Sahabat..

Thursday, April 14, 2011

Fadhilat Bacaan Yassin..

Salam semua.

Alhamdulillah, selesainya aku solat Maghrib tadi terus membaca surah Yassin. Yela.. Khamis malam Jumaat kan adalah malam yang lebih afdhal bagi umat Islam untuk membaca surah Yassin. Bukan lama pun kita nak meluangkan masa untuk membaca surah Yassin ni, sekadar 15 minit sahaja. Namun masih ada lagi insan yang di luar sana yang masih lagi 'malas' untuk melakukannya.

Ketika aku bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, majlis membaca Yassin ini akan dilakukan setiap minggu dan dilakukan secara berjemaah di surau sekolah. Kadang-kala ada juga diganti dengan ceramah agama yang mana penceramah itu dijemput dari luar. Tapi jika tiada aral yang melintang, bacaan Yassin tetap diteruskan.

Seingat aku, tahun 2005 ketika aku berada di tingkatan 2 di sekolah itu, seorang ustaz yang mengajar di STAR, Ustaz Mokhtar telah mencadangkan untuk mengadakan bacaan Yassin selama 40 malam berturut-turut. Dengan itu kami pelajar STAR meluangkan masa kami semua selama 40 malam untuk membaca Yassin. Alhamdulillah, selesai juga bacaan Yassin tersebut.

Secara individu aku juga bersyukur kerana 80% aku dapat menghafal surah Yassin. Yela.. dah 40 malam berturut-turut membaca Yassin, mesti dah dapat hafal. Terima kasih aku ucap pada Ustaz Mokhtar.

Tahun 2008, aku berada di tingkatan 5. Aku pernah bercerita di blog aku mengenai kehidupan aku selama di tingkatan 5 yang mana aku mempunyai adik angkat tingkatan 1. So, nak dijadikan cerita, tiap kali malam bacaan Yassin diadakan, adik angkat aku itu mesti duduk di sebelah aku. Kami selalu ambil tempat di belakang surau, tak lah sempit sangat. Begitu juga ketika sembahyang Maghrib, dia pasti berada di saf yang sama dengan aku, dia pasti sembahyang di sebelah aku. Hal ini berlarutan untuk tahun 2008 aje sebab 2009 aku dah tamat sekolah dah.

Esshh.. dah melalut dah ni..

Berbalik kepada bab bacaan Yassin tadi, memang banyak fadhilat dengan membaca surah Yassin ini. Dan aku sertakan 1 sabda Rasulullah S.A.W :

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

" Bacalah surah Yassin kerana ia mempunyai keberkatan", iaitu :

  1. Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, dia akan kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian, dia boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin, akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara, akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan diberi kesenangan apa yang dilihat.
  7. Jika tersesat, akan sampai di tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang meninggal dunia, Allah akan ringankan seksaannya.
  9. Jika orang dahaga yang membacanya, akan hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibaca kepada orang yang sakit, akan terhindar penyakitnya itu.

10 comments:

Jey said...

tak dinafikan bacaan mana2 ayat suci Al-quran byk fadhilatnya yg tertentu..

hhmm..dulu masa sekolah pun slalu baca..skrang ni dah jarang..adehhh

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Adol...

makcik doakan Adol menjadi anak yang soleh - yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam dan menjadi penawar kepada kedua ibubapa Adol. InsyaAllah.

Anonymous said...

Begitu banyak kelebihan membaca surah Yassin ya. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. :)

gadisBunga™ said...

lepas ni boleh baca terjemahannya pula. kita kene la tau maksud apa yang kita baca, betul tak? :)

Surie said...

Mari sama2 kita amalkan membaca nye..betul kata gadisbunga, baca terjemahannya agar kita lebih menghayati ayat2 dlm surah yasin tu..mudah-mudahan =)

lalink7 said...

tiap2 malam baca lg bguss kan idol..ehheheh =))

nabilah_2908 said...

banyak kelebihan surah Yasin ni kan..? :)

bak kata Ustazh Siti Norbayah...anda buat...anda dapat...(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

adwafarahin said...

bace yassin bukan lame pon kan

byk manfaat bole dpt :)

ibuintan said...

tahniah Adol, dah alang2 80% teruskan hafal seratus peratus

memang terlalu banyak fadilatnya

shamsul said...

Salam

Saya pernah ditegur oleh seorang tua di sebuah surau mengenai pertanyaan saya "tiada membaca yassin ke disini setiap malam jumaat?". Belia berkata membaca yassin itu adalah adat orang Melayu, dan lebih afdal lagi mendengar ceramah dari membaca yassin. Benarkah membaca yassin itu sebagai adat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..