Sahabat..

Monday, January 24, 2011

angin sepoi-sepoi bahasa..

Semalam, tatkala aku ingin melelapkan mata untuk tidur, tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa menerjah masuk melalui tingkap rumah sewa aku.
Kedinginan angin itu jelas terasa oleh tubuh badan aku. Aku kemudian menarik selimut dan cuba untuk tidur. Namun gagal.

Dan pada saat itu juga, ingatan aku terus melayang mengingatkan kembali suasana malam di sekolah bintang aku apabila semua pelajar sedang tidur. Aku masih ingat, malam yang tenang diselangi dengan angin yang meniup menemani aku untuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi SPM.

angin dari padang yang cukup untuk melenakan pelajar..

Bayu angin yang dingin dari padang yang luas terus menerjah masuk melalui tingkap-tingkap asrama sekolah bintang aku. Dan aku yakin, tiada seorang pelajar pun yang boleh terjaga dari tidur dek kerana tiupan angin yang lembut itu.
Aku sendiri selalu termenung di tingkap dorm aku, membiarkan tubuh badan aku dicucuk angin sejuk. Ketika itulah, aku dapat rasakan seolah-olah semua bebanan yang ada dalam diri aku lenyap untuk seketika. Tenang.

Sehinggalah ke hari ini, aku mungkin tidak akan dapat untuk lupakan suasana malam di sekolah bintang aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..