Sahabat..

Sunday, April 17, 2011

SEJARAH mengajar kita..

Lamanya tak menziarahi laman ADOL IHSAN yang tersayang ini. Al-maklum lah, assignment aku masih lagi beratur panjang untuk di'settle'kan. But baby, don't you cry tonight, because you always in my heart. Chewaah..

Nak bercerita pasal apa ya untuk kali ini? Hmm.. Fikir punya fikir, punya fikir, punya fikir. Aku memutuskan untuk mahu bercerita pasal kampung kesayangan aku iaitu Kampung Permatang Badak yang terletak di Kuantan, Pahang. Simple aje. Tentang asal usul kampung tersebut. Aku pun tak punya masa yang panjang sebab banyak lagi kerja menanti aku.

Kampung Permatang Badak. Kenapa BADAK? Kenapa tak ZIRAFAH ke? BIAWAK ke? KERBAU ke? Itu yang menjadi persoalan aku ketika aku masih kecil. Namun, sekarang aku dah dapat jawapannya. Nak tahu? Menurut arwah nenek aku yang menceritanya kepada aku ketika aku di bangku sekolah rendah, lebih kurang begini la ceritanya.

Kawasan tanah pamah di kawasan kampung aku ini dulu subur. Jadi, penduduk kampung ini mewujudkan kawasan untuk bercucuk tanam. Ketika itu, kampung ini tidak bernama lagi. Oleh kerana kawasan bercucuk tanam, sudah tentu ada permatangnya. Betul tak? Nak dijadikan cerita, ada seorang insan telah bertembung dengan sekumpulan badak berhampiran permatang tersebut. Mana datangnya badak tu pun aku tak tahu. Tapi yang pastinya, selepas peristiwa itu wujudlah sebuah kampung yang bergelar Kampung Permatang Badak selepas insan itu memutuskan untuk menamakan kampung itu dengan nama tersebut.

Aku pun agak sanggi dengan cerita ini. Boleh percaya ke? Ke nenek aku sengaja nak kelentong cucu kesayangannya ni? Akhirnya, cerita ini aku boleh diterima pakai. Mengapa ya? Kalau nak tahu, klik DI SINI. Cerita asal usul kampung ini juga telah dimuatkan dalam akhbar Harian Metro.

Itu sahaja buat entry kali ini. Izinkan aku untuk menyambung tugasan aku yang bertimbun itu.

Sekian.

(antara parit yang terdapat di kampung aku)

15 comments:

adwafarahin said...

badak pon ok what :)

IMANSHAH said...

ooo badak dah banyak pupus la ni

Santan Berlada said...

ok ape...?
badak tu kan mascot sabah... hehe

adol ihsan said...

adwafarahin :

a'ah kan? slim lg badak2 tu..
haha...

:)

adol ihsan said...

cikgu :

huhu.. belum lagi, tapi tempat lahir badak tu kat kampung saya..

Haha..

:)

adol ihsan said...

Shamsuddin :

Silap letak kat sabah tu..

hehe.. :)

Jey said...

oo0 begitu ceritanya..hehehh
ok la badak..nasib bukan beruk kan
kalo tak mesti tukar nama gak :D

Anonymous said...

Err permatang tu apa ea Adol? Tira tak tahu..

P/s: Maaf lambat komen sebab busy sikit.

Aliesha Kirana said...

sllunya nama kampung mmg ada kena mengena dgn asal usulnya kan.. mcm kampung AK.. Batu Kurau >> sebab dl2 ade org jumpa batu berbentuk ikan kurau..hheeheh

adol ihsan said...

hafzan sarah :

Hehe.. tu la, nasib baik bukan beruk,,

:)

adol ihsan said...

miss tira :

Permatang tu kire macam batas la.. untuk tanam tanaman..

Hehe.. takpe2, adol pun bz jugak..
masing2 bz kan?

:)

adol ihsan said...

aliesha kirana :

huhu.. kampung AK berkenaan ngn ikan.. haiwan jugak.. hehe,,

:)

lalink7 said...

wahh unik juga ye zaman dulu nye citer ade badak..tp kat pahang tue ape je yg xde..kan kawasan hutan nya besar..

baru tau skg nie..

nabilah_2908 said...

maka...betul la kan cerita nenek kamu tu...? hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
LAUK MALAS

gadisBunga™ said...

org permatang badak rupanya......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..