Semalam,
26 Ogos 2012. Genap setahun pemergian arwah Zahiruddin buat selama-lamanya. Sahabat sekolej aku yang selalu bersama dengan aku walau nak ke mana sekali pun. Beliau telah meninggal dunia pada pagi Jumaat,
26 Ogos 2011 bersamaan
28 Ramadhan 1432 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah untuk menyambut Aidilfitri di Perak.
Aku sempat menghabiskan masa aku dengan dia pada malam sebelum dia pergi. Atas permintaan arwah, aku membantu dia menyiapkan assignment
English dia yang perlu dihantar pada pagi Jumaat itu. Dan malam itu adalah malam terakhir aku lepak bersama dia.
Al-Fatihah ..
5 comments:
al-Fatihah..
Alang Ridhwan :
=)
Al-Fatihah. Moga sahabat tuan di tempatkan di kalangan org yang beramal soleh & beriman.
Khairul Hakimi B. Muhammad :
Al-fatihah .. =)
Al-fatihah buat kawan kamu...
Post a Comment