Sahabat..

Wednesday, October 20, 2010

kenangan demi kenangan S.T.A.R..



Hmm.. Satu hari aku ada terbaca blog senior aku masa kat STAR dulu. Post dia berkisar tentang memori-memori dia ketika di STAR dulu.
Dalam hati aku pun ada terdetik juga, rupa-rupanya bukan aku seorang sahaja yang masih rindu pada bumi STAR, masih ada lagi insan yang lain.

Betul, memang susah nak lupa semua kenangan itu. Aku sendiri selalu terkenang kembali peristiwa-peristiwa di STAR. Dan semua peristiwa itu mengajar aku dalam kehidupan aku di dunia ini. 5 tahun aku di STAR, banyak kenangan pahit dan manis yang aku telah rasa. Bersama batch aku yang seperti sebuah keluarga yang besar. Belajar bersama, bermain bersama, gelak ketawa bersama, gembira sedih bersama. Tapi tak mungkin semua itu boleh berulang kembali.





Teringat kembali ketika cikgu sedang bersungguh-sungguh mengajar di depan, ada dalam kalangan pelajar yang tidur di belakang. Sekali cikgu tegur, tersedar. Tapi selepas itu sambung balik tidur tu.



Ada juga pelajar yang sibuk membaca surat khabar. Macam dah tak sempat nak baca waktu lain. HIBURAN tak berapa layan sangat, bahagian SUKAN memang popular.
Sebab itu, bila dapat surat khabar Star, mereka mesti akan membacanya bermula dari muka surat belakang. Tak kurang ada juga ada pelajar yang bersembang. Cikgu bercakap di depan, mereka buka kedai kopi di belakang.

"Ko nak outing ke mane sabtu ni?"
"Ntah, lepak JJ jom?"

Outing la antara aktiviti yang paling bahagia bagi pelajar STAR setiap minggu. Bermula pukul 10 pagi setiap hari Sabtu, semua pelajar dibenarkan keluar. Dan masuk balik ke kawasan sekolah sebelum pukul 5.30 petang.
Ada yang ke Jaya Jusco, Ipoh Parade, dan Kompleks Yik Foong. Itu antara tempat yang popular la. Dan tempat yang paling popular, Taman Cempaka.




Semua keperluan pelajar ada di situ. Sempurna.
Dari cyber cafe, kedai gunting rambut, kedai jahit pakaian, kedai runcit, kedai handset, kedai jam, kedai makan, kedai alat tulis, hinggalah ke kedai cermin mata. Perkhidmatan dobi pun ada. Pendek kata 1001 keperluan ada kat Taman Cempaka itu.
Alangkah seronoknya kalau dikenang kembali.

Teringat juga tatkala baju yang banyak tak dibasuh, dikumpul semuanya dalam 1 baldi, dengan memakai tuala, bersiap dan terus ke bilik air. Kedengaran bunyi berus basuh ligat membasuh. Buih sabun yang memenuhi lantai bilik air itu.
Kebiasaan aktiviti membasuh ini dilakukan beramai-ramai. Tak lah rasa bosan sangat, baju yang melambak-lambak tu, rasa sekejap je basuhnya. Tak sah kalau tak main air. Dengan lantai koridor yang basah, berkejaran sesama rakan-rakan.
Gembira.



Di saat lampu dorm yang kena tutup apabila siren terdengar, menandakan jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Namun ada lagi dorm yang masih terang.
Apa yang pelajar buat?
Ada yang makan maggy, ada yang iron baju, ada juga pelajar yang 'kiwi' kasut. Awal-awal tak nak buat. Bila dah bunyi siren baru la nak buat semua kerja itu.
Habis semua kerja tu, tidurlah mereka dalam suasana STAR yang sejuk.

"Bangun, bangun... subuh"

Masih terngiang-ngiang lagi ungkapan itu. Warden yang bertugas menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengejutkan pelajar STAR dari ulikan mimpi. Berbekalkan rotan yang sering kali hinggap di buntut pelajar yang masih tidur dan susah nak bangun, warden akan ke setiap blok. Ada pelajar yang awal-awal lagi dah bangun. Alhamdulillah..
Dan ada juga yang liat nak bangun.
MasyaAllah..

"Saya kira sampai 10.. Siapa yang tak bangun, saya rotan"

Barulah pelajar bergegas keluar dari dorm, menuju ke Surau Al-Hamdaniah, STAR. Punya la kuat aura ugutan warden tu, tak sampai 5 minit, dorm dah 'clear'. Semua pelajar dah ke surau.



Dan sampainya pelajar di surau, mereka sambung balik tidur mereka. Sampai terlentok.
Ada yang tertidur ketika sembahyang subuh, kebiasaannya masa sujud. Sampai imam dah bagi salam, ada lagi pelajar yang tak bangun dari sujud. Ngantuk sangat.

Tak lupa juga ketika riadah waktu petang. Pukul 5.30 petang, padang STAR yang luas tu penuh dengan pelajar. Ada yang main rugby, bola sepak, dan hoki. Selain itu, ada juga sesetengah pelajar yang main basketball dan bola tampar.
Kira budak sukan juga la Starian ni.
Tapi jika hujan turun, semua pelajar berhenti bermain ke? Tak. Selagi tiada cikgu yang suruh berhenti dan ribut kuat, selagi tu la mereka akan terus bermain.
Keras hati betul.





Hari Ahad, merupakan hari yang agak 'malas' lah dalam kalangan Starian.
'Inspection'.
Aktiviti wajib tiap hari Ahad. Masa ni lah boleh tengok budak-budak STAR buat kerja suri rumah. Menyapu sampah, kemas katil, kemas stor, cuci cermin, cuci 'toilet', lap kipas. Kira blok mesti dalam keadaan bersih la.
Warden akan datang periksa. Kalau keadaan dorm tak memuaskan, ada lah denda yang pelajar akan kena nanti.
Teringat pula ya, kuku mesti pendek. Sebab perkara yang pertama akan diperiksa pada pagi 'inspection' itu ialah kuku. Tapi kebiasaannya, pengawas yang periksa.



Selain itu, tak lupa juga pada dinning hall yang telah banyak berbakti pada pelajar STAR. Ada hari yang lauk memang 'tip top', ada hari yang lauk macam tak best.
Lauk yang menjadi lagenda sepanjang zaman, 'lauk ikan keramat'. Tak tahu nak 'describe' macam mana lauk tu.
Tapi sekarang dinning hall dah maju, lauk yang disediakan juga semua memenuhi citarasa pelajar yang sebelum nie memang tinggi 'taste' mereka. Memilih dan cerewet.

Dan itu lah sedikit sebanyak peristiwa yang mungkin takkan hilang dari bumi STAR. Tiap kali aku kenang balik, rasa nak sangat kembali ke masa itu. Gembira, bangga, bertuah, semua perasaan itu muncul.
Bermula tahun 2004 aku menjejak kaki di bumi bertuah, STAR sehinggalah hujung tahun 2008, 5 tahun aku hidup di sana. Bersama rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru yang telah banyak berkorban, pelbagai kenangan yang betul-betul bermakna dalam hidup aku.
Dan tak mungkin aku akan lupa sehingga akhir hayat aku.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

2 comments:

zainy ismail said...

aiseyh....cerita yang menyangat hati ko ni wat ak tringat plak kat STAR...cane la skg ni kawan2 kita yg laen ek..

adol ihsan said...

huhu.. tu la .. rase nak masuk STAR balik la.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..