Sahabat..

Wednesday, February 9, 2011

terkejut saya..

Baru pulang dari Bank Rakyat untuk 'bank in' cek elaun aku untuk bulan lepas. Aku mengambil keputusan untuk terus menggunakan 'perkhidmatan' cek ini berbanding kawan-kawan aku yang lain yang mana wang elaun mereka terus dimasukkan ke dalam ekaun mereka masin-masing. Apa sebabnya? Entah..

Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat. Nasib baik ada stesen minyak, aku berteduh la di bawah bumbung stesen minyak itu. Selepas 10 minit, aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah dan sebelum itu aku singgah di Tesco untuk mengeluarkan duit. On the way keluar dari Tesco itu, kelihatan seorang wanita yang juga seorang 'promoter' cuba memancing aku untuk membeli produk dia. Produknya ialah sejenis minyak sapu untuk menghilangkan jerawat.

Mula-mula dia menghulurkan sekeping kertas maklumat tentang produk itu dan terus aku ambil. Yelaa.. sekadar nak mengambil hati dia. Terus dia capai tangan aku dan mengheret aku ke meja dia. Dia sapu sedikit minyak itu ke atas tangan aku, aku yang agak terkejut dengan tindakan dia hanya cuba mengawal diri aku. Lepas itu, dia sapu pula minyak itu ke muka aku. Lagi la aku terkejut. 'Slumber' je dia buat macam itu, aku dah mula malu. So, aku cuba kawal lagi diri aku.

Sampai la dia habis men'demonstrasi'kan produk dia, dia cuba memujuk aku untuk membelinya. Aku menolak dengan cara baik tapi memang nampak wajah kecewa di muka dia. Maaf kak..

Aku juga sempat membeli penyepit untuk 'contact lens' aku. Then, aku terus pulang ke rumah dalam keadaan baju yang agak basah bersama motosikal kesayangan aku.

penyepit 'contack lens'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..