Sahabat..

Thursday, February 10, 2011

jangan merajuk, bonda..

Semalam bonda aku menghantar mesej untuk menanyakan khabar berita aku dan nada mesejnya seakan-akan merajuk kepada aku. Aku rasa aku tahu kenapa sebabnya dan aku sedar akan semua itu. Rupa-rupanya aku telah melakukan 1 kesalahan yang besar. Aku tidak menghantar khabar berita kepada bonda ku lantas menyebabkan dia merajuk hati.

Aku mula menyesal dengan tindakan aku, aku tidak cuba untuk memahami hati seorang insan yang bergelar IBU. Naluri seorang ibu ini amat berbeza sekali dan ianya 1 keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.

Kenapa kita boleh bermesej dengan orang lain sedangkan tidak dengan bonda kita sendiri? Bukan lama pun yang diharapkan oleh bonda untuk anakanda mereka menghantar khabar berita. Walau ayat yang ringkas seperti :

"ibu, saya sihat-sihat aje.."

sudah memadai untuk menggembirakan hati mereka. Bonda tidak mengharapkan apa-apa balasan pun dari cahaya mata mereka, cuma kita sebagai anak kepada mereka perlu cuba untuk menjaga hati mereka. Kelak kita akan dilindungi Allah kerana menghormati insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari sebelum kita dapat menjamah alam dunia ini.

Ingat, syurga terletak di bawah telapak kaki bonda. Sementara bonda masih bernafas di muka bumi ini, sayangilah dia dengan sepenuh hati kita sebagaimana bonda menyayangi kita dan menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh ketika kita masih kecil.

Aku sayang bonda ..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..