![]() |
Moga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kita bersama.. |
Sahabat..
Wednesday, July 25, 2012
Salam Ramadhan ..
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua sahabat sekalian .. =)
Tuesday, July 17, 2012
QPR 5-0 SABAH..
Pasukan Queens Park Rangers (QPR) menang besar 5-0 ke atas pasukan pilihan Sabah dalam perlawanan persahabatan Siri Jelajah Asia 2012 di Stadium Likas, Sabah.
Pasukan QPR mendapat gol pertama seawal minit ke-7 hasil jaringan Bobby Zamora. Keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan. Bermula separuh masa kedua, QPR berjaya memperoleh gol kedua merusi jaringan Heidar Helguson pada minit ke-64. Selepas itu, Jay Bothroyd meletakkan QPR 3-0 selesa dihadapan apabila menyumbat gol ketiga. Gol keempat dan kelima QPR dihasilkan oleh Djibril Cisse.
Sunday, July 15, 2012
Bas Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Kebiasaannya setiap sekolah pasti ada bas masing-masing untuk kegunaan sekolah tersebut. Tak kisah la, untuk ke rombongan ke, bawa student ke mana-mana ke, yang pasti bas itu akan digunakan untuk kepentingan sekolah berkenaan.
Tapi ada sedikit perbezaan yang mana semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mempunyai bas yang sama. Mungkin pihak SBP nak selaraskan jenis bas yang digunakan oleh semua Sekolah Berasrama Penuh. Design setiap bas adalah sama, cuma nama sekolah yang tertera pada bas itu sahaja yang lain. Tapi agak style jugak la design bas SBP dan yang pastinya akan ada badge Kementerian Pelajaran Malaysia tertera di bahagian hadapan setiap bas SBP.
![]() |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang |
![]() |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam |
![]() |
Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah |
![]() |
Sekolah Berasrama Penuh Sri Puteri |
![]() |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh |
Tiap kali kalau aku terserempak dengan bas SBP ni kat mana-mana, aku akan jadi excited. Excited nak tahu bas SBP mana. Memandangkan aku ex-student Sekolah Tuanku Abdul Rahman, kira dah pernah la merasa naik bas SBP ni. Sebab itu bila terserempak je dengan mana-mana bas SBP ni, tersenyum aku. =)
Keluarga futsal ..
Saturday, July 14, 2012
bila kisah lama diungkit kembali..
Sejak akhir-akhir nie aku teringatkan sekolah lama aku. 5 tahun menuntut ilmu di sana, banyak kenangan pahit manis dah aku cipta. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) diberi nama. Aku pun tak pasti apa sebab kenapa tiba-tiba aku merindui bumi STAR. 3 hari lepas aku ada termimpi sekali tentang STAR dan last aku jejak kaki ke sana time sport day bulan April lepas.
Ada orang cakap, kenangan yang kita ada memang tak dapat nak kita padamkan dari hidup kita. Tapi sekurang-kurangnya cubalah untuk menghargai setiap kenangan tersebut. Untuk pengajaran dalam kehidupan yang mendatang. Aku harap Tuhan bagi pentunjuk kepada aku untuk aku tahu apa makna semua ini. Mudah-mudahan. =)
..Once a STARIAN, always a STARIAN..
Thursday, July 12, 2012
siri baru Keluarga Iskandar
Ada sebuah siri baru yang ditayangkan di Astro Prima, KELUARGA ISKANDAR. Siri yang bertemakan keadaan dalam sebuah keluarga. Aku nak bercerita panajang pun tak reti, sebab baru 2 episod ditayangkan di kaca TV. Aku pun hanya sempat tengok episod yang pertama sahaja disebabkan semester baru kolej aku dah bermula. Nak tengok macam mana ? Rumah sewa aku mana ada TV. Nak tak nak, kena la tengok secara online. Tu pon kalau ada sumber nye. Setakat ni aku search macam takde. Di YouTube pun takde, tonton pun takde.
Apa-apa pun, aku nak tengok jugak !! Kena search online sampai dapat cerita ini sebab naluri aku mengatakan siri ini memang layan. Haha.. Kira sempoi la. Takde sedih-sedih, takde aksi-aksi. =)
Apa-apa pun, aku nak tengok jugak !! Kena search online sampai dapat cerita ini sebab naluri aku mengatakan siri ini memang layan. Haha.. Kira sempoi la. Takde sedih-sedih, takde aksi-aksi. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)

adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..