Sahabat..

Tuesday, February 1, 2011

CONTEST GURAUAN TERLAMPAU BY HANYS..

Opps.. contest lagi..?? Ini adalah contest yang kedua semenjak aku memegang jawatan sebagai seorang blogger dalam arena blogspot ini. Contest yang dianjurkan ini, bertemakan 'gurauan' yang melampau yang pernah berlaku dalam hidup kita. Tak kiralah ianya berlaku terhadap kita, atau kita yang melakukannya terhadap orang lain, atau ianya tak pernah berlaku terhadap kita tetapi kita yang menyaksikannya di depan mata kita.

Sila ke blog HANYS untuk maklumat lanjut.


Kejadian ini berlaku ketika saya dan rakan-rakan lain sedang lepak di kawasan padang berhampiran kampung saya di Kuantan. Sudah menjadi kebiasaan kami untuk melepak di tepi longkang yang bertembok batu seperti yang ada di tepi-tepi jalan. Berborak, berkongsi cerita, bergurau senda, itu semua sudah menjadi lumrah dalam hidup kami sebagai sahabat apabila berkumpul.

Selalunya dalam kalangan kami, pasti ada budak-budak berumur dalam lingkungan 12 tahun yang lepak sekali. So, kami boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara kami. Dan selalu juga kami bergurau senda sesama kami.

Pernah sekali gurauan yang agak melampau terjadi. Kira 'gurauan maut' la, tapi bukan terhadap saya. Gurauan ini berlaku antara seorang budak, Amin dan kawan saya, Ajah. Ajah sedang duduk diatas tembok batu longkang sambil bermain handphone. Tiba-tiba Amin datang dan geletek pinggang Ajah dari belakang. Ajah yang begitu khusyuk, terkejut kerana geli dan entah macam mana dia terjatuh longkang. Kami pun ketawa la.

Tiba-tiba Ajah bangun dengan tangan dia memegang bahagian belakang badannya. Saya nampak kesan darah pada baju dia. Bila saya selak baju dia, kelihatan luka yang agak teruk di bahagian belakang tersebut. Sementara dia menahan luka yang pedih itu, saya suruh adik saudara saya mengambil minyak gamat di rumahnya. Dapat je minyak itu, terus saya sapu kat bahagian luka itu. Saya sendiri pun dapat bayang macam mana rasa pedih dengan luka itu.

Rupa-rupanya luka itu berpunca ketika Ajah jatuh ke dalam longkang, bahagian badan dia bergesel dengan tembok longkang yang berbatu itu. Dah la permukaan tembok itu kesat, mesti la bahagian belakang dia dengan senangnya terluka. Tiba-tiba Amin datang mintak maaf dengan Ajah dan nampak la bersalah pada muka Amin. Amin bagi tahu yang dia tiada niat pun nak buat macam itu, just sekadar nak bergurau je. Ajah tersengih.



Saya rasa itulah kejadian gurauan yang melampau pernah terjadi depan mata saya.
Huhuhu..

4 ORANG YANG SAYA MAHU TAG :


9 comments:

h A n Y S said...

uish..sampai luka2~melampau gak gurauan ni..
btw, tQ join contest ni~
;)

adol ihsan said...

:) ..

same2,,

Areef Ibn Naim said...

salam adol,

tq sudi taq sy, rs nak join gak, tp nak cari gambar dulu...

tula, kkdg tu dr bergurau leh jd bergaduh... dr bergurau leh jd menangis... so, berpada-padalah ketika bergurau...

IMANSHAH said...

Good luck adhol

adol ihsan said...

encik areef :

salam, same2 ..
moge tiap gurauan itu dpt merapatkan hbungan silaturahhim sesama kita..

adol ihsan said...

cikgu shahnun :

terima kasih..
cikgu la yg dah bnyk tolong sy ..
mekacih ,, :)

Pendapat Syah said...

jom join contest kempen tak nak buang bayi..

http://myqurratuaini.blogspot.com/2011/02/contest-kempen-tak-nak-buang-bayi.html

adol ihsan said...

pendapat syah :

insyaAllah, akan sy join .. :)

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

adoiiiiiii
sakitnyeeeee :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..