah agama. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami apabila berjaya menang 4-0. Perlawanan ke-2 kami bertemu dengan pasukan adik angkat aku sendiri, namun kami tak bernasib baik apabila kalah 0-2. Kalah dengan pasukan adik angkat sendiri? Hehe..

Tiba-tiba pihak penganjur membatalkan perlawanan antara pasukan aku dengan pasukan adik angkat itu atas kesilapan jadual. Entah apa masalah pun aku tak tahu. Gembira bukan main aku dan kesimpulannya, pasukan kami masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah. (Ceh.. baru 1 game, memang la takde kalah)

( Yang ber-jersey biru, team adik angkat aku. Yang tak ber-jersey, team aku )


Ok, untuk game ke-2 kami menentang pasukan kampung sebelah. Agak mudah la perlawanan itu, kami menang 6-1. Waah.. menang besar nampak? Last game peringkat kumpulan, kami teruskan dengan rentak cemerlang apabila menang 4-1 ke atas pihak lawan.

Berehat untuk seketika sebelum perlawanan separuh akhir dijalankan.

Lawan pasukan aku untuk peringkat separuh akhir ini juga merupakan pasukan dari kampung sebelah. Rata-rata pemain mereka mewakili sekolah masing-masing. Agak gentar juga lah. Namun, kami tewas dengan jaringan 1-2.

Untuk penentuan tempat ke-3/4, pasukan aku bertemu dengan pasukan sekolah agama yang kami bertemu di awal kejohanan. So, ini kali-2 kami bertemu. Alhamdulillah, kami menang 4-1 dan berjaya merangkul tempat ke-3.

Pasukan adik angkat aku layak ke peringkat final apabila menang 4-3 menerusi sepakan penalti di separuh akhir dan bertemu dengan pasukan yang kalahkan kami di peringkat yang sama. Syukur, pasukan adik angkat aku itu berjaya bergelar juara apabila menang 3-1 juga menerusi sepakan penalti.

Tempat ke-3


Naib juara


Juara

Keputusan muktamad, pasukan aku meraih tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. Hah? Kejohanan sebelum ni tempat ke-3, kali pun tempat ke-3 lagi ke? Tak mengapa lah, bangga dengan pencapaian sendiri, Adol Ihsan. Yang tak best nya, kalah dengan pencapaian adik angkat aku. Huhu..

Pasukan Juara


Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..