Sahabat..

Wednesday, February 16, 2011

keputusan Liga-liga Juara Eropah 2011..

Entry kali ini ringkas sahaja, berkenaan keputusan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah peringkat 16 pasukan terbaik.

Awal pagi tadi menyaksikan wakil dari Sepanyol, Valencia hanya sekadar seri 1-1 dengan Schalke 04. Valencia membuka jaringan pada minit ke-16 hasil jaringan Roberto Soldado. Namun, Raul Gonzalez berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-64 buat Schalke 04.

Dalam perlawanan lain, Peter Crouch menjadi wira bagi Tottenham Hotspurs selepas gol lewat beliau berjaya menghadiahkan kemenangan buat pasukannya ke atas AC Milan. Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-80 selepas hantaran dari pemain sayap Spurs, Aaron Lennon berjaya disempurnakan oleh Peter Crouch.

Aksi Peter Crouch selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan.


AC Milan akan berkunjung ke Stadium White Hart Lane bagi perlawanan timbal balik kedua menentang Tottenham Hotspurs pada 9 Mac 2011. Begitu juga dengan perlawanan di antara Schalke 04 menentang Valencia yang mana Schalke 04 menjadi tuan rumah di Stadium Arena Aufschalke.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..