Sahabat..

Sunday, February 20, 2011

rahsia di sebalik budu..


Budu ... makanan yang berasal dari negeri-negeri sebelah pantai timur Malaysia. Apa rahsianya? Apa khasiatnya? Inilah sedikit sebanyak khasiat yang terdapat dalam makanan ini hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, dan Jerman.

  • Budu memiliki 'glutathione' sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan menghalang kanser.
  • Mencegah terjadinya penyakit 'degeneratif' seperti 'aterosklerosis', koroner jantung, penyakit kencing manis, dan kanser.
  • Mengandungi zat antibakteria penyebab cirit, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  • Mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit cirit kronik akibat kurang zat pada tubuh.
  • Mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkannya.
  • 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
  • Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak.
  • Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
  • Penyelidikan yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur 'genestein' dan 'phytoestrogen' yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
  • Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
  • Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Jadi, apa tunggu lagi. Berjinak-jinaklah dengan mengamalkan pemakanan budu ni ye. Moga-moga mendapat kesihatan yang baik.

2 comments:

white rose said...

perrgghhh...budu...

dah lama tak makan, nak buat tak reti...

adol ihsan said...

hehe.. khasiatnya dah terbongkar..
haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..