Sahabat..

Thursday, January 21, 2010

tolong saya..

Inilah pengalaman yang aku takkan lupa di mana ia berlaku ketika aku tingkatan 5 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Kejadian yang hampir meragut nyawa junior aku. Petang Ahad, pihak sekolah mengarahkan semua pelajar bergotong-royong mengecat dorm. Termasuk dorm aku yang aku duduk dengan junior-junior aku. Diaorang semua tingkatan 1 dan aku dah anggap mereka macam adik aku sendiri. So, kami pun mula mengecat dorm. Kami sepakat nak cat dengan warna hijau. Katil-katil 'double-decker' yang berada di sebelah dinding, kami tarik ke tengah dorm bagi memudahkan proses mengecat. Selepas siap kerja itu, aku berehat di katil paling hujung dalam dorm bersama beberapa orang junior aku. Dan ketika itulah..

'TANG...',

Aku dengar satu bunyi kuat seperti ada sesuatu yang berlaku. Aku pun bangun dari katil tu dan pergi ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya bunyi kipas siling yang berputar dan terkena siling dorm.

"Abang, tolong saya bang.."

Dan tiba-tiba, EDDY, salah seorang junior aku terus meluru ke arah aku sambil tangan kanan memegang dahi dia yang berlumuran darah. Berderau jantung aku ketika itu, aku mendapatkannya dan setiba dia di pangkuan tangan aku, Eddy terus rebah tak berdaya. Baru aku sedar yang dahi Eddy baru sahaja dilibas kipas siling yang ligat berpusing dalam dorm. Aku terus mengalihkan tangan dia, dan jelas di depan mata aku dahi dia terbelah dan darah terus menerus keluar tanpa henti. Dah macam airmata air. Tak sampai 5 minit, dorm aku dah penuh dengan pelajar-pelajar lain yang nak tengok apa yang berlaku.

"Bang, sakit bang.., tolong Eddy, bang.."

Aku ingat lagi rintihan dia ketika tangan kiri aku memangku kepala dia dan dia memegang erat tangan kanan aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Hanya berserah pada Allah. Aku menyuruh salah seorang pelajar di situ memanggil warden yang bertugas. Sambil menunggu warden itu, seorang pelajar tingkatan 4, bernama ALOY datang dengan peti kecemasan di tangannya. Alhamdulillah, lega sikit hati aku memandangkan dia ahli PBSM. Dia terus buka peti itu, dan yang tinggal hanyalah kapas dan beberapa alatan kecemasan yang dah tak boleh digunakan lagi. Mengeluh aku..

Darah masih lagi keluar, dan aku terus meminta siapa-siapa yang ada sapu tangan untuk menutup luka itu. Tapi tiada, seorang junior aku terus mengambil 1 sarung bantal dan bagi kepada aku. Aku tutup luka di dahi Eddy. Rambut dia dah basah bermandikan darah, apatah lagi tangan aku. Ketika itu, aku hanya duduk mencangkung dan semua anggota badan aku dah jadi kebas.

"Ya Allah, selamatkanlah 'adik' aku ini ..."

Aku berdoa dalam hati. Beberapa orang warden tiba bersama pihak hospital sambil Eddy masih di pangkuan aku. Dia tak lepas dari menggenggam erat tangan aku. Aku pun perlahan-lahan bangun dan beredar dari situ bagi membolehkan doktor mengambil alih tugas. Tangan aku masih penuh dengan kesan darah yang pekat dan aku duduk di atas katil. Degupan jantung aku kencang, peluh keluar, dah rasa macam nak pengsan. Dari jauh, aku dapat lihat ketika doktor mengalihkan sarung bantal yang aku guna untuk menutup luka Eddy, darahnya memancut 3 kali.

Eddy dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Aku ke bilik air untuk membersihkan tangan, junior2 aku yang lain bersihkan tempat yang masih ada darah. Memang penuh darah atas lantai dorm. Lepas itu, aku dapat tahu punca macam mana dahi Eddy terkena kipas siling.

Memandangkan semua katil 'double-decker' dah dialih ke tengah dorm, ada diantara katil yang berada betul-betul bawah kipas siling itu. Eddy panjat katil atas untuk berehat. Bila dia nak lompat turun dari katil itu, masa itulah kepala dia terkena bilah kipas siling itu. Memang siling dorm kami rendah, tapi nak buat macam mana.

Malamnya aku memang tak dapat tidur mengingatkan kembali peristiwa ngeri petang itu. 2 hari lepas itu, Eddy dapat cuti dan balik rumah. Selepas seminggu bercuti, dia balik STAR semula dan keadaan dia stabil, alhamdulillah...
Dan selepas kejadian itu, Eddy menjalankan kehidupan di STAR seperti biasa.

Gambar di bawah adalah dorm tempat kejadian berlaku. Sori, gambar tak berapa nak sharp. huhu..


3 comments:

ZuLsYaMiN said...

huhu...aku ade time tu..
cuak siot...

adol ihsan said...

haha.. tahu pon,,
ngeri..

gadisBunga said...

erk....eiii....ngeri!


lain kali, hati-hati tahu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..