Sahabat..

Monday, January 17, 2011

kisah demam campak..

Pagi ini aku baru membantu rakan baik aku pulang ke hostel kerana beliau demam. Kira 'escort' dia la. Tanggungjawab sebagai kawan, perlu membantu antara 1 sama lain.
Keadaan dia yang agak tenat merisaukan aku.
Sebelum ini pun, dia dah bercuti selama seminggu. Mungkin tempon masa itu masih belum cukup untuk beliau sembuh dengan sepenuhnya.

Kejadian itu mengingatkan aku kembali tentang 1 kisah yang pernah terjadi ketika aku masih berada di tingkatan 5 di sekolah bintang. Kejadian yang berlaku melibatkan diri aku sendiri dengan seorang 'junior' aku tingkatan 1, Marwan. Dia ini boleh dikira sebagai 'adik' aku la sebab dia agak rapat dengan aku.

Petang Rabu, aku terlihat Marwan berehat di bilik rehat sembil menonton televisyen tapi keadaan dia yang agak lemah menimbulkan tanda tanya dalam diri aku.
"Dia tak sihat ke?" hatiku bertanya.
Untuk mendapatkan kepastian, aku panggil dia dan bertanya kalau-kalau dia ada apa-apa masalah.
Dia jawab yang dia ok aje namun aku masih tak berpuas hati dengan jawapannya.
Tiba-tiba aku terlihat sesuatu pada leher Marwan seperti 'sebutir' air bisa. Dia cuba menutupnya dengan tangan tapi sempat aku tahan.


Rupa-rupanya Marwan terkena demam campak. Dalam hati aku dah mula takut. Aku tak bagi dia pergi prep petang, hanya berehat dalam dorm. Tapi dia berdegil mahu pergi jugak, aku pun tidak boleh nak buat apa-apa la. Kehendak dia, mana mungkin aku boleh nak paksa dia.

Selepas pulang dari prep petang itu, Marwan hanya berehat di atas katil dan suhu badan dia dah mula naik. Panas.
Hati aku pun dah mula risau dengan keadaan dia.
Malamnya, aku hanya bagi dia sebiji Panadol sebagai langkah awal untuk demam campak dia. Dan suhu badan dia masih panas, kesan campak pada tubuh badan dia pun dah mula ada. Sepanjang malam aku menjaga dia, tanggungjawab 'abang' terhadap 'adik'. Chewaah...

Pagi Khamis, aku membawa Marwan berjumpa warden yang bertugas untuk membawanya ke klinik. Bas atau 'coaster' yang digunakan untuk membawa pelajar yang sakit ke klinik bertolak pada pukul 8.30 pagi. Aku teman di menunggu dan selepas semua selesai, baru la aku masuk ke kelas. Aku sedar yang aku dah lewat, tapi takpe la. Pandai-pandai la aku jawab dengan cikgu tu nanti.
Malamnya, keadaan Marwan masih lemah dan aku perlu menjaganya lagi. Aku bagi dia makan ubat yang doktor bagi, dan dia hanya berehat sepanjang malam itu.

Jumaat, kebetulan sekolah aku bagi cuti hujung minggu untuk pelajar-palajar pulang ke rumah. Mana rumah yang dekat, boleh la pelajar pulang dan mana pelajar yang rumahnya jauh, lupakan la untuk pulang. 'Stay' di sekolah aje.
Aku cadangkan supaya Marwan pulang ke rumahnya di Kelantan. Yelaa., walaupun jauh, aku yakin dia akan dapat keperluan yang secukupnya untuk dia sembuh dari demam campak itu.

So, petang Jumaat itu, dalam pukul 6.30 aku hantar dia ke stesen bas Medan Gopeng. Selepas beli tiket, kami sembahyang maghrib di surau yang disediakan. Kalau tak silap aku, waktu bas bertolak ke Kota Bharu yang tertera pada tiket bas itu ialah pada pukul 10 malam.
Sebelum menaiki bas, aku ajak Marwan makan. Perjalanan jauh, badan mesti bertenaga.

Berselera dia makan malam itu. Yelaa.. 2 hari tak makan makanan berat. Alhamdulillah, senang hati aku tengok. Kami berborak panjang sambil menunggu waktu bas bertolak.
Ketika jam hampir menunjukkan pukul 10, dia bersiap-siap untuk ke platform yang ditetapkan.
Saat dia menaiki bas, aku berdoa dalam hati agar keadaan dia baik-baik sahaja tanpa ada masalah. Bas pergi meninggalkan Medan Gopeng, juga meninggalkan aku.

Aku mengambil teksi untuk pulang semula ke sekolah. Ketika itu, macam-macam bermain dalam fikiran aku. Fikir tentang keadaan Marwan, dan yang paling penting fikir macam mana nak masuk ke kawasan sekolah itu semula.
Kalau nak panjat pagar, macam tak sampai hati.
Kalau nak ikut pintu hadapan, nak jawab apa dengan 'pak guard'?
Kalau tak masuk langsung, nak tidur kat mana?
Last-last, aku ambil keputusan untuk masuk melalui pintu hadapan. Dengan cara 'halal'.
Berhentinya teksi di pintu utama sekolah, jam hampir menunjukkan pukul 11 malam.

"Hah.. Kamu 'fly' ke?.." Tanya 'pak guard'.

Dengan tenangnya aku menjawab,
"Ingat nak balik rumah, bang, tapi tiket bas dah habis la. So, nak tak nak kena balik sekolah semula.."

"Ohh, kesian kamu..." Itu je yang keluar dari mulut 'pak guard'.

Aku pun terus pulang ke dorm. Tapi dalam hati pun ada rasa bersalah jugak sebab tipu 'pak guard' itu.
Malamnya aku rasa tak senang hati dengan apa yang terjadi hari itu.
"Camne la adik aku tu..? Harap-harap dia ok-ok je.." hati aku berbisik.

Alhamdulillah. Sekembalinya Marwan ke sekolah, keadaan dia dah sembuh sepenuhnya walaupun parut daripada kesan camapak itu masih ada. Gembira aku.
Dan dia menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang pelajar sekolah bintang.

Kisah ini akan aku ingat sampai bila-bila.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..