Sahabat..

Sunday, January 30, 2011

kem pertahanan awam..

Aku baru pulang dari Kem Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Seremban, Negeri Sembilan. Kem yang dijalankan selama 4 hari bermula hari Khamis, 27/1/2011 hingga Ahad, 30/1/2011 itu disertai oleh kolej aku iaitu Kolej Profesional Mara, Beranang dan Kolej Mara, Seremban. Program ini adalah sebahagian daripada ko-kurikulum di kolej aku.

Hari pertama aku di sana, tidak berapa sempurna sebab banyak perkara yang tidak menyenangkan hati aku. Contohnya dapat jurulatih yang garang. Aku memang tak boleh kalau dapat tenaga pengajar yang garang-garang ni.
Seperti biasa, peserta kem wajib membotakkan kepala mereka termasuk aku. Jadi, secara terpaksanya aku merelakan rambutku dibotakkan oleh jurulatih di sana. Kira nampak la ke'bulat'an bentuk kepala aku.

sebelum di'botak'kan (senyum) ..


selepas di'botak'kan (susah nak senyum)..

Ada kes yang mana 5 orang peserta telah dihantar pulang dan gagal untuk meneruskan kem ini sebab mereka tidak mahu dibotakkan kepala mereka. Aku pun hairan, ada juga manusia yang mementingkan rambut daripada masa depan mereka. Sebab tanpa kelulusan daripada kem ini, peserta tidak boleh menghabiskan pembelajaran mereka di kolej mereka. Nasib baik mereka dipanggil terima kembali untuk meneruskan kem ini.
Bagaimana denga rambut mereka?
Akhirnya, mereka juga botak seperti peserta-peserta lain.

'mesin botak'..

Antara akitiviti lain, cara melepaskan diri daripada bangunan yang terbakar. Para jurulatih menunjukkan simulasi sebenar bagaimana jika kita ingin melepaskan diri apabila berlaku kebakaran. Jadi, aku cerita secara ringkas la tentang caranya.
  • Tutup hidung dengan kain yang basah bagi menghalang asap daripada memasukinya. Kita boleh membasahkan kain itu dengan air yang ada berhampiran dengan kita seperti air mineral. Jika tiada, kita boleh meludah ke kain itu. Jurulatih itu ada pesan, pilihan terakhir untuk membasahkan kain itu adalah dengan kencing ke atasnya.
  • Merangkak, cari dinding yang paling kanan.
  • Dalam keadaan yang panik seperti itu, sudah tentu kita tidak dapat melihat kerana asap yang tebal. Jadi, untuk mencari jalan keluar, kita perlu meraba-raba dinding yang paling kanan itu menggunakan belakang telapak tangan kanan.
  • Tangan kiri digunakan untuk menutup hidung.
Aktiviti lain, kawad kaki. Secara keseluruhan aku berjaya melakukan kawad tersebut dengan bantuan jurulatih, Sarjan Syam. Aku dan peserta lain juga diberi pendedahan tentang CPR, jadi sedikit sebanyak aku dapat menimba ilmu pegetahuan bagaimana untuk memberi pertolongan awal kepada mangsa. Simpulan dan ikatan juga diajar oleh jurulatih.

Kami tidak berkesempatan untuk bersukan atau beriadah di waktu petang kerana kesuntukan masa. Sebab itu, ada ketika masanya kami terlewat menghadirkan diri ke program-program yang telah ditetapkan. Pada malam terkahir, diadakan ujian bagi menentukan kami ini lulus atau tidak dalam kem JPAM ini.

Di sana juga, aku berkesempatan bertemu semula dengan kawan seperjuangan aku ketika di sekolah bintang iaitu SYAHMI@BOO dan FIRDAUS@FIDO. :)
Penginapan kami di sana ditetapkan di dorm di bawah tanah. Jadi, tiada alasan untuk mengatakan tempat tidur kami tak selesa, kerana dorm tersebut mempunyai penghawa dingin.

Akhir sekali, aku berterima kasih kepada semua jurulatih kerana mengajar dan memberi ilmu kepada aku tentang teknik-teknik memberi bantuan kecemasan.


wajah botak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..