Kebiasaannya setiap sekolah pasti ada bas masing-masing untuk kegunaan sekolah tersebut. Tak kisah la, untuk ke rombongan ke, bawa student ke mana-mana ke, yang pasti bas itu akan digunakan untuk kepentingan sekolah berkenaan.
Tapi ada sedikit perbezaan yang mana semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mempunyai bas yang sama. Mungkin pihak SBP nak selaraskan jenis bas yang digunakan oleh semua Sekolah Berasrama Penuh. Design setiap bas adalah sama, cuma nama sekolah yang tertera pada bas itu sahaja yang lain. Tapi agak style jugak la design bas SBP dan yang pastinya akan ada badge Kementerian Pelajaran Malaysia tertera di bahagian hadapan setiap bas SBP.
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang |
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam |
|
Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah |
|
Sekolah Berasrama Penuh Sri Puteri |
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh |
Tiap kali kalau aku terserempak dengan bas SBP ni kat mana-mana, aku akan jadi excited. Excited nak tahu bas SBP mana. Memandangkan aku ex-student Sekolah Tuanku Abdul Rahman, kira dah pernah la merasa naik bas SBP ni. Sebab itu bila terserempak je dengan mana-mana bas SBP ni, tersenyum aku. =)
No comments:
Post a Comment