Sahabat..

Monday, February 28, 2011

Maaf, kertas order tercicir..

Jam menunjukkan pukul 9 malam, perut aku dah berkeroncong meminta diisi makanan. Aku pun segera ke kedai makan berhampiran dengan rumah sewa aku bersama rakan serumah aku, Hasif.

Sampai di kedai makan :

"Nasi goreng cendawan 2, fresh oren 2." kata aku kepada kakak yang mengambil order kami.

Setengah jam kami tunggu, tapi masih tak sampai-sampai lagi pesanan kami. Perut dah mula 'memberontak' dah. Aku perasan ada 2 pelanggan yang datang ke kedai itu, tapi boleh dapat pesanan mereka dahulu daripada kami.

Syafiq, teman serumah kami pun tiba untuk join kami makan malam. Dia order nasi goreng cina. 15 minit selepas itu, pesanan dia sampai. Hah..!! Syafiq yang datang lewat daripada kami pun boleh dapat pesanan dia, apatah lagi dengan kami ini. Dah nak dekat sejam tunggu.

Last-last..

"Kak, nasi kami dah siap?" tanya aku.
"Kejap ye .. " jawab dia.

Tak sampai seminit, dia datang.

"Maaf, dik. Nasi korang tengah buat. Tadi kertas order korang tercicir. Sori.." kata kakak tu.

Kami tak dapat nak cakap apa, tunggu je.
Tak sampai 5 minit, dah siap dah. Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.

2 comments:

white rose said...

tercicir?
ke nasi dah habis?

sedap jugak gambar tuh...

bole dimakan...

adol ihsan said...

pas ni mkn kat hotel ..

serik dah ..

hahaha ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..