Sahabat..

Tuesday, February 1, 2011

krisis yang berlaku di Mesir..

Aku ada terbaca artikel berkenaan krisis yang berlaku di Mesir. Aku sendiri pun tak tahu apa perkara sebenar yang berlaku di sana. Apa puncanya? Bagaimana perkara ini terjadi? Kesannya? Keadaan di sana? Semua ini bermain dalam kepala aku. Aku pun nak tahu juga dan tak mahu la aku ni dianggap seperti katak di bawah tempurung.

Banyak info dalam artikel tersebut, dan penulisnya meminta sesiapa yang terbaca artikel itu menyebarkan kepada semua orang. Rasionalnya adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang terperinci berkaitan dengan apa yang terjadi di Mesir itu. Tambahan pula, ramai rakyat Malaysia yang berada di sana dan ini keadaan ini membimbangkan semua orang.

Jadi, aku ingin membantu setakat mana yang aku mampu dengan menyebarkan maklumat ini :

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat ini, pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

Ringkasan apa yang terjadi di sana :

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.



1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir.

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera. Ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa disedari.


(kredit gambar)


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat.

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.



3. 5000 banduan terlepas dari penjara.

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini, 5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber : banduan terlepas.



4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak.

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

sumber : update rogol.



5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan.

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dan lain-lain. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.



6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar.

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


(kredit gambar)


7. Bloggers seluruh Malaysia, TAKE NOTE..!!

Sebarkan maklumat berikut dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

  • Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
  • Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
  • Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923.

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com


"Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there."

- Nadia -


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini.

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dan lain-lain. Nak 'copy paste' tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.



9. Bacaan berguna.

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.


Jadi, aku sebagai blogger yang mampu membantu dalam hal ini walaupun sedikit memohon kepada sesiapa yang terbaca entry aku ini untuk menyebarkan kepada umum. Kita berharap agar semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir sana selamat tanpa ada yang terkorban.

Amin ..


4 comments:

IMANSHAH said...

semoga anak2 saya kat mesir selamat

adol ihsan said...

insyaAllah ..
doa kita dari juah moge mereka semua sentiasa dilindungi Allah ,,

IMANSHAH said...

saya nak ajak join contest ni

http://www.abgshah.com/2011/02/contest-gurauan-terlampau-by-hanys.html

adol ihsan said...

cam menarik je.. terima kasih inform.. :)
InsyaAllah akan sy join ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..