Sahabat..

Monday, February 7, 2011

selamatkan nenek aku Ya Allah..

Aku baru cuba melelapkan mata sekitar jam 2.30 pagi. Selepas setengah jam aku diulik mimpi, aku terdengar suara ibu mengejutkan aku. Lantas aku bangun dan kelihatan ibu dan ayah aku sedang bersiap-siap untuk ke suatu tempat. Aku pun bertanya bagi mendapatkan kepastian.

Oh.. Rupa-rupanya ibu baru dapat panggilan kecemasan dari makcik aku. Nenek aku tiba-tiba jatuh sakit di rumahnya. Dan kami sekeluarga bergegas ke rumah nenek aku. Sampainya di sana, kelihatan nenek sedang duduk dalam keadaan yang lemah di muka pintu rumahnya ditemani saudara mara aku yang lain. Kami anak-beranak mengambil keputusan untuk menghantar nenek ke poliklinik untuk mendapatkan rawatan. Keadaan nenek yang seakan-akan lumpuh memaksa ayah dan 2 orang pakcik aku memapahnya ke kereta. Sampainya di poliklinik tersebut, nenek diberikan rawatan namun doktor menyuruhnya agar mendapatkan rawatan yang lebih lanjut di hospital besar. Jadi, nenek terpaksa dibawa ke hospital.

Jam menunjukkan 4 pagi. Nenek diberikan rawatan di dalam bilik khas. Aku pun tak tahu apa yang dibuat oleh doktor dan bagaimana rawatan yang diberikan. Aku hanya cuba menahan mata aku yang hampir nak tersungkur ini. Yelaa.. tidur hanya setengah jam. Rawatan nenek berakhir sekitar jam 8 pagi dan beliau terpaksa di tahan di wad. Untuk pagi itu, aku menemani nenek di wad manakala ayah menghantar ibu ke rumah untuk mengambil bekalan untuk nenek ketika di wad nanti.

Perut aku mula berkeroncong, meminta sesuatu makanan. Dengan keadaan yang sejuk, memaksa aku memakai baju sejuk untuk mengelakkan diri dari demam. Kaki aku mulai kebas dan lenguh dek kerana duduk terlalu lama. Dan pagi itu juga, aku masih belum mandi. Ibu tiba dengan bekalan nenek lebih kurang pukul 10 pagi dan aku bersama ayah terpaksa balik ke rumah untuk bersiap-siap ke masjid untuk sembahyang jumaat. Sampainya di rumah, aku terus mandi dan mencuri sedikit masa untuk melelapkan mata seketika.

Keesokan harinya nenek dibenarkan keluar daripada wad dan ibu menyarankan nenek untuk mendapatkan lebih bekalan ubat di klinik swasta. Selang beberapa hari, nenek dah boleh menjalankan kehidupan seharian beliau.

Dan ..

Aku mendoakan nenek cepat sembuh. Amin ..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..